Ulasan ringkas saudara Azrinizam Ibrahim melalui blog Angin Perubahan :
Takut pada DAP, tunduk pada DAP dan dengar cakap DAP. Penyakit "DAP Pohia" ini telah melanda kepimpinan PAS. Bukan sahaja Mohd Sabu yang dijangkiti penyakit ini hingga menggelar komunis sebagai hero. Bukan sahaja Khalid Samad yang bersindrom DAP Pohia ini hinggakan sanggup melindungi operasi JAIS di DUMC, rupa-rupanya penyakit ini sudah berjangkit ke badan Presiden PAS.
Mana tidaknya, Presiden PAS sudah beri kenyataan hanya sasar 60 kerusi sahaja dalam PRU13. Kalau hanya 60 kerusi, PAS tidak akan jadi parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Untuk perintah negara ini, PAS perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi. Separuh pun tidak sampai. Oleh itu, lagi 162 kerusi siapa yang bertanding? Tentunya PKR dan DAP akan kuasai 162 kerusi lagi. Sudah tentu wakil rakyat dari PKR dan DAP akan jadi Perdana Menteri dan kuasai jawatan menteri-menteri utama bukannya PAS.
Tidak cerdik sungguh PAS. Penyakit "DAP Phobia" yang ada pada PAS membuatkan PAS takut untuk melawan cakap Karpal Singh, takut untuk menegur Kit Siang, tunduk bila diberi RM8,000 oleh Guan Eng, takut dengan Teresa Kok dalam isu murtad di gereja, takut untuk tegur isu arak Ronnie Liu, takut untuk tegur DAP yang menggunakan ayat suci Al Quran dan takut untuk menguasai pakatan pembangkang dari DAP.
Bagaimana parti tersebut hendak perjuangkan Islam kalau memberi peluang kepada DAP untuk kuasai politik di negara ini? DAP Phobia sudah melanda PAS. Undi PAS akan beri peluang DAP kuasai politik negara ini. Jauhilah penyakit DAP Phobia ini kerana ianya boleh melemahkan kuasa politik umat Islam.
YY : Masih dalam mood raya...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-