Monday, October 31, 2011

[VIDEO] : Perasmian Rumah UMNO Alor Gajah Oleh DS @HishammuddinH20







Sekitar majlis perasmian Rumah UMNO di Alor Gajah - Melaka yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam.

[HOT VIDEO] : Kelantan 'Membangun Bersama Pondan' #saveKelantan




Mungkin tajuk artikel agak keterlaluan, tapi itulah rasanya gelaran yang layak diberikan kepada sebuah negeri yang kononnya mengamalkan pemerintahan Islam serta menerapkan nilai-nilai murni ajaran Islam kepada rakyatnya.

Bila kita sebut mengenai negeri Kelantan iaitu negeri kelahiran saya, ramai yang beranggapan bahawa Kelantan itu bebas dari sebarang aktiviti maksiat, maklumlah ianya diperintah oleh sebuah parti yang paling Islamik di Malaysia iaitu PAS.

PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun, dan saya sendiri membesar dalam suasana 'Islamik' ala PAS iaitu 'Membangun Bersama Islam'.

Pendedahan yang dibuat oleh kickdefella secara jujurnya saya katakan ianya tidak memeranjatkan saya - kerana saya tahu bahawa aktiviti persundalan memang telah lama wujud di Kelantan.

Melihat kegiatan persundalan melibatkan pelacur dan juga pondan begitu berleluasa dan golongan pekerja seks ini hanya berurusan dengan pelanggan mereka di tepi jalan tidak ubah seperti di Pat Pong telah membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Nik Aziz di Kelantan sebenarnya gagal menerapkan nilai-nilai Islam yang sebenar dalam diri masyarakat Kelantan sebagaimana dilaungkan mereka.

Maka tidak mustahil jika laporan mengatakan bahawa Kelantan merupakan negeri tertinggi mencatat jumlah pesakit AIDS jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri yang diperintah oleh BN.


YY : Melihat rekod sumbang mahram pun, Kelantan tak mahu kalah dengan negeri-negeri yang diperintah oleh 'kafir' UMNO... 

Tanah Melayu - Ketuanan Cina?



Ironis sekali melihat perjuangan bangsa kita Melayu. Bangkit dengan keris panjang - melaungkan perjuangan membela bangsa , mendesak hak - hak dan menjerit menuntut keistimewaan. 

Siapa yang sebenarnya pejuang, siapa yang sebenarnya berani mahu mengatakan kebenaran - siapa pula sebenarnya menjadi lawan dan saingan kita tidak pula diperjelaskan dalam kita meniupkan semangat kebangkitan Melayu.

Ini bukan satu artikel yang mahu meniupkan semarak api perkauman tetapi adalah penting untuk kita mengenalpasti siapa yang sebenarnya menjadi lawan dan saingan kepada Melayu. 

Sekiranya artikel ini berbau perkauman maka seakan pasti penulis akan berdepan dengan penahanan - di penjarakan oleh kerajaan Melayu sendiri terhadap seorang Melayu yang hanya mahu mengupas kemelut Melayu seperti yang dikatakan oleh Pemuda UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2005.

Atas alasan ini kita diharuskan berbicara di antara garis - garis barisan ayat , berusaha menceritakan realiti sebenar kedudukan Melayu, dalam kelambu - berbisik kerana tidak mahu tertakluk menyalahi apa - apa peruntukan perundangan yang terkandung dibawah Akta Hasutan. 

Akhirnya penjelasan kita kepada bangsa kita mengelirukan, kita akhirnya kembali membohongi diri kita sendiri.

Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak berani mengatakan secara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa kita bersaing - siapakah yang mencabuli hak kita - siapakah yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di negara ini.


Apakah kita masih segan , kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun? 

Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina semakin berkembang - ketuanan Melayu masih terkongkong dengan keris panjang yang akan di balut setelah gagah berbicara pada sidang - sidang media dan dewan - dewan tertutup.

Tidak ! Kita tidak boleh menyebut ketuanan Cina - ini provokasi namanya. Kita tidak boleh berbicara bahawa perjuangan kita adalah untuk menuntut hak yang telah tergadai kepada bangsa lain khususnya Cina - itu juga provokasi ! 

Namun kita boleh berbicara mengenai menuntut - memperjuangkan hak orang Melayu - taraf ekonomi orang Melayu - keistimewaan orang Melayu tetapi jangan sekali - kali menyebut dari siapa atau dengan siapa lawan kita dalam perjuangan ini.
Satu perjuangan yang mengelirukan. Perjuangan menentang siapa? Siapa musuh kita? Siapa lawan kita? Apakah kita berjuang menentang bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain.

Apakah kita berjuang menuntut agar perlembagaan kita digubal semula untuk memperuntukkan hak keistimewaan orang - orang Melayu?


Apakah kita berjuang sesama Melayu sendiri atau lebih tepat lagi dengan hipokrasi kepimpinan Melayu?
Mengenai peruntukan fasal - fasal dalam Perlembagaan Persekutuan:
(3) Islam sebagai agama rasmi persekutuan di cabuli haknya oleh orang - orang cina atau lain - lain bangsa? 
(32) Apakah kedudukan raja - raja Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan bangsa -bangsa lain? 
(38) Apakah kuasa peruntukan Majlis Raja -Raja berhubung dengan daulah Islamiah di cabul oleh kaum Cina dan bangsa - bangsa lain di Malaysia? 
(152) Apakah penggunaan bahasa Melayu di tentang - cuba dihapuskan oleh bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain? 
(153) Apakah hak keistimewaan orang - orang Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan lain - lain bangsa di Malaysia?


Secara amnya, apakah perkembangan sedia ada dicabar - dicabul, ditentang dan dirampas oleh bangsa - bangsa lain khususnya Cina. Apakah jawapan kepada persoalan ini - tepuk dada tanya selera?

Perjuangan ini benar - benar mengelirukan. Kalau kita lihat perlembagaan , sudah cukup lengkap peruntukan dan fasal - fasal seperti 3, 32, 38, 152, dan 153 untuk menjaga hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu tetapi mengapa Cina juga yang maju .

