Sunday, November 20, 2011

Bekalan Air Terawat Kotor Di Kelantan - Rakyat Kelantan Terdedah Penyakit Berbahaya #saveKelantan



Bila kita kata Kelantan masih ramai rakyatnya bergantung hidup dengan air telaga yang dipam menggunakan mesin ada yang tidak percaya malah ada yang mendakwa ini semua hanyalah propaganda UMNO untuk memburukkan PAS Kelantan.

Walhal itulah hakikat sebenar yang berlaku di Kelantan, malah sehingga kini ada rakyat Kelantan yang tidak berkemampuan membeli mesin untuk menyedut air telaga terpaksa menggunakan tangan untuk menimba air bagi digunakan dalam kehidupan seharian.

Walaupun diberikan peruntukkan yang banyak oleh kerajaan pusat, malah peruntukkan berkenaan difahamkan lebih tinggi dari Melaka sehingga kini PAS masih gagal menyediakan bekalan air yang sempurna bagi rakyat Kelantan.

Bukan sahaja air yang dibekalkan oleh AKSB tidak sempurna, laporan akhbar hari ini juga cukup mengejutkan, di mana hasil kajian makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor. Mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan.

Ada yang bergantung kepada air telaga, ada yang bergantung kepada air yang dibekalkan AKSB. Ingatkan dapat bekalan air AKSB bersihlah dari air telaga, namun air terawat pun mengandungi bahan berbahaya.

Rakyat Kelantan perlu sedar, 20 tahun ditipu oleh kepimpinan ulamak, jangan sampai cucu-cicit kita membesar dengan tidak sempurna gara-gara terminum air yang tercemar. Nik Aziz Nik Mat mana minum air bekalan AKSB, mereka satu keluarga minum mineral la brader!

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko. 
Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). 
Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser. 
Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan. 
Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan. 
Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan. 
Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut. 
Ujian makmal itu, memfokus kepada kandungan beberapa logam berat antaranya merkuri; arsenik; kadmium; kromium; perak; zink; sodium; sianida; kuprum; dan magnesium. 
Rumusan laporan sembilan muka surat makmal tersebut mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan. 
Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan. 
Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l. 
Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati. 
Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan. 
Namun, bekalan air AKSB ke daerah lain didapati berada di bawah paras selamat yang ditetapkan. 
Dalam pada itu, bagi kandungan arsenik dalam air mentah, hanya Pasir Puteh dan Kota Bharu menepati piawaian pihak berkuasa. Machang mencatat pencemaran paling tinggi iaitu 0.072 hingga 0.083 mg/l. 
Walaupun air mentahnya tidak mengandungi arsenik, namun Kota Bharu tidak bebas pencemaran logam mangan. Ia muncul daerah tertinggi tercemar iaitu sekitar 0.38 mg/l diikuti Tumpat (0.31 mg/l) dan Pasir Puteh (0.28 mg/l). 
Mangan boleh menyebabkan gangguan saraf dikenali ‘manganism’ (menggeletar seperti pesakit parkinson) selain gejala psikiatri seumpama halusinasi. 
Kandungan mangan dalam air mentah di Bachok, Gua Musang, Machang serta Kuala Krai menepati standard kualiti air minuman yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. 
Sementara itu, bagi pencemaran logam besi, Pasir Mas mencatat kandungan tertinggi iaitu antara 0.03 hingga 4.89 mg/l, diikuti Bachok (2.15-4.07 mg/l) dan Pasir Puteh (0.49-1.03 mg/l). 
Sampel-sampel air dari semua daerah juga secara ketara didapati mengandungi logam-logam lain yang boleh menjejaskan kesihatan seperti merkuri, sainida, kadmium, sodium dan zink. Bagaimanapun, kandungannya berada di bawah paras yang dibenarkan.

YY : Rilek la boh... minum air ado arsenik dok mati la... Anwar kena suntik arsenik buleh hidup tu... Kahkahkahkah...

4 comments:

  1. woooooooooot pok nik kan penyangak wooooooot

    ReplyDelete
  2. sila datang kelantan untuk menyaksikan. jangan main fitnah. sekian

    ReplyDelete
  3. Kalu kes ni percaya ko Utusan Malaysia, nyaknyo, lama dah rakyat kelantan tinggal 600,000, sebab 900,000 minum air racun, nakal wehhh

    ReplyDelete
  4. Blog cari makan dengan memperbesarkan benda yang mungkin berlaku di mana2 negeri. Tetapi bila berlaku di Kelantan, blog nie menilaikes ini lebih besar dari kes curi enjin jet. Macam peribahasa ' cerdik tokleh tupe, bodo tokleh aja'. Realitinya, jika perkara itu berlaku, KKM tidak akan lepas tangan. Sekian

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-