Saturday, October 22, 2011
Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS) - GAGAL?
Boring melihat situasi permainan politik yang dibawa pembangkang sekarang ini. Lebih baik kita cari cerita-cerita yang boleh meningkatkan produktiviti kita sebagai rakyat Malaysia. Kali ini saya hendak cerita mengenai MACS pula...
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa ke jadah Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS) yang giat dipromosikan di kompleks beli-belah sekitar Johor Bahru? Malah ada kaunter dibuka untuk mempromosikan kad MACS ini.
Saya pun tak tahu, maklumlah masuk Singapura pun biasanya saya berenang kuak lentang saja. Mana pernah guna pasport. Hahaha...
Disebabkan timbul perasaan ingin tahu, saya pun buatlah penyelidikan ikut kepala hotak saya sendiri, tidak salah rasanya jika Aziz Bari boleh keluarkan kenyataan ikut selera kepala hotak dia kenapa tidak saya?
Jadi dapatlah sedikit sebanyak info tentang sistem MACS ini...
Sistem ini sebenarnya diperkenalkan lebih kurang pada April 2009 bertujuan untuk menyokong Pembangunan Ekonomi Iskandar Malaysia, MACS dibangunkan untuk mempercepatkan kelulusan imigresen untuk bukan pelabur Malaysia, orang-orang perniagaan dan profesional-profesional.
Pada awalnya sistem ini adalah untuk orang-orang perniagaan sebelum ianya terbuka kepada semua rakyat Singapura, yang mana sebelum ini rakyat Singapura yang ingin masuk ke Malaysia biasanya menggunakan pas Imigresen.
Menurut Utusan Malaysia bertarikh 03/03/2010 syarikat yang mengurus tadbir sistem ini adalah Hi-Tech Padu Berhad yang bertanggungjawab dalam urusan penyelenggaraan manakala Iris Corporation Sdn. Bhd pula menguruskan sistem perisian berjanji untuk melaksanakan sistem ini dengan jayanya. Tapi kedua-dua syarikat ini ternyata gagal dalam bidang tugasnya memandangkan pada 07/06/2010 Utusan Malaysia menerima aduan berhubung kegagalan sistem.
Dek kerana GAGAL mencapai matlamat, maka beberapa pihak yang terlibat dengan jabatan Imigresen telah mengadakan satu kajian untuk mencari punca kenapa sistem yang diperkenalkan pada tahun 2009 ini gagal.
Maka hasil kajian yang dibuat mereka merumuskan bahawa sistem MACS gagal kerana dikatakan kurang promosi. Jadi kini giatlah promosi diadakan oleh Jabatan Imigresen di sekitar kompleks beli-belah di Johor Bahru semata-mata untuk mendapatkan 'pelanggan' dari warga Singapura. Sekali pandang umpama ejen kad kredit sedang cuba membodek pelanggan supaya memohon kad tersebut.
Sebenarnya penggunaan kad MACS ini gagal adalah kerana warga Singapura sendiri tidak yakin, dan mereka dikatakan takut untuk menggunakan kad ini memandangkan tiada cop yang tertera.
Secara ringkasnya kad MACS ini bagus, dengan hanya bayaran RM30 warga Singapura yang ingin masuk ke Malaysia tidak lagi perlu membuang masa untuk cop pasport mereka kerana penggunaan kad ini umpama 'touch & go atau pun SmartTAG'.
Kad ini sah digunakan selama 30 hari, tapi jika ianya tidak diimbas pendek kata individu tersebut boleh tinggal di Malaysia sampai mati, jadi di sini timbul satu isu penting sejauh manakakah aspek keselamatan diambil kira oleh pihak berkenaan sebelum melaksanakan penggunaan sistem ini?
Sistem keselamatan dilihat diabaikan memandangkan kad MACS ini boleh diimbas oleh sesiapa sahaja walaupun individu tersebut bukan pemilik sah kad MACS ini. Jadi di sini jelas memperlihatkan bahawa aspek keselamatan gagal diutamakan sebelum sistem ini dipromosikan oleh JIM atas arahan pihak atasan JIM.