Ketuanan Melayu mati - sekarang ketuanan Cina

Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu - Ketuanan Cina? Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini adalah satu usaha menghasut? 

Apakah kita tidak pernah sedar bahawa ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan. Apakah ini bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.

Apakah salah kalau dikatakan bahawa pegangan ekonomi Melayu / Bumiputera yang tidak sampai 10% yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu? 

Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina? 

Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan bersaing dengan entah siapa? Kita hanya diberitahu Melayu Dalam Bahaya. 

Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita perlu berjuang - kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.

Kita terus digesa berjuang - ketuanan Melayu masih lagi menjadi satu bentuk idealisme perjuangan tetapi kita tidak ditentukan siapa saingan kita? Apakah kita perlu menentang bangsa Cina untuk memulihkan ketuanan Melayu? 

Apakah kita perlu bersaingan dengan cina untuk menentukan kuasa seterusnya menjadi tuan kembali di negara ini? Dengan siapa harus kita berjuang? Apakah kita perlu merampas kembali hak - hak kita yang telah di rampas oleh kaum Cina?

Hak Melayu di rampas oleh Cina?

Perjuangan se olah - olah dihalakan kepada menuntut kembali hak - hak Melayu, menuntut kembali pegangan ekuiti, menuntut pegangan ekonomi dan mengembalikan ketuanan Melayu. Ini di bicarakan - sebagai perjuangan. 

Apakah kaum Cina sudah merampas hak - hak keistimewaan Melayu dan bumiputera seperti yang di peruntukan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan? Apakah kaum Cina sudah merampas pegangan ekonomi orang - orang Melayu?

Cina kini memiliki pegangan ekonomi yang lebih kukuh dari Melayu. Cina memegang ekuiti yang lebih besar - pemilikan hartanah bandar dan pemilikan perniagaan yang jauh lebih baik dari Melayu. 

Cina sudah melangkah jauh sedangkan Melayu masih di situ. Dengan pegangan ini - apakah tidak ketuanan Melayu kita wajar diganti dengan ketuanan Cina? Apakah mereka sebenarnya merampas?

Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa - menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia.

 
Mereka berhak menjaga kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh - sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lain mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. 

Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan ekonomi yang sedia terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.

Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana


Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum - kaum lain. Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.

Salah siapa?

Hak Keistimewaan Melayu sudah terkandung dalam Perlembagaan. Kuasa Kepimpinan Kerajaan di tangan orang - orang Melayu dan kita seperti mana peribahasa Melayu menasihati " terpulanglah - diracit halus - haluslah ia " . "Pisau di tangan kita" kenapa lain jadinya. 

Apa sebenarnya sedang berlaku. 

Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri. 

Siapa dan mengapa? 






Saturday, October 29, 2011

Projek Lembu Feedlot : Kenyataan Timb. Menteri Asas Tani & Benarkah DS @Shahrizat Jalil Terlibat?

Sekadar penyeri artikel - Tiada kaitan dengan yang hidup jauh sekali yang telah mati.
Dalam laporan berita yang disiarkan di mstar Timbalan Menteri Asas Tani mengatakan punca kegagalan projek NFC adalah disebabkan oleh pengusaha. Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kegagalan projek ternakan lembu feedlot tersebut disebabkan rata-rata pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian.

Itulah penjelasan yang diberikan oleh kerajaan berhubung kegagalan projek feedlot tempoh hari. Tapi persoalan mengenai keterlibatan DS Shahrizat Jalil dalam projek berkenaan masih belum lagi terjawab.

Baru-baru ini Ketua Wanita PKR Zuraida 'Mak Lampir' Kamaruddin telah meminta penjelasan dari kerajaan berhubung Pusat Feedlot Kebangsaan yang bernilai RM250 juta dikatakan gagal walaupun mendapat suntikan dana yang besar dari kerajaan.

Bukan niat hendak menghangatkan isu yang dikeluarkan oleh 'Mak Lampir', lagi-lagi ketika blogger tengah syok bergasak dengan Lim Guan Eng berhubung isu nenen RM200k. Tapi mahu atau tidak, isu ini perlu dijelaskan supaya ianya tidak terus menjadi tanda-tanya dan akhirnya menimbulkan pelbagai persepsi dan andaian negatif.

Projek ini merupakan projek Rancangan Malaysia Ke-9 untuk memenuhi permintaan 40% (1500 ekor) daging lembu untuk pasaran tempatan. Projek ini diberikan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) dengan diberi geran RM25 juta dan suntikan modal RM250 juta serta tanah seluas 5000 ekar. Orang kata syarikat ini ada kaitan dengan DS Shahrizat Jalil, suami dan anak-anaknya.

NFC sepatutnya membekalkan sebanyak 97,414 tan daging lembu setahun, akan tetapi mereka hanya mampu menyediakan 161 tan sahaja setahun. Dari jumlah ini jelas menunjukkan bahawa projek ini gagal mencapai sasaran walaupun diberikan suntikan dana yang besar.

Saya cuba mendapatkan penjelasan DS Sharizat Jalil sendiri dengan menggunakan laman twitter, malah saya turut mengemukakan soalan kepada anaknya yang dikatakan berjawatan C.E.O dalam syarikat terbabit, maklumlah untuk menggelakkan sebarang fitnah ada baiknya kita tanya sendiri tuan punya badan.

Mula-mula saya tweet tanya kepada anak DS Shahrizat Jalil iaitu Izran Salleh :

Selepas itu saya tweet DS Shahrizat Jalil sendiri sebanyak 2 kali. Semuanya demi untuk mendapatkan penjelasan agar ia tidak terus menjadi buah mulut rakyat.


Alhamdullillah, selang 3 hari DS Shahrizat Jalil akhirnya memberi respon dengan membalas twitter saya. Tapi saya diminta bersabar.

Inilah yang saya suka dengan Kak Jat, sifat keibuan tetap dipamerkan walaupun terpaksa berhadapan dengan soalan bengong saya. Maklumlah blogger bukan tahu protokol, harap DS Shahrizat Jalil tidak berkecil-hati yer...

