Thursday, November 17, 2011

[HOT VIDEO] : Bob Lokman Murtadkan Orang Johor

Hari ini blogger pisau.net mendedahkan satu rakaman video yang memaparkan aksi ceramah dari Bob Lokman yang mengkafirkan orang Johor, sekali pandang tindakannya lebih hebat daripada Maha Pencipta.

Dalam ucapan ceramahnya juga memperlihatkan kepada kita bahawa Bob Lokman boleh menilai setiap orang Johor yang mana kafir atau sebaliknya. Setahu saya Nabi kita sendiri tidak pernah mengkafirkan sesama Islam.

Ironinya satu persoalan timbul, setinggi manakah ilmu agama Bob Lokman, berapa lamakah Bob Lokman berguru dan mempelajari ilmu agama sebelum diberikan platform oleh PAS sebagai penceramah?

Dari Pisau.Net :
Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram,Jam 5 pagi dah keluar dari rumah,7 pagi dah sampai tempat kerja.Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"

Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia(rakyat Johor) qado , dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"

Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad"
 Selanjutnya....

2 comments:

  1. bob lokman ni lupa kot boleh solat atas kenderaan

    ReplyDelete
  2. Nik Abduh pun sembahyang atas rumput di KL tak berlapik.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-