Thursday, November 17, 2011

#Hudud : Dulu, Kini Dan Selamanya Kita Terus Ditipu...


Laporan akhbar semalam jelas memperlihatkan kepada kita bahawa penantian pelbagai pihak untuk melihat hudud dilaksanakan di Kelantan sebelum ke negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bakal terkubur begitu sahaja.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata PAS memerlukan MUNGKIN setahun atau dua tahun untuk mengkaji sebelum hukum hudud dilaksanakan di Kelantan secara tidak langsung membuktikan bahawa hukum hudud ini tidak lebih sekadar alat politik PAS.

Aneh sungguh hukum hudud yang dicanang lebih dua dekad yang lalu, masih belum dikaji oleh PAS sedangkan mereka mengelilingi seluruh pelusuk negara kononnya PAS ingin melaksanakan hukum berkenaan namun ianya terhalang dek kerana sikap UMNO yang menolak hukum Allah.

Nampaknya dulu, kini dan selamanya masyarakat Islam di Malaysia lebih-lebih lagi di Kelantan terus tertipu dan terus ditipu oleh mereka yang arif dalam ilmu agama.

Kempen PAS Dalam Pilihanraya Umum 1959
Sebelum berjaya bertapak di Kelantan inilah modal kempen PAS untuk memukau masyarakat Islam. Tapi kini lain pula jadinya, sekejap hudud hendak dilaksanakan, sekejap dikatakan tiada dalam dasar perjuangan.

Hudud Hanyalah 0.001 dari Hukum Islam - Hadi Awang pada 07/03/2000

Selepas itu Nik Aziz mula menarik perhatian masyarakat dengan meminta Perdana Menteri memberi kebenaran kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum berkenaan di negeri Cik Siti Wan Kembang.




Namun  selepas itu Husam Musa pula tampil mengatakan Hudud tiada dalam polisi Pakatan Rakyat :



Lihat pula sikap Anuwar Ibrahim sebelum beliau dicampak oleh dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, yang kini manusia lidah biawak ini menjadi orang pujaan puak lebai PAS mengatakan :


Tapi kini setelah melihat hukum hudud mampu menarik undi masyarakat Islam manusia lidah bercabang bernama Anuwar Ibrahim ini menukar pendirian dengan menyokong hudud :


Tidak habis di situ wahai saudara pembaca, setelah menyedari kenyataan itu mampu menghilangkan keyakinan pengundi bukan Islam. Anuwar Ibrahim bertukar 'warna' dengan mengatakan bahawa :



Malah pemimpin PAS yang lain juga layak digelar sebagai 'pelacur agama' kerana hukum Allah dijadikan mainan politik mereka semuanya demi melihat saudara seagama mereka yang berlainan parti terus jatuh tersungkur di bumi Malaysia :



Siapa boleh sahkan kepada saya bahawa PAS memang benar-benar ikhlas ingin melaksanakan hukum Allah ini di Kelantan dan seterusnya dilaksanakan di seluruh negeri di Malaysia?
PAS... Dulu, kini dan selamanya menipu dan terus menipu...


YY : sampai bila nak kena kencing dgn ulamak oiii!

3 comments:

  1. sampai kiamat le kene tipu dengan ular-mak(sawa kot) habis selama ni yang dibahaskan dalam DUN, Kelantan + Terengganu hanyalah putar alam manusia yg digelar ular-mak, elaun haram kot....

    ReplyDelete
  2. Hikhikhikhikhikhik...
    Dah letih aku menjawab isu nie dgn penganut PIS.

    Bukan paham dia orang paham pun.

    Letak lah segala bentuk bukti, bagi lah clippings dari harakah ka...suara keadilan ka...kalau tak ikut selera dia orang, dia orang bebuat tak nampak.

    Diorang akan bagi segala macam alasan, segala macam penjelasan ..sedangkan apa yang Pembesar mereka katakan adalah jelas.

    Apa yang penting bagi mereka..hanya lah amabil ayat.."Let's Blame UMNO for EVERYTHING"..kalau kucing dia orang beranak mati semua pun nak salahkan UMNO, ayam mereka tak bertelur pun nak salahkan UMNO..

    Itu lah mentaliti penganut PIS/Pemuja Anwar.

    @Jebon Anak

    ReplyDelete
  3. TERKINI:- pas cintakan dunia lebih dari keredhaan Allah

    BUKTI:- biaDAP jerkoh sikit toot pas terus kecut ke dalam

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-