Bantuan Rakyat 1Malaysia (B1RM) yang dijanjikan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 yang lalu telah pun melalui proses pembahagian sebagaimana yang dijanjikan. Namun disebalik kerancakkan dan kegembiraan rakyat menerima bantuan dari kerajaan ini, nampaknya wujud anasir-anasir jahat yang menyebarkan surat layang kononnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu hanyalah penipuan semata-mata.
Surat yang kononnya ditulis oleh kakitangan LHDN itu kini giat disebarkan oleh totok-totok pembangkang di laman media sosial mereka. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini adalah satu percubaan terdesak pembangkang untuk mengekang sokongan rakyat kepada kerajaan BN.
Benarlah pengamatan kita selama ini bahawa pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang paling bodoh di dunia. Mana tidak bodohnya perkara yang baik untuk rakyat pun mereka halang dan sebotaj?
Dari blog Cucu Tok Selampit :
Surat yang kononnya ditulis oleh kakitangan LHDN itu kini giat disebarkan oleh totok-totok pembangkang di laman media sosial mereka. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini adalah satu percubaan terdesak pembangkang untuk mengekang sokongan rakyat kepada kerajaan BN.
Benarlah pengamatan kita selama ini bahawa pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang paling bodoh di dunia. Mana tidak bodohnya perkara yang baik untuk rakyat pun mereka halang dan sebotaj?
Dari blog Cucu Tok Selampit :
Surat layang di atas CTS terima daripada e-mail yang tersebar luas. Hasil tinjauan CTS di laman-laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna-pengguna Facebook pro Pakatan Haram telah pun menyebarkan surat layang berkenaan untuk memburukan bantuan RM500 yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sebelum ini, sudah ada tangan-tangan jahat untuk mengedarkan Borang BR1M palsu seperti di bawah. Awas! Borang palsu BR1M memerlukan nama Bank dan nombor akaun Bank. Borang asal tidak memerlukan maklumat tersebut. Sila klik laman web www.treasury.gov.my, di sini untuk mendapatkan borang yang sebenar.
Berikut adalah penjelasan penuh CTS untuk menangkis dakyah dan fitnah surat layang tak bertuan seperti di atas:
1. Bantuan RM500 untuk BR1M adalah secara "one off" atau sekali sahaja. Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah. Ini adalah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.
2. Dakwaan mengatakan orang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tidak akan mendapat bayaran juga adalah fitnah. Kerajaan akan membayar bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta cukup syarat-syaratnya.
3. Berdasarkan pengiraan yang CTS lakukan sekiranya bantuan RM500 ini dikenakan cukai sekalipun (setakat ini belum ada kenyataan dari Kerajaan bahawa bantuan RM500 ini akan dikenakan cukai), jumlah tambahan cukai berdasarkan "the next 3% yearly income" seperti di dalam jadual cukai pendapatan, seseorang itu hanya akan dikenakan tambahan cukai sebanyak RM15 sahaja. Adakah wajar kita mengatakan Kerajaan akan menipu Rakyat sekiranya bantuan yang diberi adalah RM500 dan kalau dikenakan cukai sekalipun hanya melibatkan jumlah RM15. Penipuan kepala hotak hangpa!
4. Betul ke dakwaan bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan mengutip cukai tambahan? Apakah warga emas, Rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dan beberapa golongan lagi yang layak di bawah skim ini dikenakan cukai oleh Kerajaan sebelum ini? Cakap guna otak dan jangan pakai kepala lutut boleh?
Bagi CTS, tulisan di atas ditulis oleh seseorang yang tidak berpelajaran tinggi (berdasarkan corak tulisan dan idea penulisannya), berniat jahat dan berunsur fitnah. Bagi CTS lagi, tiada paksaan dalam pemberian wang berkenaan. Sesiapa yang merasakan diri ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu memohon BR1M. Semudah itu!YY : Totok PAS/PKR yang dok beratur dok amik bantuan cuba belajar ucap... "Terima Kasih Kerajaan BN"
Assalam Bro
ReplyDeletePandai yang tak boleh ditegur orang dalam LHDN ni... Apa pun Terima Kasih pada kerajaan BN... walaupun saya tak layak, alhamdulillah staf bawahan saya layak mendapatkan bantuan yang diberikan... Orang dalam tu nak juga kot RM 500 tapi dah muka jenis tak layak atau pun jenis gagal matematik kat sekolah...
lawak btul aku baca surat ni.. aku keje audit n tax pun tau surat ni fitnah.. ni surat org yg xde pelajaran tulis.. mustahil org LHDN, kalau btul la org LHDN tulis, mmg bodo la org tu.. kire cukai pun xpandai.. additional 500 dlm income effect die amat la skit dalam pengiraan cukai tahunan.. cukai kira tahunan la oii.. ape la punye org xskolah.. blajar xpandai.. nak politik je tau..
ReplyDeleteFitnah adalah keldai tunggangan pembangkang. Tak hairanlah...
ReplyDelete