Hahaha...



Tapi Kak Jat, saya mungkin boleh bersabar tapi bagaimana dengan rakyat yang terkejut dengan kegagalan projek yang diusahakan oleh NFC yang dikatakan melibatkan kaum keluarga Kak Jat? Mereka inginkan satu penjelasan daripada Kak Jat dan keluarga,  kerana bila melihat jumlah RM250 juta ini bukan isu kecil.

Pelbagaian andaian, tohmahan sudah mula dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, jika lambat 'counter' ianya boleh melekat dalam fikiran rakyat dan mereka beranggapan bahawa BN itu memang korup.

Inikah yang diiginkan oleh DS Shahrizat Jalil sebagai menteri kabinet?

Justeru itu, saya memohon agar DS Shahrizat Jalil tampillah untuk memberikan penjelasan, malah rasanya para bloggers sedia untuk bersua dengan DS Shahrizat Jalil untuk mendapatkan satu penjelasan supaya rakyat diluar sana tidak terus dimomokkan dengan tanggapan negatif berhubung kes ini.

Itu pun jika perjelasan daripada Kak Jat tidak akan menganggu proses siasatan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam.

Tapi disebabkan DS Shahrizat Jalil sendiri meminta supaya saya bersabar, maka saya akan menunggu sebarang maklum-balas berhubung kes ini. Bukan niat ingin kritik menteri BN tetapi isu sebegini perlu dijelaskan sebelum ianya dijadikan 'modal' oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Antara rakaman cakap-cakap orang di laman twitter berhubung isu Ladang Lembu RM250 juta ini :



Kita tunggu...


YY :RM250 juta punya pelaburan gagal disebabkan pengusaha atau ketidakcekapan pihak pengurusan?

Penganalisis Politik - PAS Mungkin Kehilangan Kelantan Dalam PRU-13 ? #saveKelantan


Laporan dari Kelatekito.net :
KOTA BHARU - Penguasaan Pas di Kelantan mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh singkat untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya. 

Sebelum ini terdapat pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah bahawa hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.

Pas juga dilihat gagal melaksanakan hudud biarpun 17 tahun undang-undang itu diluluskan tetapi penguatkuasaannya amat lemah.

Malah orang Melayu melihatkan perkara itu sebagai kelemahan nyata Pas yang permainkan agama demi untuk berkuasa.

YY : Untuk rekod analisis yang dibuat oleh 'dr.google' & the gang kadangkala tidak tepat malah tersasar... Hahaha...

Thursday, October 27, 2011

Horror Stories Behind The AG Report



By : Sakmongkol Ak47
We are sometimes, no let me restate that – always appalled at the snootiness of lawmakers who poke fun and trivialize the serious side of governance. A clear example of such attitude involves the recent nonchalant responses surrounding the delayed supply of the auditor’s general report. 
It is true there is no law that demands the Auditor’s Report be given alongside budget documents. Using the same argument, there are no laws on many things either. The lawyer’s un-lawyerly adage is you can break any laws as long as you are not caught.
It is also equally true, in the interest of good governance and accountability which any responsible government pledges itself to, the AG Report must be expeditiously supplied to lawmakers. Otherwise, it gives rise to a cause of concern that the delay is an attempt to shorten a critical assessment of the spending habits of government agencies. 
Lawmakers are guided by a higher sense of propriety, responsibility and accountability that demands they operate beyond the technical confines of written rules.
So it is correct and proper when lawmakers demand to see the AG Report that by convention is provided alongside budget documents. It was disingenuous for a lawmaker to state recently that there is no law compelling the AG Report be supplied together with other budget documents. 
In my experience as an ADUN in Pahang, the auditor’s report came along with the budget documents. This is necessary for legislators to go through the spending habits of institutions of government. That will ensure matters are debated as they should be. 
The AG Report has acquired the status of almost an absolutely necessary addendum for the purpose of intelligent and responsible analysis of government spending habits. I have found them necessary to provide justification or grounded criticisms to the spending habits of government. 
Probably because there are not so many intelligent people on the government front benches, the AG report is seen as not crucial for a healthy debate in our parliament. 
It is in these documents that we find most justifications for the criticisms directed at deficit spending and of government debt. By the way, the claim that 2012 debt is within tolerance limits is simply the result of artful manipulation of the 2012 GDP figures. 
When the finance minister announces that our GDP will grow by 5% - 6%, as a percentage or proportion, the 2012 debt will indeed remain within our psychological barrier. It enabled the minister to state our debt to GDP ratio is good. In terms of absolute numbers on the other hand, the debt to GDP ratio is much bigger than last year’s.

So, the declaration that the economy will grow by 5% - 6% was necessary so as to keep the proportion of debt to GDP acceptable. It was just a trick. 
The more pointed criticisms about deficit budget are the hidden financial indiscipline that goes along with spending with wanton abandon. The ministry waiting and wanting to be crucified is the Tourism Ministry because its minister is loud and appears to be pushing her bravado image to the limits. And so she reaps what she has sowed. 
The Tourism Ministry overpaid nearly RM270 million for advertisements when it chose to use direct bookings instead of open tenders. So the paying of RM1 to RM2 million for setting up websites is peanuts compared to the cost of placing advertisements. 
It is indicative of the minister’s inability and incompetence of putting her ministry in order. The same vendor has been at it – placing exorbitant advertisement fees for years. If the same vendor can control the Tourism Ministry in almost a cartel-like embrace, that should raise everyone’s concern of a possibility that ministry officials are more than just good friends with the particular vendor. 
It can suggest that corrupt practices and favoritism in return for consulting fees is rampant at the ministry and the loudmouthed minister is not able to do anything about it. 
The ministry also spent a whopping RM1.95 million to buy 1,000 racks – RM1, 950 per rack – to hold its tourism pamphlets for the Visit Malaysia Year 2007 campaign. Perhaps it’s time for the ministry to set up an in-house workshop for the fabrication of display racks since these are going to be used continuously. 
We are not going to nitpick at the ministry’s inability to explain the unaccounted or missing 149 units of racks amounting almost a quarter of a million Ringgit – but that would surely be grounds to trigger a domestic inquiry. Why would the ministry be billed for the missing 149 units and if that can happen to 149 units, can the ministry be certain that they actually got 1,000 units?

