Friday, December 2, 2011
#PAUMNO : Bicara Santai Menteri Besar Perak DS @ZambryAbdKadir Bersama #UMB
Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sudi meluangkan masa untuk berborak santai bersama 10 orang bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO.
Dalam pertemuan tersebut Dr. Zambry Abd Kadir sempat membicarakan isu-isu di negeri Perak antara yang menarik adalah mengenai Bajet Negeri Perak 2012 yang mana merupakan bajet tertinggi dalam sejarah negeri Perak.
Bajet yang berjumlah RM915.26 juta secara tidak langsung membuktikan kebolehan beliau dalam menerajui Perak selepas BN merampas tampuk pemerintahan daripada kerajaan 'boneka' Nizar Jamaluddin. Dari jumlah tersebut sebanyak RM321 juta diperuntukkan untuk program pembangunan di negeri berkenaan.
Selain itu kami turut bertanyakan mengenai tindakan biadap Suara Keadilan sebelum ini yang mengeluarkan laporan palsu kononnya beliau ditahan di luar negara kerana disyaki pengganas.
Dalam komen beliau mengatakan bahawa tujuan PKR bertindak melemparkan fitnah ke atas beliau bertujuan untuk membunuh karakternya dengan menggambarkan beliau seorang pengganas dengan niat dapat mengurangkan keyakinan rakyat terhadap dirinya terutama rakyat Perak.
Namun jelas Suara Keadilan berniat jahat membuat fitnah berkenaan dan natijahnya akhbar berkenaan diarahkan oleh mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. Nampak sangat Suara Keadilan kaki fitnah!
Mengenai persediaan menghadapi PRU yang akan datang, BN Perak dikatakan sudah bersiap-sedia untuk 'berperang' serta mempertahankan pentadbiran negeri Perak dari dirampas oleh 'lanun' DAP. Setakat ini 'calon boleh menang' akan diberi keutamaan sebagaimana hasrat Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.
Persoalan adakah beliau akan mengekalkan kerusi DUN kawasan Pangkor atau bertanding di kerusi yang lain, beliau menyatakan semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. Beliau akur jika pucuk pimpinan mungkin tidak mencalonkan beliau untuk PRU yang akan datang.
Inilah pemimpin yang disenangi oleh golongan muda, seorang pemimpin yang baik hendaklah sentiasa bersedia untuk serahkan kuasa jika orang lain lebih layak untuk meneruskan agenda pembangunan dan membela rakyat negeri tersebut.
Di akhir pertemuan tersebut beliau turut menghargai peranan bloggers yang sentiasa dan sanggup mengadap skrin komputer demi memastikan segala tohmahan dapat dipatahkan, malah beliau secara peribadi memberi gelaran anak-anak muda yang berjuang di alam siber ini sebagai 'Screenaggers' (orang yang selalu mengadap skrin).
Mana dapat ayat Screenaggers ni tok?
Ke saya yang salah sebut atau salah eja...?
YY : Pertemuan yang tak dirancang...
WALAUPUN DIRIMU HITAM BERKILAT, TAPI KU RASA DIRIMU LEBIH ELOK TADBIR PERAK DARI NIZAR & THE KUNCU.
ReplyDeleteMOGA BN TERUS MENJADI PILIHAN HATI RAKYAT PERAK.