Thursday, January 12, 2012

Gerakan Menentang Azmin Ali Kini Bermula...?

Ini bukan bicara persoalan moral. Ini bukan bicara seperti laman-laman lain yang menentang dengan memburuk-burukkan moral, menceritakan kelucahan dan menjatuhkan maruah dengan penghinaan melampau. Ini berita politik.  
Ini berita mengenai pasca pembebasan Anwar Ibrahim. Semua sudah bersedia untuk mendengar khabar berita – esok lusa kita akan ambil Putra Jaya. Semua sedang bersemangat untuk mentadbir negara ini sebagaimana yang di cita-citakan.  
Mereka sibuk mengatur strategi yang membolehkan mereka menjadi penguasa. Mereka mahu MEMERINTAH dan bukan MEMIMPIN rakyat negara ini. 
Dalam keghairahan mereka menceritakan mengenai menawan Putrajaya – satu isu yang sebenarnya wujud dalam tahun dari 1999 – pada PRU ke 10 adalah ura-ura dapat mengalahkan BN.  
Hasrat itu sudah menjadi garis kenangan betapa ghairah pembangkang menceritakan mengenai pengambilan alih kuasa. Percaturan kerusi parlimen dan kerusi DUN – siapa yang bakal menjadi menteri dan barisan kabinet semua seakan mahu ditentukan.  
Hari ini begitu juga, pembebasan Anwar Ibrahim merancakkan kembali cita-cita menawan Putrajaya. Semua seakan bersedia untuk MEMERINTAH. Dalam kesediaan itu – Azmin Ali menjadi topik perbualan dan diskusi. Azmin Ali memang popular di kalangan politikus yang rapat dengan beliau.  
Azmin Ali mempunyai koleksi penyokong tegar yang mengharapkan tempat dari beliau. Namun kelompok lagi sedang menceritakan betapa kroniknya kronisme Azmin Ali. Ramai kawan sudah menjadi musuh kerana Azmin Ali. 
Senator Ezam Mohd Nor tidak akan berada dalam UMNO sekiranya pertengkaran beliau dengan Azmin Ali tidak memuncak. Ramai yang meletakkan Azmin Ali sebagai punca perpecahan – baik dalam Parti Keadilan Rakyat mahupun hubungan antara Pakatan Rakyat sendiri.  
Semakin kuat ghairah mahu memerintah semakin kuatnya timbul kumpulan ahli parti yang menolak Azmin dan mempersoalkan kebebasan kepimpinan Anwar yang seakan terlampau terikat dengan Azmin Ali. Ini bukan persoalan dalam PKR namun PAS juga seakan tertanya keakraban Azmin dan Anwar Ibrahim. 
Dalam kemelut itulah timbul kumpulan kecil telah mengadakan pertemuan kecil untuk memastikan Azmin Ali terketepi. Ramai membicarakan tetapi atas dasar dan corak budaya PKR – Azmin Ali akan terus disokong oleh Anwar Ibrahim.  
Oleh itu kumpulan kecil yang nampak mahu ancaman Azmin Ali MESTI segera lihat pada Anwar Ibrahim itu sendiri. Berjayakah gelombang anti Azmin dimulakan dan apa faedah yang bakal diperolehi. - Umno-Reform

1 comment:

  1. pengorbanan azmin laki bini tu yang buat anwar sayang gila kat dia. orang lain cakaplah apapun, tapi boleh ke dorang berkorban lubang kunyit dan bini sendiri untuk pemimpin? Hanya azmin je sanggup buat.

    ayah pin boleh jeles tengok anwar dapat pengikut taat setia macam ni hehehehe

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-