A minister and her ministry can’t even handle the case of display racks and yet she is entrusted to put Malaysia on the world tourism map. These qualities must be the new elements that make up a candidate’s winnable constitution.
Mamat Kulaan ini mengamuk sakan dengan KSN klik sini 

Butiran Penting Penggulungan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein



Antara butiran penting penggulungan Menteri Dalam Negeri.

Langkah jimat cermat KDN

Sepanjang tempoh dua tahun ini, KDN telah melaksanakan pendekatan kreatif dan inovatif bagi membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan berjimat cermat. Kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti dalam Program Pemulihan Pemasyarakatan merupakan sebuah program pemulihan di luar tembok penjara.

Kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM45.7 juta ringgit bagi setiap program kerjasama ini. Sehingga kini, Program Pemulihan Pemasyarakatan telah dilaksanakan di 5 kem ATM di seluruh negara yang melibat 1,106 orang yang banduan.

Selain Program Pemulihan Pemasyarakatan, pendekatan inovatif melalui kerjasama antara PDRM dan ATM juga digunakan bagi mengadakan program latihan asas kepolisan di kem-kem tentera. Melalui kerjasama ini, Kerajaan dapat mengatasi masalah kekurangan pusat latihan polis dan dapat menggandakan jumlah anggota polis dalam masa terdekat tanpa perlu membina pusat-pusat latihan polis yang baru. 

Langkah ini telah berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan kerana, pembinaan sebuah pusat latihan polis yang baru memerlukan peruntukan berjumlah RM250 juta.

Pencapaian NKRA hasil usaha terancang, bukan ad-hoc atau kebetulan

Sukacita, saya menyatakan bahawa Kerajaan serius untuk melaksanakan NKRA. Kejayaan menurunkan indeks jenayah adalah satu usaha terancang dan bukan dilaksanakan secara ad-hoc atau berlaku secara kebetulan.

KDN telah menubuhkan makmal NKRA Mengurangkan Jenayah pada penghujung 2009 melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran. Sebanyak 55 inisiatif telah dikenalpasti untuk dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang turut merentasi Kementerian dan Agensi.

KDN telah mengenalpasti 4 negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang yang mempunyai kejadian jenayah paling tinggi dan menyumbang kepada 72% kejadian jenayah pada tahun 2008. Seterusnya 50 kawasan di negeri-negeri tersebut telah dikategorikan sebagai kawasan hotspot dijadikan sebagai tumpuan untuk melaksanakan inisiatif mengurangkan jenayah oleh PDRM.

Melalui inisiatif NKRA, Kerajaan telah melaksanakan program omnipresence di kawasan hot spot empat negeri tersebut. Seramai 3,781 orang anggota RELA terlibat dan dilantik sebagai sukarelawan polis. 

Program omnipresence telah dikembangkan ke Sabah dan Sarawak mulai awal bulan ini di mana 184 anggota RELA telah bertugas di lima balai polis di Sabah dan 636 anggota RELA lagi bertugas di enam balai polis di Sarawak. Jumlah keseluruhan anggota RELA tersebut dalam program ini adalah seramai 4,601 orang.

Bagi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) seramai 1,540 anggota terlibat di 4 buah negeri tersebut dan seramai 144 orang lagi terlibat di Sabah manakala di Sarawak seramai 103 orang anggota terlibat di bawah program ini.

Hakikatnya, pencapaian kita adalah jauh lebih baik dari apa yang disasarkan. Misalnya bagi Jenayah Indeks, walaupun sasaran yang ditetapkan adalah penurunan sebanyak 5% jenayah indeks berbanding tahun 2009, tetapi statistik menunjukkan, sehingga Oktober tahun ini, kadar jenayah telah berjaya dikurangkan sebanyak 24.2% iaitu melebihi 19.2% daripada sasaran asal yang ditetapkan.

Bagi kes Jenayah Jalanan, Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 15% penurunan, tetapi sehingga bulan Julai tahun ini, Jenayah Jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 40.7%, iaitu lebihan penurunan sebanyak 25.7% dari sasaran asal.

Polis berhak marah dan pertahan diri bila maruah dicemar, itu bukan berpolitik

Y.B. Parit Buntar mendakwa pihak polis terlibat di dalam politik ekoran terdapatnya satu surat arahan pentadbiran. Saya ingin menyampaikan pendirian PDRM yang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Y.B. Parit Buntar berkenaan dakwaan Polis telah dipolitikkan dalam isu kes Mohamad Sabu. Surat arahan pentadbiran tersebut dikeluarkan sebagai tanda bantahan terhadap fitnah yang dibuat oleh Mohamad Sabu. 

Seluruh warga PDRM berhak merasa marah sekiranya ada pihak mempertikai dan memperlekeh sumbangan mereka. Dalam kes Mat Sabu ini, ia lebih berat kerana dia melabelkan anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan komunis sebagai pegawai penjajah dan menafikan peranan mereka dalam kemerdekaan negara.

Dalam negara yang mengamalkan demokrasi adalah menjadi hak PDRM dan mana-mana organisasi yang lain mempertahankan maruah dan martabat sesuatu organisasi apabila dicemar dengan kenyataan yang tidak benar, lebih-lebih lagi apabila dakwaan Mohamad Sabu ini dilihat sebagai menjatuhkan maruah dan imej anggota polis dan pasukan PDRM.

Warga Afrika dipantau, ditangkap jika menyalahi Akta Imigresen

Sehubungan perkara yang dibawa oleh Y.B. Hulu Terengganu dan Y.B. Sri Gading berkenaan kemasukan warganegara dari negara-negara Afrika, mereka ini dikawal melalui kawalan/tapisan oleh Kerajaan Malaysia dan Jabatan Imigresen dengan mewajibkan memiliki VISA yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara tersebut.

Tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen bersama agensi kerajaan yang lain terhadap warganegara ini dijalankan secara berkala. Sejumlah 1,960 orang dari berbagai warganegara telah ditangkap oleh Jabatan Imigresen dari Januari – September 2011 kerana kesalahan dibawah Akta Imigresen.

Tapisan khusus bagi warga Afrika dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mana pelajar-pelajar Afrika diwajibkan mengemukakan dokumen “ No Objection Certificate” (NOC) yang dikeluarkan oleh negara-negara berkenaan, bertujuan untuk memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja belajar di luar negeri. 

KPT dan KPM telah membuat pemeriksaan secara berkala di IPTA,IPTS bagi memantau aktiviti pelajar-pelajar Negara Afrika yang berjumlah 19,000 orang bagi tempoh Januari-September 2011. KDN dan KPT serta Kementerian lain yang berkaitan sedang meneliti semula pengeluaran Pas Pelajar. Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian.

Tuduhan (rasis) Ipoh Barat dan Seremban tidak berasas

Y.B Ipoh Barat dan Y.B Seremban menyatakan 40% penghuni penjara adalah terdiri daripada masyarakat India. Kenyataan tersebut adalah tidak tepat sama sekali kerana berasaskan statistik Jabatan Penjara Malaysia pada 17 Oktober 2011 tiada satupun institusi penjara dari sejumlah 40 buah yang mempunyai jumlah penghuni kaum India pada kadar 40% atau lebih berbanding dengan penghuni kaum lain.

Pemansuhan ISA dan undang-undang darurat diperjelaskan

Bagi persoalan ISA sebagaimana yang dibangkitkan oleh Y.B. Permatang Pauh, Y.B Klang dan Y.B. Batu Gajah. Draf rang undang-undang bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang bakal dimansuhkan sedang di gubal oleh Jabatan Peguam Negara. 

Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara sebagai peneraju bersama-sama KDN sedang membuat penelitian terhadap penggubalan dua (2) rang undang-undang baru iaitu undang-undang mengenai keganasan danundang-undang mengenai keselamatan dan ketenteraman awam seperti yang telah diamanatkan oleh YAB Perdana Menteri melalui ucapannya pada 15 September lalu.

Berkenaan dengan Akta Kediaman Terhad sebagaimana yang dibangkitkan oleh Y.B. Pokok Sena. Keputusan Kerajaan dalam memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 serta melaksanakan Perintah Pembatalan Sekatan terhadap 125 orang individu dan menarik balik 200 waran tangkap adalah merupakan permulaan kepada Program Tranformasi Politik Negara.

Bagi Akta Akta Buang Negeri 1959 sebagaimana yang dibangkitkan oleh Y.B. Limbang. Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 hanya memberi kesan kepada mereka yang telah dikenakan tindakan di bawah Akta-akta tersebut sahaja. Selain itu, terdapat juga mereka yang sedang menjalani Perintah Sekatan atau dibuang daerah di bawah undang-undang pencegahan yang lain.

6P dan 5P di Sabah

Program 6P merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi memastikan pengurusan warga asing dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, merangkumi enam proses berkaitan PATI iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran.

Atas permintaan Kerajaan Negeri Sabah hanya akan melaksanakan 5P iaitu tanpa Proses Pemutihan kerana proses pemutihan/regularisasi telah dilaksanakan beberapa kali di negeri berkenaan dengan kali terakhir pada tahun 2009.

Sehingga tarikh tamat Proses Pendaftaran Program 6P iaitu pada 31 Ogos 2011 seramai 2,320,034 orang PATI dan pekerja asing sah telah berdaftar melalui sistem biometrik. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,303,126 (56%) adalah PATI dan seramai 1,016,908 orang (44%) pula adalah pekerja asing yang sah. Bagi Pekerja Asing Sah, angka tersebut tidak termasuk Pembantu Rumah Asing, Pegawai Dagang, Peserta MM2H, Pelajar Asing dan Pemegang Kad UNHCR.

Pembersihan data pengundi dan dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing

Berkenaan dengan kerjasama di antara JPN dan SPR dalam usaha membersihkan data pemilih yang dibangkitkan, JPN sentiasa bekerjasama dengan semua agensi kerajaan mengikut keperluan agensi tersebut seperti SPR kerana JPN merupakan agensi yang bertanggungjawab menyimpan dan menyenggara semua maklumat dan data kependudukan negara. KDN komited dan sentiasa bekerjasama dengan SPR dalam usaha mengemaskini senarai nama daftar pemilih tersebut.

Merujuk kepada kerjasama tersebut ianya telahpun wujud sejak sekian lama melalui perkongsian maklumat dan pengesahan data yang berkait dengan data pemilih. Selain daripada itu juga, perbincangan, mesyuarat dan dialog turut diadakan dari semasa ke semasa menurut keperluan.

KDN dalam hal ini akan memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang dijadual bermesyuarat pada 2 November ini. Isu-isu yang berkaitan akan dijelaskan secara terperinci dalam mesyuarat tersebut. Segala isu-isu berkenaan pemberiaan kewarganegaraan akan kita perjelaskan di dalam JPK tersebut nanti.

Suka saya menyatakan bahawa KDN turut ingin melihat daftar pemilih yang bersih.

Bagi menjawab soalan tambahan mengenai isu rakyat Bangladesh dan Indonesia yang didakwa dibawa ke Putrajaya untuk diberikan kewarganegaraan dan didaftar sebagai pemilih baru-baru ini, ingin saya tegaskan bahawa isu sebegini bukan pertama kali dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Sebelum ini, isu pemberian kerakyatan kepada warga Bangladesh untuk tujuan dijadikan pengundi pernah dibangkitkan. Penjelasan telah diberikan berserta fakta dan data bagi menjawab dakwaan tersebut. 

