Wednesday, October 26, 2011

100 Orang Terbunuh di Depot Sirte Libya - Kota Kelahiran Ghadaffi



Adakah ini kemurkaan Allah kepada rakyat Libya...?

Memetik berita AFP :
Sebuah tempat pengisian bahan bakar diberitakan terbakar di kota kelahiran Muammar Gaddafi di Sirte hari ini. Dilaporkan lebih dari 100 orang terbunuh.

Insiden ini terjadi setelah hampir seminggu lalu Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh pihak tentera Majlis Transisi Nasional (NTC).

"Ada letupan besar dan disertai api. Lebih dari 100 orang terbunuh dalam kejadian ini sementara 50 orang lainnya cedera," jelas Komandan pasukan NTC Leith Mohammad seperti dipetik AFP.

Lokasi terjadinya letupan tersebut menyebabkan ramai yang terkorban dalam keadaan memilukan. Sebahagian besar dari mayat sudah tidak berbentuk lagi dan dalam keadaan hancur luluhg akibat terbakar api.

Insiden ini terjadi ketika penduduk hendak beratur untuk mengisi kereta mereka dengan bahan bakar. "Kami masih belum mampu memadamkan api hingga saat ini," jelas Mohammad.

Sebahagian besar yang terkorban adalah penduduk yang kembali ke kota Sirte, setelah selesai kembali dari pertempuran yang terjadi antara pasukan NTC dengan para tentera yang taat kepada Gaddafi. Mereka kembali untuk memeriksa barang-barang peribadi yang mereka miliki.

Hingga saat ini belum diketahui apa penyebab dari letupan tersebut. Pihak berkuasa masih mencari apakah ada unsur yang disengajakan dalam kejadian tersebut.

YY : Terbaca berita bahawa NTC mula terima tekanan dari barat... balasan Allah...?

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-