Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula diperkenalkan ketika era Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 2003 namun selepas itu pada 8 Julai 2008 kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya sistem pendidikan ini pada tahun 2012.
Desakan pemansuhan ini dibuat oleh golongan pencinta bahasa dan juga beberapa pemimpin pembangkang seperti Mahfuz 'Bean' Omar pada waktu itu mereka mengadakan demontrasi membantah serta mendesak pemansuhan ini kerana sistem ini dikatakan boleh membuatkan hilangnya martabat bahasa melayu.
Ketika mendesak kerajaan memansuhkan sistem pendidikan ini Anwar Ibrahim secara terbuka membuat kenyataan bahawa Pakatan Rakyat komited dengan pemansuhan ini dengan mengadakan pertemuan dengan kumpulan GMP (Gabungan Mansuhkan PPSMI) pada 15 Januari 2009.
Malah dalam satu kenyataan Anwar Ibrahim menegaskan :
"I have often stressed that even those who continued to support PPSMI are traitors to the Malay cause. Thus how can they claim themselves to be ardent defenders of the cause and Malay warriors when they perpetuate this PPSMI?"Tapi setelah lebih 2 tahun kerajaan memutuskan untuk menerima desakan tersebut dan memansuhkan sistem ini menjelang 2012, pada 23 Oktober yang lalu akhbar SinChew Daily bertindak menyiarkan desakan serta amaran kononnya daripada kumpulan majoriti senyap yang mahukan PPSMI dikembalikan jika tidak kerajaan pimpinan Najib bakal hadapi risiko dalam PRU akan datang.
Malah kumpulan ini juga dikatakan telah pun mencipta satu group di laman facebook yang mana sehingga kini telah berjaya menarik sejumlah 138,364 ahli.
Melihat wujudnya peluang dari isu ini - DAP bertindak untuk cuba meraih populariti dan undi rakyat dengan mengatakan mereka akan mengekalkan sistem pendidikan PPSMI di setiap sekolah jika ibubapa mahu ianya dikekalkan.
Dapatkah saudara melihat tindakan bengong Pakatan Rakyat dalam menyerang kerajaan, kini mereka mahu kita percaya bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya teguh untuk mempertahankan PPSMI sebelum ianya dimansuhkan oleh kerajaan?
Walhal ketika demontrasi oleh 'pencinta bahasa' Pak Janggot , Ainon Mohd, Ishak Baharon dan beberapa pemimpin pembangkang seperti Mahfuz 'Bean' Omar mereka mengatakan bahawa sesiapa yang mempertahankan sistem pendidikan ini adalah pengkhianat kepada perjuangan orang Melayu?
Tahniah kepada pihak kerajaan kerana tegas tidak mengembalikan sistem pendidikan ini, usah dilayan kegilaan mereka yang 'flip-flop' dan sengaja mencari salah kerajaan.
Untuk ibu bapa yang mahu sistem yang diperkenalkan Tun Mahathir Mohammad ini dikembalikan pihak yang kamu harus persalahkan bukanlah kerajaan sebaliknya kamu perlu salahkan golongan pencinta bahasa kerana membiarkan diri mereka dijadikan lembu oleh pembangkang.
Hoii A. Samad Said! - Keluarlah berhadapan dengan kumpulan yang mahu PPSMI ini, berpuisilah depan mereka, bersyairlah depan mereka...!
Baca juga apa kata sahabat saya yang cukup jujur setiap kali menyatakan pandangan beliau KLIK SINI
YY : Pencinta bahasa taik kucing - dalam ceramah, melepak di cafe 24/7 dia bertutur dalam bahasa Manglish (Malay+English)...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-