Berdasarkan fakta berkenaan, hanya 37 rakyat Bangladesh yang telah diberikan sijil kerakyatan negara ini sejak 1998 sehingga Ogos 2011 di mana daripada jumlah tersebut hanya 14 orang didapati layak mengundi dan seterusnya hanya 7 orang sahaja yang telah mendaftar sebagai pengundi. Tetapi pihak pembangkang kemudiannya mengalih atau mengubah tiang gol mereka kepada isu-isu lain pula selepas KDN memperjelaskan perkara tersebut.

Sekarang ini satu lagi isu pula telah ditimbulkan. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, segala isu-isu berhubungkait dengan pemberiaan kerakyatan negara ini kepada warga asing akan kita perjelaskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) itu nanti. KDN akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada JPK dengan memberikan penjelasan secara terperinci dalam mesyuarat tersebut. Pihak KDN tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.

Bersih adalah perhimpunan haram oleh pertubuhan haram, HIMPUN perhimpunan yang tidak ganggu orang ramai dan tidak gugat ketenteraman awam

Berkenaan dengan isu perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai lalu, yang utamanya, BERSIH telah diwartakan sebagai pertubuhan haram oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Kos operasi keseluruhan yang dibelanjakan oleh PDRM bagi menangani Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu adalah sebanyak RM 2,018,850.06. Perbelanjaan ini adalah meliputi perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain.

Kerajaan amat prihatin terhadap suara rakyat yang inginkan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara. Walau bagaimanapun, kebebasan ini perlu diseimbangkan dengan kewajipan Kerajaan untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.

Penyalahgunaan kebebasan bersuara dan berhimpun seperti mengadakan demontrasi jalanan sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketegangan dalam masyarakat dan boleh menggugat keselamatan negara seharusnya dielakkan. 

Dalam masa yang sama, kerajaan mengambil inisiatif untuk meneliti beberapa perundangan negara-negara lain yang berkaitan dengan sebarang bentuk perhimpunan di kawasan yang melibatkan keselamatan awam.

Langkah ini adalah sebahagian daripada proses-proses transformasi dan keterbukaan yang sedang dan akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri termasuk pindaan kepada Seksyen 27 bagi mengadakan perhimpunan awam di sesebuah kawasan tertutup seperti stadium.

Sebagai contoh Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini adalah lebih terkawal dan tidak menimbulkan sebarang gangguan atau kekecohan sehingga boleh menggugat ketenteraman awam berbanding demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak Bersih di Kuala Lumpur sebelum ini.

Berkenaan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap mereka yang terlibat yang dibangkitkan, PDRM telah menjalankan siasatan ke atas mereka dan sebanyak 61 kertas siasatan telahpun dibuka dan telah dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang negara sedia ada.

Kebaikkan Pemerintahan Ghadaffi Semuanya Mitos


Dunia masih lagi berceritakan mengenai Libya dan pembunuhan Muammar Ghadaffi, rentetan daripada peristiwa itu ramai pihak tampil dengan membawa pelbagai kisah mengenai Ghadaffi.

Ada yang mengatakan Ghadaffi pemimpin yang baik, berjiwa rakyat, seorang pejuang Islam yang berani dan banyak lagi. Sebelum ini YB Zulkifli Nordin sendiri menulis dan menyatakan mengenai kebaikkan yang dilakukan oleh Ghadaffi sepanjang pemerintahannya.

Ini pula adalah kisah sebaliknya, sebuah pertubuhan Libya Outreach Group tampil menafikan cerita kebaikkan yang dibawa oleh Ghadaffi sepanjang pemerintahannya. Seseorang telah mengirimkannya melalui laman twitter dan mengatakan ianya dikirimkan oleh kawannya dari Libya.
Myths of the Gaddafi regime 
Explained by Libya Outreach Group on Tuesday, 25 October 2011 at 00:16
There are a lot of people defending Maummer Gaddafi and his regime by stating living conditions and infrastructure in Libya was world class and all the people in the country enjoyed unimaginable wealth, well this is not true, please see some examples and a reply to each, Gaddafi regime was rife with corruption and deception. 
Who you know was more important than who you were as a person, with many basic services being only available to the highest bidders.
There are no electricity bills in Libya; electricity is free for all its citizens.
Categorically untrue. Despite poor electricity infrastructure and poor coverage of electricity lines, even in the Capital, Libyan home owners pay monthly/quarterly (area dependant) electricity bills based on meter readings. Electricity is cut off in instances of unpaid bills. 
Reconnection upon payment is not instant. The electric infrastructure is week and some areas of Libya do not have electricity available at all.
There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.
Categorically untrue. Banks all over Libya have been giving out loans for years and years. There is a percentage rate charge on all loans, which is comparable to an interest rate, but in the spirit of ‘islamic ethics’ it is not called interest, it is called an ‘Administrative Expense’ – Masareef Edareeya.
A House is considered a human right in Libya ¬ Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi¹s father has died while he, his wife and his mother are still living in a tent.
Well Gaddafi abused this human right as much as he did other basic rights. It is well known in Libya that political opponents, or just successful business men/women, had their homes confiscated and handed over to regime members, usually rewards for Free Officers – Dubat A7rar. Many farms and homes and businesses were confiscated during three infamous phases of Libyas dictatorial history:
1969 – The dreaded Green Revolution. Free Officers were rewarded land, homes, and farms that sometimes belonged to other people and the original owners were not compensated or asked if this was ok. 
Late 70’s. This introduction of the law Albayt le Sakinehee – The Home Belongs to its Dwellers. As this law was passed overnight, thousands of homeowners instantly lost their homes as tenants (those renting the homes) claimed ownership on account of being the ‘dwellers’. The law applied to homes, farms, shops, etc.
90’s. The introduction of Purification Committees (Lejnat al Tatheer). This committee ran by the widely know slogan, ‘Min ayna laka hada?’ – “From where did you obtain this?”, a form of ultra-socialism where people’s possessions, including homes and businesses, were confiscated if seen to be ‘surplus to requirement’ or contributing to a ‘monopoly’.
Regarding Gaddafis ‘vow’: While Gaddafi waited for ‘everyone in Libya’ to be housed, he himself lived in a sprawling 6km square compound in the centre of the capital which was home to state of the art security and an underground network of rooms and ultramodern bunkers. He also had a vast and well known farm on Airport Road in Tripoli. This, just in the capital.
Walau apa pun versi cerita yang muncul, saya tetap berpendapat kita tidak boleh menghalalkan satu pembunuhan yang begitu kejam lagi pun setiap orang itu berhak untuk dibicarakan. Tidak cukup dengan dibunuh kejam diperlakukan pula umpama bangkai haiwan.

