Kenyataan Tony Pua sebelum ini yang ingin mengurangkan golongan kakitangan awam jika mereka berkuasa mendapat kencaman pelbagai pihak termasuk Anuwar Ibrahim sendiri. Ini kerana undi kakitangan awam sangat penting untuk memastikan puak 'gila' ini menguasai Putrajaya.
Ekoran kenyataan tidak popular dan bodoh itu - Mahfuz 'Bean' Omar bertindak mencuci taik-taik yang ditinggalkan DAP demi mengambil semula hati golongan ini yang rata-rata dari mereka adalah orang Melayu Islam.
Dari kelatekito.net :
PASIR PUTEH - Pas kini dilihat cuba menutup malu dengan membodek kakitangan awam setelah DAP cadang untuk kurangkan kakitangan awam jika mereka memerintah negara.
Tindakan menutup malu Pas kini terbongkar apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan pegawai profesional Jabatan Kerja Raya (JKR) diberi elaun khas seperti yang diterima pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mahfuz berkata, mereka yang terdiri daripada jurutera, arkitek dan juruukur bahan wajar diberi pengiktirafan kerana pekerjaan mereka melibatkan kepakaran.
"Perkara ini telah lama menjadi rungutan kepada pegawai JKR kerana jika mereka berdaftar dengan Institut Jurutera Malaysia, Persatuan Arkitek Malaysia dan Institut Juruukur Malaysia, mereka tidak boleh claim yuran dan tiada sebarang elaun khas diberikan walaupun mereka dikehendaki menandatangani lukisan yang sebenarnya," kata beliau sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di peringkat kementerian di dewan Rakyat petang semalam.
Namun ia tidak mengubah hakikat bahawa Pas cuba membeli hati orang Melayu semula kerana majoriti 1.2 juta kakitangan awam adalah orang Melayu.
Dan perkara itu pernah dibidas Ketua Pemuda Umno Kota Bharu Rosmadi Ismail yang kesal dengan tindakan pembangkang.
Rosmadi berkata tindakan itu dilihat ada cubaan untuk mengganggurkan orang Melayu di tanah air sendiri. Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan kenyataan pembangkang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika berjaya mengambil alih kerajaan pusat sebagai idea yang jumud.
Sambil menentang cadangan itu habis-habisan, Presidennya Datuk Omar Osmanberkata penjawat awam tidak harus dijadikan mangsa kepentingan politik pihak yang ketandusan idea.
"Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.
"Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin," katanya kepada pemberita selepas majlis penjelasan isu semasa penjawat awam di Universiti Putra Malaysia, dekat sini, Selasa.
Sebelum ini pemimpin DAP Tony Pua yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina, sebagai berkata pakatan pembangkang akan mengurangkan bilangan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-