Dan sehingga kini, hanya 800 kad dikeluarkan sejak ianya giat dipromosikan pada 15/10/2011 yang lalu. Jumlah ini belum dicampur dengan jumlah kad yang dikeluarkan sejak sistem ini diperkenalkan pada tahun 2009. Tapi jika dicongak secara kasar rasanya jumlah yang masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru dikatakan mencecah berpuluh ribu orang. Tidak mustahil juga beratus-ribu orang.
Berapa ramaikah warga Singapura yang menggunakan sistem kad MACS hingga kini?
Ada statistik?
Adakah wujudnya kepentingan peribadi 'individu' tertentu sehingga memberikan arahan supaya kakitangan Imigresen bertindak persis jurujual dari syarikat jualan langsung?
Siapa boleh tolong JAWAB....?
Tambahan :
Untuk makluman kakitangan Imigresen semua, penyelarasan gaji dan elaun kakitangan Imigresen sebagaimana tercatit dalam Plan Tranformasi Jabatan Imigresen tidak dapat dilaksanakan memandangkan Jabatan Imigresen masih tidak mencapai tahap KPI yang ditetapkan.
Jabatan Imigresen hanya mencapai tahap KPI ditetapkan melalui Program 6P tempoh hari, dan ini tidak melayakkan proses penyelarasan gaji dilaksanakan sebagaimana pasukan polis dan penguatkuasa yang lain.
Ini adalah maklum balas yang saya terima selepas artikel KSU di KDN Apa Sudah Jadi Dengan Plan Tranformasi Jabatan Imigresen 2011...? disiarkan pada 11/10/2011 yang lalu. Terima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia yang memberi maklum balas ringkas.
Wahai kakitangan Imigresen di seluruh Malaysia, walaupun gaji tak naik usahlah saudara semua gundah gulana.
Jom kita layan lagu Hip-Hop bersama-sama dan kita tujukan lagu ini kepada orang-orang yang suka 'tanam tebu' di tepi bibir dan orang itu bukanlah Menteri bertanggungjawab sebaliknya yang bawah-bawah ini bertindak mengalahkan Menteri sendiri...
YY : Ini bukan balun OK...
BRO,
ReplyDeleteLU TULIS INFO-INFO MACAM NI LAGI MENARIK DARI DOK TULIS PASAL POLITIK DI MALAYSIA. POLITIK MALAYSIA NI CACAMARBA SEJAK ANWAR KELUAR JEL. GUA PUN BOSAN!
LAGU HIP-HOP SAPA NYANYI TU BRO?
Lagu sape reka ni? berbakat juga kakitangan Imigresen ni ropanya.
ReplyDeletesalam penulis,
ReplyDeleteartikel yg menarik. keep it up.
one more thing yg interested klau bro nk perjelaskan dalam artikel yg coming soon adalah tentang
1) kegagalan sistem kutipan LEVI. sistem dah di pasang pada tahun 2007-2008.. tapi at the end, tak guna pun. kerajaan rugi berapa juta?
2) kegagalan program 6P - flow program nampak cantik atas kertas tapi pelaksanaan mmg xda prosedur yg lengkap. until now, brapa statistik yg jelas dari sistem PATI dah keluar negara? dan kenapa di extend lagi tempoh masa pendaftaran PATI? kenapa data biometrik byk yg xwujud? faktor keselamatan dan keaslian data setelah projek 6P di serahkan kepada syarikat swasta. gila nonsense.
3) kegagalan sistem SIM (yg dimajukan oleh syarikat multimedia glory sdn bhd) - MGSB / Karsoft. huraikan :)
4) mcm2 lagi .. until sy dapat feedback dari penulis, i will let u know more than u expected to see ...
Saudara/i November 26, 2011 6:46 AM :
ReplyDeleteInsyaAllah...