Wednesday, October 5, 2011
Jika Namawee Unik - Kami Juga Memiliki Keunikkan Tersendiri...
Saya sokong PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan olehnya, tapi jika PM mengatakan Namawee pemuda yang unik dan pendokong kuat 1Malaysia. Maaf kami sama sekali tidak setuju, sebab kami tahu pemuda berbangsa cina ini seorang yang rasis dan biadap dalam menyampaikan karya-karyanya yang bertaraf sampah!
Buat PM yang dihormati, lihatlah sendiri perangai pemuda yang dianggap 'unik' dan pendokong kuat 1Malaysia ini. Adakah pemuda ini benar-benar faham apa itu 1Malaysia dan Prinsip Rukun Negara...?
Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan pemuda yang bernama Namawee ini merupakan pendukung kuat 1Malaysia. Malah PM kita menganggap Namawee seorang yang unik dalam menyampaikan ideanya untuk orang ramai.
Baca sini...
Saya tidak faham unik yang bagaimana dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, adakah untuk menjadi 'seunik' Namawee kita perlu mempersendakan laungan azan dengan menyamakannya seperti ayam berkokok dan rentak lagu R&B...?
Saya dapat merasakan ramai pemuda berbangsa Melayu mungkin terkilan bila mana PM memberi pujian melambung kepada beruk Namawee ini. Namun saya ingin bersangka baik, saya beranggapan bahawa pujian dari PM kepada pemuda bernama Namawee ini adalah demi mengembalikan sokongan anak muda cina kepada kerajaan.
Nampaknya kita terpaksa terima hakikat bahawa kemungkinan Namawee akan digunakan sebagai batu loncatan untuk kerajaan menarik sokongan anak muda cina kepada BN, maklumlah MCA dah jelas sehingga kini gagal memainkan peranan efektif dalam mengembalikan sokongan kaum cina kepada mereka.
Tapi persoalannya adalah...
Setelah pelbagai keistimewaan dan pujian diberikan kepada Namawee berapa peratuskah sokongan anak muda cina kembali kepada BN...?
Berapa banyak filem, lagu, video yang dihasilkan oleh Namawee untuk membantu kerajaan menarik kembali sokongan anak muda cina kepada kerajaan...?
Adakah Namawee benar-benar faham dengan konsep 1Malaysia yang diterapkan oleh PM sebagaimana diwar-warkan dalam setiap percakapannya...?
Jika beliau faham, kenapa azan dipersendakan, wanita bertudung diperlekehkan, malah orang Melayu dilabel sebagai pemalas dan sakai...?
Sebagai anak muda, kami juga ingin menarik perhatian PM yang kami sayangi, kami juga inginkan pujian melambung daripada PM. Oleh hal demikian maka sahabat saya blogger 1peluru (yang tak berapa nak muda usianya) menghasilkan semula lagu Lancau 2.0 versi terbaru. Lagu ini sebenarnya telah lama dihasilkan oleh beliau namun ada pihak lain yang 'menakuk di kepala takuk' dengan membuang segala 'watermark' dalam video original sebelum ini.
Lagu ini dihasilkan untuk menunjukkan kami juga berbakat dan unik dalam menyampaikan idea kami kepada rakyat Malaysia.
Unik tak bahasa yang kami gunakan?
Harap-harap kami pun mendapat pujian daripada pembesar negara.
Hahahaha....
Baca apa kata blogger 1peluru mengenai 'keunikan' Namawee KLIK SINI...
YY : Nak jadi unik kena guna bahasa kesat.... :)
Najib jangan kerana undi cina, undi budak2 Melayu melepas.
ReplyDeleteNajib is bullshitting with the malay votes ...
ReplyDeletesalam..boleh x buat ulasan mengenai kenyataan hishammuddin y nk serapkan 1.3 million PATI kedlm smua sektor...sebab ini akan merugikan orang melayu sendiri lebih2 lagi pelajar tahun akhir seperti saya...bukan itu saja isu nk lanjutkan tempoh bersara juga tak relevan...walaupun saya belajar di universiti awam..tp rata2 pelajar tidak menyokong kerajaan..ini saya ckup pasti...ke mana agaknya hala tuju kami..jika meluah dimedia takut disaman...
ReplyDeletehahaha gaduh gaduh
ReplyDeleteNampak gaya Namewee telah digunakan oleh berbagai pihak & pembangkang untuk menurunkan populariti DS Najib dan kerajaan BN di kalangan pengundi melayu secara tidak sedar.
ReplyDeleteHarap DS Najib tidak melakukan pengkhianatan terhadap Negara/Bangsa Melayu (sekolah Vernakular diperkasakan?) hanya kerana inginkan sokongan orang cina seperti Namewee ni...!
ReplyDeletebukan diwar-warkan. 'diuar-uarkan'. tq.
ReplyDelete