Dulu berani katakan dia ada saksi alibi, tetapi sampai ke sudah saksi alibi tidak dipanggil sepanjang perbicaraan Liwat II berlangsung.
Bila mahkamah hendak bacakan keputusan pada 9 Januari 2012 akan datang, mula hendak mengheret rakyat ke jalan raya sebagai jalan terakhir menyelamatkan batang lehernya yang sudah terjerut. Sampai ke sudah rakyat diperlembukan semata-mata menjayakan agenda dan kepentingan diri sendiri.
Tidak cukup menghina Malaysia di luar negara - kini sistem undang-undang pula beliau perlekehkan. Dari Utusan Online :
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara,
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat juga dipergunakan Anwar demi kepentingannya dalam berhadapan dengan keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.
"Kenapa nak bawa rakyat? Kita tak tahu (Anwar) bersalah atau tidak. Serahkan kepada mahkamah. Selepas keputusan, kalau bersalah pun dia (Anwar) ada ruang buat rayuan.
"Beri peluang mahkamah buat keputusan. Kita sendiri boleh baca (menilai) sama ada keputusan itu logik atau tidak, tetapi mengapa nak huru-harakan negara? Mengapa nak menyusahkan rakyat seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 2.0?
"Selama ini dia macam-macam menghina mahkamah. Itu pun dia dapat kebebasan seolah-olah dia manusia bersih dan tiada salah. Kalau (masalah) timpa atas dia, orang lain yang salah dan tuduh ini konspirasi," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.
Ibrahim berkata, kerajaan dan pihak berkuasa perlu menggunakan segala 'kekuatan' yang ada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku dalam perhimpunan terbabit.
"Kita juga mengutuk mana-mana pihak yang merancang mengadakan perhimpunan pada 9 Januari ini yang lebih dilihat untuk menghuru-harakan negara," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Perkasa masih membuka ruang untuk Datuk Dr. Hasan Ali menyertai pertubuhan bukan kerajaan tersebut namun ia terletak kepada keputusan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.
"Dari segi perjuangan, kita ada persamaan iaitu mempertahankan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu. Jika beliau ikhlas dalam perjuangan tersebut, matlamatnya akan jelas.
"Tetapi, kalau ia hanya cakap-cakap politik ekoran tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, kita akan tahu kebenarannya nanti dan perjuangannya dalam mempertahankan tiga perkara itu tidak mungkin (berjaya) dengan adanya DAP," tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-