Gambar di atas dirakam di Alor Star awal malam tadi, kanak-kanak dari Madrasah Darul Ulung di Pokok Sena ini kelihatan membawa plastik beg dan dikerah supaya mereka mengutip derma dari pengikut-pengikut PR yang hadir mendengar ceramah.
Inilah sikap PAS, keringat kanak-kanak dikerah dengan alasan memperjuangkan Islam. Kanak-kanak seawal usia 10 tahun dieksploitasi oleh mereka bagi mencari wang dengan jalan yang mudah.
Persoalannya siapa yang audit semua wang derma yang dikutip?
Di mana wang ini digunakan?
Adakah wang ini diagih-agihkan kepada setiap penceramah, walhal wang ini diperolehi hasil keringat dari kanak-kanak?
Sementara itu di Dewan Kg. Baru,Pokok Sena pula. Lim Guan Eng, Mat Sabu,Mahfuz Omar & Rodziah turut mengadakan program ceramah mereka. Dalam ceramahnya Guan Eng berkata rakyat akan memperolehi "besar punya pahala" sambil mengangkat kedua-dua tangannya.
Malah sempat melemparkan tohmahan kepada UMNO dengan berkata "kita tak makan wang, UMNO makan wang".
Duit derma yang dikutip oleh kanak-kanak itu siapa yang makan Guan Eng lahanat?
Dalam masa yang sama Guan Eng menabur 3 janji jika PR diberikan peluang memerintah :
- RM1000 setahun untuk warga emas.
- Mansuhkan Tol Plus.
- Kurangkan kos sara hidup.
Eloklah sekiranya janji-janji ini dilaksanakan di negeri Pakatan memerintah sekarang. Orang Islam berkopiah, bila dengar Guan Eng kata "Undi PR dapat pahala" - mereka terus bertakbir.
Apa hendak jadi agaknya dengan bangsa kita sekarang ini?
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-