Cikgu Rahim Sanggup Mati Demi Karpal - Wakil Rakyat PAS digesa bertaubat oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain ekoran kenyataan sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam. - Januari 2011
PR Selangor Cabar Kuasa Sultan - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung tindakan biadab pembangkang yang cuba mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru. - Januari 2011
Pilihanraya Kecil Tenang - Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi. - Januari 2011
Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau - yang merupakan pilihan raya kecil ke-15 dan ke-16 berlangsung serentak pada 6 Mac 2011. Kedua-duanya dimenangi Barisan Nasional. - Mac 2011
Video seks Anwar Ibrahim - Trio Datuk T muncul dengan kejutan besar kepada politik tanah air dengan mendedahkan video seks membabitkan Anwar Ibrahim pada bulan Mac 2011.
Pilihanraya Negeri Sarawak - Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan pada 16 April 2011 ini, dengan penamaan calon telahpun dimuktamadkan pada 6 April 2011 yang lalu.Sebanyak 71 buah kerusi Deang Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan yang menyaksikan Pakatan Rakyat hanya memenangi 15 kerusi DUN.
Kastam Rasuah RM3 Billion - Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini ditemui mati sewaktu disoal siasat kerana ‘jatuh’ dari tingkat tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - April 2011.
807 ahli DAP keluar parti - Merasakan diri mereka tidak dihargai, seramai 807 ahli DAP di negeri ini bertindak keluar parti dan menyertai MIC malam ini. Mereka yang terdiri daripada ahli DAP di Parlimen Bagan, Batu Kawan dan Tasek Gelugor menyerahkan borang permohonan menyertai MIC kepada Presidennya, Datuk G. Palanivel. - Mei 2011.
Kit Siang Beri Kata Dua - Lim Kit Siang memberi kata dua kepada Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee untuk menyertai parti pembangkang itu disifatkan sebagai sikap sebenar DAP yang suka bertindak memecah-belahkan perpaduan rakyat. - Mei 2011.
Pilihanraya Masjid di Pulau Pinang - Seorang veteran politik mencadangkan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Salleh Man dilantik sebagai Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggantikan Abdul Malik Kassim berikutan isu 'pilihan raya masjid' yang mana DYMM Agung bertitah supaya pilihanraya masjid ini ditangguhkan - Jun 2011.
Perhimpunan Bersih 2.0 - Datuk S. Ambiga ingkar titah DYMM Agung kerana tetap mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut supaya SPR mengadakan pilihanraya yang adil. Perhimpunan yang berlangsung 9 Julai itu menimbulkan kemarahan rakyat. Drama 'dua kali mati' yang dilakonkan Suhardi Mat Isa gagal. - Julai 2011.
Dr. Lo'lo meninggal dunia - Ahli Parlimen PAS Allahyarmah Dr. Lo'lo pulang ke rahmatullah akibat barah paru-paru. - Ogos 2011
JAIS Serbu Gereja - Pihak JAIS bertindak melakukan siasatan ke atas gereja DUMC yang disyaki menjalankan kegiatan memurtadkan umat Islam. Tindakan pihak gereja menganjurkan majlis berbuka puasa dengan diselang-selikan upacara keagamaan Kristian menimbulkan perasaan tidak senang umat Islam di Selangor. - Ogos 2011
DAP Tuntut kerusi - Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang. - September 2011.
Guan Eng terima notis - UMNO negeri hari ini menghantar notis tuntutan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran tindakannya menuduh parti itu terlibat dalam demonstrasi aman di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan di atas Jambatan Pulau Pinang. - September 2011
Mansuh ISA - PM mengumumkan pemansuhan akta ISA yang dan digantikan dengan dua akta yang lain. - September 2011
Mat Sabu julang Komunis Bukit Kepong - Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dikecam pelbagai pihak ekoran kenyataan kontoversi yang mengatakan bahawa pejuang kemerdekaan sebagai tali baru British manakala Mat Indera pula dijulang sebagai hero. - Oktober 2011
Bajet taik ayam PR - Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat yang bertujuan mengurangkan kadar defisit negara. - Oktober 2011.
Lembu NFC - Keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil mendedahklan kononnya Shahrizat Jalil menyalahguna wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diperuntukkan kepada syarikat milik keluarganya National Feedlot Corporation (NFC). - Oktober 2011.
Akta Himpunan Aman 2011 - diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional - November 2011.
Keputusan kes Liwat II - Mahkamah menetapkan keputusan perbicaraan kes Liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim dibacakan pada 9 Januari 2012. - Disember 2011
Turun Bendera Presiden - Tindakan seorang mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera Presiden UMNO di PWTC telah mendapat kecaman pelbagai pihak. Tindakan biadap itu dilakukan selepas demontrasi memansuhkan AUKU dilakukan oleh SMM. - Disember 2011
Pro Aspirasi kecam Adam Adli dan desak Saifuddin Abdullah - Sekumpulan pelajar Pro-Aspirasi berdemo di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi letak jawatan ekoran insiden turun bendera PM di PWTC. - Disember 2011
Ini antara yang ada dalam ingatan saya, yang mana tercicir saudara pembaca tambahlah sendiri. Selamat menyambut tahun 2012 semoga azam yang dibuat pada tahun 2011 semuanya tercapai.
YY : Azam 2011 dibawa ke 2012. Haha!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-