Alamak... terbalik la pulok.. |
Tapi tindakan PR yang tampil dengan bajet 'bawah pokok' bukan sahaja ditempelak oleh Tun Mahathir Mohammad dan beberapa pemimpin BN sebaliknya janji yang dibuat dalam Bajet tersebut turut diragui oleh akhbar-akhbar cina yang selama ini begitu menyokong mereka.
[Nota: Walaupun akhbar Cina sering kali menyokong pembangkang, namun dalam hal bajet mereka sudah menjadi ragu-ragu. Akhbar ini menyebut bahawa "Tetapi bajet Pakatan Rakyat secara amnya tidak menunjukan ia mampu dilaksanakan."Akhbar Cina tidak dapat menyembunyikan kebimbangan terhadap bajet `pilihan raya' PR; bajet yang dirangka untuk mencari undi, bukan bajet berdasarkan realiti semasa di dalam negara.
Memang syok buat janji nak bagi itu dan bagi ini. Lebih-lebih lagi janji-janji ini bukan untuk ditunaikan. Apakah dasar PR sebenarnya? Dulu ingin menghapuskan mentaliti subsidi, sekarang ingin memupuk mentaliti subsidi pula? Jelas Bajet Alternatif bukan bajet yang bertanggung jawab; ia tidak bertujuan untuk membawa kebaikan kepada negara, tetapi lebih bertujuan untuk memenangi PRU13.]
Baca selanjutnya KLIK S.I.N.I
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-