Friday, October 7, 2011

Santai : Dr. Rozmey Bakal Membeli Pasukan Gergasi Real Madrid...?


REAL MADRID - Pengasas syarikat Herba Prima Marketing Dr. Rozmey telah mengadakan pertemuan bersama Alfredo Di Stefano dan Florentino Perez iaitu pemilik pasukan bolasepak gergasi Real Madrid di sebuah hotel terkemuka di bandar Madrid. 
Dalam pertemuan itu  pemilik pasukan bolasepak gergasi tersebut telah mencapai kata sepakat untuk menjual pasukan Real Madrid kepada tokoh perniagaan yang popular dengan fesyen rambutnya yang unik itu. 
Menurut sumber DRBC berkata urusan penjualan berkenaan telah berjaya dan kini hanya menunggu proses pengambil-alihan saham oleh Dr. Rozmey. 
Selepas proses pengambil-alihan saham Real Madrid, Dr. Rozmey dikhabarkan akan membuat beberapa rombakan dalam pasukan gergasi itu, antaranya Dr. Rozmey akan meletakkan K. Rajagobal sebagai jurulatih utama pasukan dan meletakkan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol utama menggantikan Iker Cassilas.

Hahahaha...

Dr. jangan marah yer... gurau sempena malam jumaat.

Tapi siapa tahu mungkin benda ini betul-betul berlaku.


YY : Bangga bila orang melayu berjaya... Dr. pinjam Ferrari sat.. 

2 comments:

  1. kau ni buat aku tekejut je..nasib baik jantung ok, kalo tak aku saman kau..kau nak tengok club dan juru latih aku tu tersungkur ke? kalo MU bolih lah...

    ReplyDelete
  2. Haha bro... saje joke mlm2.. asal dia jgn beli team aku Chelsea sudah. hahahaha

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-