Selebihnya semoga Allah melindungi rakyat Libya...


YY : Nak bela nasib lembu dari kebengongan menteri lembu dengan anak beranak lembu. Maklumlah raya haji dah nak dekat. Hidup lembu!!! Hahaha... Tunggu......

100 Orang Terbunuh di Depot Sirte Libya - Kota Kelahiran Ghadaffi



Adakah ini kemurkaan Allah kepada rakyat Libya...?

Memetik berita AFP :
Sebuah tempat pengisian bahan bakar diberitakan terbakar di kota kelahiran Muammar Gaddafi di Sirte hari ini. Dilaporkan lebih dari 100 orang terbunuh.

Insiden ini terjadi setelah hampir seminggu lalu Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh pihak tentera Majlis Transisi Nasional (NTC).

"Ada letupan besar dan disertai api. Lebih dari 100 orang terbunuh dalam kejadian ini sementara 50 orang lainnya cedera," jelas Komandan pasukan NTC Leith Mohammad seperti dipetik AFP.

Lokasi terjadinya letupan tersebut menyebabkan ramai yang terkorban dalam keadaan memilukan. Sebahagian besar dari mayat sudah tidak berbentuk lagi dan dalam keadaan hancur luluhg akibat terbakar api.

Insiden ini terjadi ketika penduduk hendak beratur untuk mengisi kereta mereka dengan bahan bakar. "Kami masih belum mampu memadamkan api hingga saat ini," jelas Mohammad.

Sebahagian besar yang terkorban adalah penduduk yang kembali ke kota Sirte, setelah selesai kembali dari pertempuran yang terjadi antara pasukan NTC dengan para tentera yang taat kepada Gaddafi. Mereka kembali untuk memeriksa barang-barang peribadi yang mereka miliki.

Hingga saat ini belum diketahui apa penyebab dari letupan tersebut. Pihak berkuasa masih mencari apakah ada unsur yang disengajakan dalam kejadian tersebut.

YY : Terbaca berita bahawa NTC mula terima tekanan dari barat... balasan Allah...?

Kerajaan Kelantan Tak Bina Rumah Rakyat - Laporan Audit Ketua Negara #saveKelantan


Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah menegur kerajaan negeri Kelantan kerana kegagalan mereka membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biar pun telah diberikan peruntukkan oleh kerajaan pusat sebanyak RM 19 juta.

Maka tidak mustahillah jika masih ada rakyat di Kelantan yang masih tinggal dalam kandang lembu sebagaimana dilaporkan media beberapa tahun lepas. 

Kita layan dikir barat dulu :




Dari kelatekito.net :
KOTA BHARU - Selalunya pemimpin Pas seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah banyak mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi kali ini apa pula kata mereka selepas dikritik. 
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menegur kelemahan kerajaan Pas Kelantan dalam projek membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biarpun diberi peruntukkan sebanyak RM19 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). 
Melalui peruntukan itu kerajaan negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah. Daripada peruntukkan tersebut sebanyak RM8.33 juta telah dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu tetapi projek RAKR masih tidak berjalan sepenuhnya. 
Dalam tempoh RMK-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang malah pembinaan projek sambungan RMK-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR di Wakaf Mek Zainab tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebanyak 56 daripada 100 unit rumah yang dibina di RAKR Gaal, Pasir Puteh belum dapat dijual walaupun projek tersebut siap tahun 2007. Sehingga akhir tahun 2010, tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah berjumlah RM9.40 juta. Seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah secara terus berjumlah RM2.45 juta walaupun rumah tersebut diduduki/diserah kunci melebihi setahun. 
Audit turut memberi pandangan bahawa kelemahan perancangan menyebabkan pelaksanaan projek RAKR di Kelantan tidak dapat dilaksanakan.
Kegagalan Kerajaan Negeri membina rumah sebagaimana yang dirancang menyebabkan rakyat memerlukan rumah kos rendah tidak dapat memilikinya terutama bagi 1,913 pemohon yang berdaftar sehingga akhir tahun 2010. 
Laporan itu turut menyatakan sepanjang tempoh perlaksanaan RAKR Kelantan (1976-2010) sebanyak 4,768 unit rumah dibina oleh kerajaan Negeri.
Daripada jumlah itu sebanyak 3,746 unit dibina untuk jualan secara sewa beli, 778 unit untuk jualan terus manakala 244 unit lagi untuk disewa. 
Nampak gayanya 400,000 rakyat Kelantan tiada harapan dapat rumah mampu milik mereka mungkin terpaksa kembali tinggal di hutan semula. 



YY : Padey keno kencing dengan gitu doh...

Tuesday, October 25, 2011

Bloggers Prihatin : Budak 10 Tahun Mencuri Kerana Nak Beli Beras - Bantulah Mereka...


Saudara-saudari sekelian, luanglah sedikit masa membaca kisah yang disiarkan di beberapa laman facebook. Jika mampu dan sudi membantu sumbanglah seberapa yang mampu...

Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
  
Kenapa? Sebab nak beli beras.  
“Kami lapar sgt,” kata mereka. 
 
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang. 
 
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.” 
 
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka. Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu.
  
Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan. 
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah. 
 
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui. 
 
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan. 
 
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja. 
 
Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. 
 
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah. Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. 
 
"Tak makan", jawabnya. 
 
Sebelum ke KAFA? Tak makan. 
 
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?” Dia mengangguk. 
  
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa. 
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.  Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan. Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. 
 
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu. 
 
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk. 
 
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya. 
 
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum. 
 
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2. 
 
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka? 
 
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. 
 
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w. 
 
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. 
 
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan.
 
Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah. 
 
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. 
 
