Saturday, November 26, 2011

Surat Mahasiswa Kepada Prof. Fakulti...

[YY : Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bersetuju untuk membuat pindaan Seksyen 15 AUKU yang mana selepas ini mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dibenarkan menyertai parti politik. Ada yang berpendapat keputusan ini adalah hasil usaha dan perjuangan yang dilakukan oleh mereka. Walhal gesaan supaya Perdana Menteri mengkaji semula AUKU merupakan usaha BN Youth Lab melalui Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. Selain itu MT UMNO Saifuddin Abdullah juga adalah individu paling kuat yang memohon supaya PM kaji semula akta ini. Tapi ramai pula yang mendakwa ini hasil usaha desakan yang dibuat mereka. Ibarat "Babi punya lemak, Hidung Babi Dapat Nama".]

Agaknya surat macam ini akan dihantar oleh mahasiswa tak selepas ni? Hahaha.

Prof. Sayang Seribu Kali Sayang
Pensyarah
Jabatan Sakit Puan
Fakulti Pembedahan
Universiti of Merusuh

Tuan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN KELAS UNTUK SERTAI DEMONSTRASI

Saya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Parti Amat Susah ingin mengadakan satu demonstrasi bagi menuntut pilihanraya yang paling adil dan bersih.

3.        Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta pihak tuan memberi pengecualian kepada 2 orang pelajar ini bagi menyertai kami mengangkat banner,bunting,backdrop dan sekangkatan dengannya. Penglibatan mereka ini amat penting kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat. Jadi kami dengan jujur dan ikhlas akan menggunakan mereka untuk kepentingan parti kami. berikut adalah senarai pelajar terbabit:
 
                      i) Mohd Syahsaf bin Rempit
                        ii) Ermastura bt Abu

4.        Berikut adalah butir aktiviti:
                           
                        i) Tempat: Dataran Afrika Jaya
                        ii) masa- 2 petang (kelas pagi tak boleh)
                        iii) Penganjur- Parti Amat Susah

5.        Diharap pihak tuan dapat memberikan pelepasan kepada pelajar-pelajar ini dan sesungguhnya perjuangan parti politik kami ini sangat penting dan murni hasratnya daripada kelas yang sentiasa bosan dan membuatkan pelajar mengantuk.( aduan pelajar sendiri)
Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian.

Yang selalu benar ,orang lain semua salah.

amat_121

Amat Sabun bin Basuh
Setiausaha
Parti Amat Susah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. HAHAHAHA LAWAK2...LEPAS NIE BANYAKLAH SURAT PERMOHONAN YANG NC,KETUA FALKULTI NAK KENA JAWAP..DICADANGKAN DISEDIAKAN SATU KOTAK KHAS DISEDIAKAN DI SETIAP FALKULTI HEHEHEHE

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-