Tuesday, December 6, 2011
HOT : Blogger PAS/PR Mengamok Sakan Nurul Izzah Promosi Arak
Semalam kecoh Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim dikatakan mempromosi arak melalui laman twitternya.
Bagi saya apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah itu bukan satu perkara yang menghairankan, kalau nama negara pun beliau sanggup burukkan inikan pula setakat hendak mempromosikan minuman keras semata-mata menarik sokongan kaum bukan Islam kepada papanya.
Tindakan Nurul Izzah nampaknya mengundang padah, bukan sahaja blogger pro kerajaan mempersoalkan niat di sebalik tweet tersebut, blogger pro PAS/PR yang siang malam memuji anak Anwar Ibrahim sebagai wanita yang suci ini turut mempersoalkan niat Nurul Izzah yang dilihat sengaja mempromosikan minuman keras secara terbuka walhal ianya jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni sebagai orang Islam.
Tatkala blogger pembangkang seperti Malaysiawaves tengah syok susun percaturan politik dengan melabelkan UMNO menghalalkan arak dek kerana Allahyarham Tunku Abdul Rahman pernah merasmikan pembukaan kilang Guinness dahulu.
Kini percaturan politik tersebut semuanya musnah gara-gara kebodohan Nurul Izzah.
Sekarang apa agaknya 'spin' terbaru yang akan direka?
Jangan hairan jika selepas ini blogger PAS/PR muncul dengan membela Nurul Izzah dengan mengatakan Nurul Izzah mempromosikan minuman buah-buahan berperisa anggur, bukan wine sebagaimana 'dituduh' blogger pro kerajaan.
Hahaha!!!...
YY : Izzah 'cheers'!!!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-