Friday, October 7, 2011

Tak Pakai Tali Leher Mana Boleh Masuk Parlimen, Lainlah Kalau You Namawee!


Al-kisah tersebutlah kisah dua hari lepas saya ke Parlimen untuk menemubual Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan berhubung Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru 2011 yang dibentangkan di Parlimen dua hari lepas.

Pakaian yang saya kenakan pada hari berkenaan adalah kemeja lengan panjang, seluar slack dan berkasut kulit. Baju kemeja yang saya pakai saya lipat dibahagian lengan hingga ke paras siku sebab saya lebih selesa begitu, namun saya tidak mengenakan tali leher kerana saya beranggapan tali leher tak perlu jika kita sekadar berada di ruangan lobi. Nazri Aziz yang kata dulu ketika kecoh kes Namawee pakai snow cap masuk Parlimen.

Tapi ketika di kaunter untuk mendaftarkan nama, seorang anggota yang bertugas meminta saya mengenakan tali leher dan menurunkan lipatan lengan baju jika tidak saya tidak dibenarkan masuk kerana tidak mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan.

Dah diarahkan begitu, saya pun akur dan segera menurunkan lipatan lengan baju saya sambil mengatakan bahawa tali leher saya berada di dalam beg. Mujur brader tersebut benarkan saya masuk tanpa banyak bicara. Sampai saja ke dalam saya terus ke galeri cenderahati untuk membeli sehelai tali leher kerana bimbang tidak dibenarkan masuk ke sidang dewan.

Harganya boleh tahan tercekik juga iaitu RM50, tapi nak tak nak terpaksa beli juga sebab kod berpakaian telah mengatakan setiap lelaki mesti berpakaian kemeja lengan panjang dan bertali-leher.
Semua pelawat perlu mematuhi tatacara berpakaian semasa berada di Bangunan Parlimen iaitu; 
KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA 
PAKAIAN YANG DIBENARKAN 
LELAKI

1) Long-Suite dan bertali leher
2) Berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher
3) Berbaju batik lengan panjang
4) Berbaju melayu lengkap bersamping dan bersongkok
5) Berseluar panjang (slack)
6) Berkasut kulit 
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN 
1) Baju T / jaket
2) Baju tanpa lengan / lengan pendek
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan menjolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat / Nehru kolar
Barulah saya tahu (maklumlah orang kampung) rupanya ketat etika berpakaian untuk ke Parlimen, saya ingatkan bolehlah cilok-cilok masuk walaupun tak bertali leher, tapi jangkaan saya meleset. Yang hairannya, mengapa pemuda bengong bernama Namawee boleh masuk ke Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt dan Snow Cap...?


Bukanlah berniat ungkit kisah yang sudah lepas, saya cuma hendak sampaikan kepada sahabat pembaca sekelian bahawa kalau hendak ke Parlimen kita hendaklah mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan, sebab kita ini tiada apa-apa keistimewaan jika hendak dibandingkan dengan Namawee.

Sebab apa saya kata gitu...?

Sebab para pembesar negara tidak akan memberikan apa-apa keistimewaan kepada kita kerana kita bukan manusia yang bernama...

NAMAWEE... Syoknya jadi Namawee...

Benarlah kata Tun Faisal di blognya jika Namawee hendak dijadikan ikon pemimpin hari ini ada masalah nilai dan fikrah...


KLIK SINI BACA...



YY : "anak cina anak saya....anak melayu anak pungut..."

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-