Tuesday, January 17, 2012

Bakar Poster MB Perak @ZambryAbdKadir - Bukti PR Perak Makin Gelisah...?


Semalam dilaporkan poster MB Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, poster yang memaparkan aksi Zambry bermesra bersama orang kampung itu nampaknya telah menimbulkan perasaan tidak senang hati atau 'panas bontot' oleh musuh politiknya di Perak.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan kuasa dari PR, Dr. Zambry Abd Kadir telah berjaya membawa Perak ke satu tahap yang membanggakan, lebih-lebih lagi ianya dapat dilihat dengan jelas di sekitar Pangkor yang mana selepas beberapa bulan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Zambry Abd Kadir berjaya membangunkan projek rumah mampu milik bersama Yayasan Bina Upaya Darulridzuan

Baca [SINI]

Walaupun baru menjawat jawatan Menteri Perak Perak, Dr. Zambry Abd Kadir telah membuktikan keupayaan beliau dalam mengurustadbir negeri tersebut, maka tidak hairanlah jika ada pihak yang iri hati sehingga sanggup bertindak membakar poster yang memaparkan gambar beliau bersama warga tua.

Nak bakar orangnya tak mampu, maka terpaksalah bakar posternya tak gitu?


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya yang dipasang di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai di sini, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam. 
Beliau berkata tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN). 
"Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir". Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.  
"Saya serahkan kepada polis untuk siasatan...dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. 
Saya serah kepada polis untuk siasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di sini hari ini. 
Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Sharudin Ahmad pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian kira-kira pukul 3 petang tadi.-Bernama

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-