Gambar hiasan |
Hahaha... TPM kata tegurlah pemimpin tapi jangan sampai menjejaskan segala gerak-kerja yang diatur.
Hari ini saya hendak tegur sikap menteri 'flip-flop', yang ada dalam kabinet kita hari ini. Menteri yang cakap tanpa guna kepala otak.
Dari kedai kopi hinggalah ke Secret Recipe rata-rata orang kebanyakkan masih berbicara mengenai Laporan Audit Ketua Negara - dan antara isu yang menarik sekali adalah isu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang digambarkan satu projek kacau-bilau yang melibatkan keterlibatan seorang menteri dengan anak-beranaknya.
Dua hari lepas Menteri Asas Tani telah memberikan jawapan berhubung projek ini dalam Parlimen. Seingat saya Datuk Noh Omar berkata projek tersebut tidak gagal dan mencapai matlamat. Dan beliau berkata apa salahnya projek terbabit diberikan kepada 'orang muda' untuk menguruskannya, sepatutnya kita berbangga dan sama-sama membantu 'orang muda' tersebut.
Noh kata :
"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui 'tender terbuka' itu.
"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa,"Noh Omar menegaskan, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.
Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd."Lambert dia lari, dia tak sanggup buat.
Akan tetapi lain pula kenyataan Timbalannya pada 29 Oktober yang lalu, di mana Timbalan Menteri Asas Tani berkata projek lembu feedlot gagal disebabkan pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian. KLIK SINI
Menteri-Menteri hari ini selalu 'flip-flop' dalam memberi jawapan mereka, tidakkah mereka sedar bahawa setiap kenyataan yang diberikan kepada wartawan dan media menjadi bacaan dan perhatian banyak pihak?
Malah tindakan dan serangan bloggers pro kerajaan terhadap pembangkang sering-kali terganggu dan terbantut kerana kebengongan menteri-menteri kabinet sendiri.
Pihak NFC sehingga ke hari ini berdiam diri dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan dalam kes ini. Dalam Parlimen juga Noh Omar tidak menyebut nama 'anak muda' yang dikatakan mendapat projek ini daripada kerajaan.
Siapa 'anak muda' itu?
Apa kelayakkan syarikatnya yang melayakkan syarikat tersebut diberikan tender yang begitu besar jumlahnya?
Kalau terus begini tidak mustahillah rakyat beranggapan bahawa menteri-menteri BN itu korup, membiarkan kroni kaut segala kekayaan demi mengisi perut anak-beranak sendiri!
Menteri BN hari ini tidak pernah belajar dari sejarah dan mereka sentiasa 'hidup selesa' di atas persinggahan sana.
Menteri Asas Tani kata projek ini TIDAK GAGAL...
Timbalan Menteri Asas Tani kata GAGAL...
DS Shahrizat Jalil dan anak-beranak kata SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN...
Kahkahkahkah... pusing selagi boleh wahai pak menteri!
Baca artikel berkaitan SINI
YY : Nak tanya menteri2 jenis ini 'Winnable Candidate' ke tidak?
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-