Anak lelaki Muammar Ghadaffi yang turut dibunuh.
Mayat Ghadaffi menjadi bahan tontonan rakyat.
Hari ini rakyat Libya seronok, menari sepanjang jalanraya kerana berjaya menumpaskan bekas pemimpin 'diktator' mereka Muammar Ghadaffi. Bila membaca dan melihat aksi rakyat Libya menari-nari gembira dengan 'kemenangan' mereka itu saya teringatkan kematian Saddam Hussein dahulu yang mana pada hari beliau digantung mati rakyat Iraq menari gembira sambil menumbangkan patung Saddam Hussein menandakan kemenangan mereka.
Tapi cara Saddam Hussein dihukum tidak begitu menyiksakan jika dibandingkan dengan Muammar Ghadaffi yang diseksa dan diheret, dihina sebelum dibunuh oleh pemberontak yang termakan dakyah pihak barat.
Dulu rakyat Iraq juga menari gembira sambil meruntuhkan patung Saddam Hussein, hari ini rakyat Libya juga menari gembira dengan meletakkan senjata mereka cukup yakin semuanya akan kembali normal malah kehidupan mereka pada masa akan datang akan lebih baik.
Semoga apa yang diidamkan puak pemberontak ini dimakbulkan Allah S.W.T. Kerana rakyat Iraq tak senang ketika ini, malah mereka lebih susah jika hendak dibandingkan dengan zaman pemerintahan Saddam Hussein. Tapi apakan daya itulah yang mereka mahu, pihak barat licik dalam menimbulkan sebarang propaganda untuk menjatuhkan pemimpin Islam yang berani.
Dulu Saddam Hussein dikatakan memiliki senjata biologi yang mana sehingga ke hari ini senjata tersebut tidak ditemui oleh pihak yang menceroboh negara tersebut. Muammar Ghadaffi pula dilabel diktator oleh puak barat dan dikehendaki oleh mahkamah antarbangsa atas jenayah membunuh orang awam yang tidak dipastikan betul atau tidak.
Penyokong Ghadaffi diserang melalui serangan udara sehingga membunuh lebih 40 nyawa ketika mereka berkumpul untuk mempertahankan presiden dan negara mereka. Akhirnya mereka akur dan berundur daripada meneruskan perhimpunan menyokong Presiden kerana bimbang dibunuh.
Jumlah pemberontak dan kumpulan anti Ghadaffi tidaklah seramai mana tapi mereka menjadi kuat bila ada kuasa asing campur tangan dan membantu mereka.
Inilah akibat bila ada segelintir rakyat yang termakan dan sanggup menjadi alat pihak barat walaupun terpaksa menghuru-harakan negara sendiri. Di Malaysia juga ada golongan begini, tapi sehingga kini percubaan untuk menghidupkan revolusi selalunya diakhiri dengan penetrasi.
Alahai rakyat Libya...
Semoga Allah melindungi kamu semua...
Laporan berita Reuters :
”Anak, tolong jangan bunuh saya” itulah kata-kata terakhir Muammar Gaddafi kepada tentera kerajaan sementara yang menangkapnya selepas satu serangan ke atas konvoinya di bandar Sirte awal subuh semalam. Sejam kemudian bekas pemimpin Libya itu dilaporkan terbunuh.
Gaddafi mengangkat tangan sambil merayu supaya beliau tidak dibunuh selepas beliau diheret keluar dari tempat persembunyiannya di saluran kumbahan di bandar kelahirannya di sini dalam serangan itu. Namun, rayuannya itu tidak diendahkan oleh tentera kerajaan, sebaliknya mereka menghinanya.
Bukan sekadar itu, mayat Gaddafi yang berlumuran darah dibiarkan dalam keadaan separuh bogel dan rambut palsunya ditanggalkan dan dihantar sebagai ‘hadiah perang’ kepada tentera kerajaan di Misrata, bandar yang terletak di selatan Sirte yang telah ditawan tentera kerajaan sementara.
Rakaman video menunjukkan beliau diheret keluar dengan kasar dari bonet trak sebelum hilang daripada rakaman selepas kedengaran bunyi tembakan.
“Ketika dibawa keluar dari Sirte (untuk dihantar ke hospital), Gaddafi dipukul dan kemudiannya dibunuh,” kata seorang pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) kepada Reuters sebelum Pemangku Perdana Menteri kerajaan sementara Libya, Mahmoud Jibril mendakwa berlaku insiden berbalas-balas tembakan.
Ketua pengawal peribadi Gaddafi mengesahkan bekas pemimpin Libya itu terselamat dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke atas konvoinya.
Dalam serangan itu, Mutassim, anak kelima Gaddafi yang kelihatan berlumuran darah tetapi masih hidup dalam rakaman video itu turut dilaporkan dibunuh.
Berita kematian Gaddafi disambut sorakan kegembiraan dengan penduduk berhimpun di jalan-jalan raya, manakala anggota tentera melepaskan tembakan ke udara.
Di Benghazi, beribu-ribu penduduk berarak di jalan-jalan raya sambil meletakkan senjata mereka dan menari.
“Saya tidak akan memberi senjata saya kepada anak lelaki saya. Kini perang sudah tamat dan kami perlu menyerahkan senjata dan kanak-kanak perlu ke sekolah,” kata seorang penduduk, Mansour el Ferjani, 49 tahun .
Sementara itu, gambar mayat Gaddafi yang berlumuran darah dan disiarkan di skrin-skrin televisyen seluruh dunia mungkin akan memberi kesan kepada negara-negara yang berdepan kebangkitan rakyat seperti Yemen dan Syria. - REUTERS/AP
YY : Orang arab ini memang suka dengan pembunuhan sama sendiri agaknya...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-