Thursday, November 10, 2011

Gagal Promosikan 'Menu Rakyat - Tony Puaka Bugs Bunny Terpaksa Buat Serangan Bodoh Ke Atas Kedai1Malaysia



Setelah gagal menyerang menu 1Malaysia yang terus mendapat sambutan dari rakyat - pembangkang kini dilihat terlalu bodoh. Kebodohan ini terserlah lagi dengan kebengongan 'Bugs Bunny' Tony Pua'ka' dan Nurul Izzah yang cuba menyerang Kedai1Malaysia dengan mengatakan harga dalam kedai berkenaan tidak semurah jika dibandingkan dengan Careffour.

Ikuti ulasan sahabat 1peluru :
Mungkin Tony Pua & Nurul Izzah tidak faham dengan motif pembukaan KR1M iaitu "menjual BARANGAN KEPERLUAN HARIAN pada harga terendah dan berpatutan". Keperluan harian bermakna barangan yang digunakan setiap hari seperti beras, gula, dan seumpamanya... bukan cecair pencuci seperti yang diungkit oleh Tony Pua & Nurul Izzah. 
Kebebalan kedua Tony Pua & Nurul Izzah kerana mereka tidak faham tentang kepelbagaian jenama produk. Barangan seperti krimer, sardin dan cecair pencuci terdapat dalam pelbagai mutu dan jenama.  
MYDIN, selaku pelaksana program ini sudah pastinya akan memastikan produk yang berkualiti untuk kepuasan penggunanya sebelum dilabelkan dengan barangan 1Malaysia. 
Tapi bila mereka membandingkan harga beberapa barangan KR1M dengan produk paling cikai dan termurah di Careffour, sudah pastinya ada perbezaan harga. 
Kebebalan ketiga Tony Pua & Nurul Izzah bila mereka tidak sedar Careffour adalah pelaburan asing dari Perancis ke Malaysia. Memonopoli segala jenis barangan kepada harga terendah akan menutup ruang kepada pelabur asing untuk meneruskan pelaburan mereka di Malaysia. 
Dengan kepelbagaian harga di pasaraya2 lain dan KR1M sekurang2nya akan membuka minda rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna bijak dalam berbelanja. 
Mungkin Tony Pua & Nurul Izzah mewakili kapitalis2 runcit yang melatah bila kerajaan mengumumkan pembukaan KR1M, bila mereka tidak lagi mempunyai kuasa untuk menaikkan harga barang sesuka hati bila rakyat punya pilihan untuk berbelanja di KR1M yang jauh lebih murah & berpatutan.

YY : Kalau tak bengong bukan pembangkang namanya - mungkin frust dek kerana 'menu rakyat' yang dipromosikan tidak mendapat sambutan. 

2 comments:

  1. hahaha..nk compare ngn Careffour..ntah pape je pembangkang nie..

    ReplyDelete
  2. Apa yang pembangkang buat untuk membantu rakyat mendapatkan harga barangan yang murah???? Cakap sajer pandai...bab* punya pembangkang!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-