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg. 
 
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya. 
 
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia.
 
Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat. 
 
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar. 
 
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan. 
 
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka. 
 
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.” 
 
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk.
 
Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar. 
 
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal. 
 
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya. 
 
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut: 
 
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.

RHB
Account number 1-12479-00092090

(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.

Sumbangan terus kepada: 
 
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372 
 
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971

Minta tolong sebarkan...

Air Mata Anak Kelantan Gugur Di Bumi Sendiri - 'Terima Kasih' PAS Kelantan...



Kebajikan...?

atau...

Kebanjingan...?


Air mata rakyat Kelantan berguguran di bumi sendiri akibat kerakusan pemimpin bertopengkan Islam...


'Terima kasih' PAS Kelantan kerana kami jelas melihat 'kebajikan' yang kamu lakukan...

[HOT VIDEO] : Kebenaran Yang Disembunyikan - Pemberontak Libya Lebih Zalim Dari Muammar Ghadaffi & Anaknya


Dunia masih lagi dikejutkan dengan kematian Muammar Ghadaffi yang dibunuh kejam oleh tentera pemberontak Libya. Tindakan kebinatangan tentera pemberontak ini telah membangkitkan kemarahan kepada sesiapa sahaja yang menonton cara Muammar Ghadaffi diperlakukan.

Mungkin kita yang beribu batu jauhnya tidak memahami situasi sebenar yang berlaku di Libya, sama ada benar atau tidak Ghadaffi zalim atau ianya hanyalah propaganda barat untuk menghalalkan pembunuhan ke atas seorang pemimpin Islam yang berani, lantang dan individu yang bertanggungjawab mencetuskan revolusi ke atas NATO.

Di laman youtube anda hanya dapat menonton (contoh video di bawah) laporan berita yang mengatakan anak Ghadaffi bertindak kejam ke atas rakyat Libya tetapi anehnya media barat ini tidak melaporkan setiap siri kekejaman, kebinatangan pemberontak Libya kepada wanita, kanak-kanak dan askar yang setia berjuang mempertahankan Ghadaffi?



AMARAN PENULIS : PAPARAN SETIAP VIDEO-VIDEO BERIKUTNYA INI MENGANDUNGI ADENGAN YANG BOLEH MEMBUATKAN WANITA MENGANDUNG PENGSAN.



Tapi bila melihat video-video yang tidak dipaparkan di youtube, jelas menunjukkan kelibat lelaki-lelaki dari barat dan banyak pihak mempercayai bahawa mereka adalah kumpulan terlatih dari CIA yang ditugaskan untuk membantu gerakan kumpulan pemberontak Libya.

Selain mendapat bantuan daripada barat, kumpulan pemberontak ini juga sebenarnya lebih kejam dan zalim jika hendak dibandingkan dengan Ghadaffi. Lihat kekejaman 'tikus CIA' dalam membunuh saudara seagamanya sendiri dalam video berikutnya.

Selepas membunuh pemberontak ini melaungkan pula laungan 'Allahukhbar' - Inilah contoh munafik yang terbaik sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Al-Maida ayat 5 : 51
"Wahai orang yang beriman (kepada Allah) tidak mengambil (seperti) orang-orang Yahudi dan Kristian (seperti) sebagai rakan-rakan dan sekutu anda yang juga rakan-rakan dan sekutu antara satu sama lain. Dan sesiapa dari kalangan kamu yang berpaling kepada mereka (untuk persahabatan dan persekutuan) kini dimiliki oleh mereka (dan bukan kepada kami). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-orang yang fasik. "


Tentera-tentera yang setia mempertahankan seorang pemimpin berani seperti Ghadaffi dibunuh dan senjata mereka dicuri oleh kumpulan pemberontak Libya ini. Tidak cukup dengan itu ada tentera yang disula bahagian duburnya dengan senjata. Walaupun pada waktu mereka ditangkap ada diantara mereka tidak memegang senjata.



MASIH BERSEMANGAT UNTUK MENONTON? 

Jika bersemangat - jangan berhenti di situ wahai saudara pembaca, sambung lagi tontonan anda dengan video bagaimana pemberontak Libya memotong kepala askar-askar negara mereka sendiri gara-gara termakan dakyah jahat barat.



Malah anak-anak kecil yang dipercayai anak kepada tentera turut diseksa dan diperlakukan tanpa sedikit pun ada sifat belas kasihan daripada 'tikus CIA' ini. Apakah ini tindakan manusia yang bertamaddun?

Tonton video di bawah :



Perang Libya adalah 'pure propaganda' yang dicipta barat, jika tidak dikaji dan diteliti tindakan-tindakan halus propaganda ini kita mungkin akan percaya bahawa revolusi di Libya dicetuskan oleh rakyatnya sendiri. Walhal pada hakikatnya yahudi laknatullah memainkan peranan besar dalam menjayakan gerakan memerangi Ghadaffi.

Antara pemimpin Islam berani dan lantang yang telah meninggalkan kita dan menjadi mangsa imperialisme Amerika Syarikat adalah...

Shah Faisal, Zulfiqar Ali Bhutto, Anwar Saadat, Yasser Arafat, Saddam Hussein dan Muammar Ghadaffi. Selepas ini siapa nama yang disenaraikan sebagai ancaman kepada dunia barat?

Akhir sekali lihatlah betapa kejinya bangsa arab hari ini dengan memperlekehkan mayat Ghadaffi, mereka terlalu bodoh seperti PAS. Bayangkan jika semua bangsa arab bersatu saya yakin mereka akan jadi lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan yahudi laknatullah.



Mereka yang tersengih sambil menunjukkan simbol 'peace' dalam video ini tidak sedar bahawa Ghadaffi telah membawa Libya ke arah kebebasan, Ghadaffi hanya tegas dengan seteru politiknya sahaja dan bukan rakyat Libya keseluruhan. Dan selepas ini muka-muka yang tersengih ini akan menjadi hamba kepada dunia barat dan yahudi laknatullah.





YY : I think it's naive to pray for world peace if we're not going to change the form in which we live..