Friday, November 25, 2011

Petanda BN Mula Diterima Rakyat Kedah?


Kehadiran hampir 20 ribu rakyat Kedah ke Jamuan 1 Malaysia di Serdang, Bandar Baharu, Kedah adalah petanda bahawa rakyat Kedah sudah mula menyedari bahawa kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan tidak mampu mengurus negeri berkenaan dengan baik.

Selepas ditawan pembangkang Kedah dilihat sepi malah boleh dikatakan agak merundum baik dari segi pembangunan ekonomi mahu pun sektor lain. Projek yang diumumkan kerajaan negeri juga tidak menampakkan sebarang impak besar yang boleh menjana pendapatan negeri Kedah secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup rakyat Kedah itu sendiri.

Dari blog Kedah ke KL :
Kehadiran TPM menyemarakkan lagi semangat komponen BN bahagian Kulim Bandar Baru. Majlis ini mendapat sambutan hebat daripada penduduk setempat dan juga kawasan yang berhampiran. 
Gelombang perubahan sudah dapat dirasa dengan kehadiran yang sebegini ramai.
Sudah lama kawasan Serdang dipinggirkan dari kemajuan ekonomi. 
Hinggakan jalanrayanya juga berlubang-lubang. Segala Infrastruktur untuk kemudahan rakyat juga terpinggir. Rakyat di sini dahagakan kemajuan dan kemudahan. 
Masih ada projek-projek mega yang akan dibawa masuk untuk memudahkan rakyat. 
Nak mengharapkan kerajaan negeri? 
Mana pernah kerajaan negeri membuat projek mesra rakyat? 
Nak bina sebuah masjid pun Pas Kedah tak mampu. 
Hanya satu kerajaan yang membela rakyat, dan satu cara untuk mengubah nasib rakyat Serdang, Kulim Bandar Baru, hatta rakyat Kedah.
Untuk melihat gambar kemeriahan sambutan rakyat Kedah terhadap BN (KLIK SINI) 

YY : Rakyat dah terima baik BN, harap pemimpin BN Kedah faham peranan masing-masing!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-