Monday, January 9, 2012

Anwar Ibrahim Bebas - Bukti Mahkamah Adil - Seorang Lelaki Berbangsa India Meninggal? #fitnah2


Hakim Mohamamad Zabidin dalam penghakimannya memutuskan bahawa Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Ramai yang terkejut dengan keputusan ini baik dari pihak BN mahupun PR sendiri,  beliau membuat keputusan itu selepas meneliti bukti dan beliau mengatakan beliau tidak pasti 100% bahawa bukti telah diusik, justeru mahkamah keberatan menerima bukti berkenaan.

Sehingga kini pengikut Anwar Ibrahim masih lagi berkumpul di Jalan Duta berhadapan dengan Medan Selera, jalan kedua-dua hala telah dibanjiri oleh pengikut Anwar Ibrahim yang meraikan keputusan mahkamah tersebut.

PDRM Bijak Mengawal Keselamatan




Pujian harus diberikan kepada PDRM kerana bijak mengawal keselamatan serta tidak melayan sebarang bentuk provokasi, malah PDRM dilihat lebih berhemah dalam mengawal suasana perhimpunan 901.

Walaupun berlaku sedikit pergelutan AMK dan Perkasa PDRM dilihat bijak mengambil inisiatif mengawal lalu-lintas di mana permasalahan provokasi di antara kedua kumpulan diselesaikan sendiri oleh ketua kedua-dua kumpulan tanpa campur tangan PDRM.



Lelaki Berbangsa India Alami Masalah Pernafasan


Ketika pergelutan di antara AMK dan Perkasa seorang lelaki berbangsa India dipercayai mengalami masalah pernasafan, namun ianya berjaya diselamatkan oleh pihak Rescue 911. Ambulans tiba tidak sampai 15 minit selepas itu.


Aksi liar penyokong PR akan dimuat-naik dalam bentuk video dalam masa terdekat...

Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Boleh atau tidak saya tuntut penjelasan dari Anwar Ibrahim yang sering kali mendakwa mahkamah dimanipulasi oleh BN dan semua ini konspirasi untuk menjatuhkannya?

Kalau hendak menjatuhk karier politik Anwar Ibrahim baik sumbat sahaja beliau ke dalam jel...

Hehehe...

1 comment:

  1. Wow apakah rahsia kejayaan Anuwar memenangi kes liwat II ini.
    1. Doa Tok Guru dan rakyat Malaysia
    2.Hakim di mandram dan disihir
    3.Hakim diugut gambar bogel dan bunuh
    4.Hakim takut negara lebih huru hara jika Anuwar disumbat ke penjara.
    5.Hakim dirasuah oleh majlis Peguam
    6.Ugutan freemason dan illuminati.

    Yang salah dibebaskan, yang teraniaya terus teraniaya. Tunggulah bala Allah!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-