Thursday, September 22, 2011

Mampukah BN Merampas Kelantan Daripada PAS...?


Kelantan Darulnaim adalah tempat saya dilahirkan dan dibesarkan, negeri yang diberi gelaran negeri 'Cik Siti Wan Kembang' ini diperintah oleh PAS hampir 20 tahun.

Namun dalam tempoh tersebut PAS masih lagi GAGAL menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna kepada rakyat Kelantan.

Bila terbaca satu analisis yang ditulis oleh saudara Imlan Adabi ianya amat menarik sekali untuk direnungkan memandangkan sejak PAS mula bertapak di Kelantan sekitar tahun 1986 dan mula menguasai sepenuhnya kerajaan negeri tersebut pada tahun 1990 sehingga kini BN masih gagal untuk merebut kembali kepercayaan rakyat Kelantan kepada mereka.

Persoalannya di manakah silap UMNO/BN...?

Silapnya UMNO/BN di Kelantan dikatakan selalu beretorik dengan program-program syok sendiri. Buat satu  program orang hadir berpuluh ribu mereka terus meletak keyakinan bahawa golongan ini undi mereka.


Turun selami hati rakyat Kelantan...

Selesaikan masalah yang membelenggu rakyat Kelantan tanpa perlu menunggu tibanya pilihanraya...

Jika masalah bekalan air bersih membelenggu rakyat Kelantan, UMNO/BN perlulah menyelesaikan isu tersebut tidak usah tunggu kempen pilihanraya baru hendak berjanji. Inilah masa sesuai untuk UMNO/BN bertindak.

Rakyat Kelantan tidak perlu program retorik atau syok sendiri, dan pemimpin UMNO/BN Kelantan harus tahu apa yang diperlukan oleh rakyat Kelantan.

Cuba selesaikan dan tunaikan apa saja keperluan rakyat Kelantan dari sekarang, saya percaya BN masih mampu memenangi hati rakyat Kelantan. Lagipun rakyat Kelantan kini tidak lagi seperti dahulu, jika dahulu gambar Nik Aziz pun mereka tidak berani letak merata tempat.

Tapi kini Nik Aziz secara berhadapan diherdik oleh rakyat Kelantan sendiri ketika dialog bersama peniaga Bazar Tok Guru tempoh hari. Ini jelas menggambarkan bahawa rakyat Kelantan mula meluat dengan janji kosong PAS.

Rekod pilihanraya tahun 2004 boleh dijadikan asas bahawa rakyat Kelantan tidak menolak BN secara total, jika kena caranya undi rakyat Kelantan akan kembali kepada BN sebagaimana tahun 2004 yang menyaksikan PAS hampir-hampir tumbang di Kelantan.

Laksanakan keperluan rakyat yang penting, soal mereka akan undi atau tidak buat masa ini pemimpin UMNO/BN Kelantan perlu tolak ketepi, yang penting jika rakyat Kelantan melihat UMNO lebih efektif dalam menjaga kebajikan mereka berbanding wakil-wakil PAS yang mereka undi tidak mustahil bahawa mereka akan kembali kepada BN.

Lagipun hok mudo-mudo dok luar Kelantan loni cenderung sokong BN belako doh...


YY : Baru mendarat di negeri kelahiran bersama beberapa bloggers... jeng...jeng...jeng...



6 comments:

  1. salam bro yy, kalau kelantan buat usul keluar dari malaysia pun bagus gak, apa kata pi join ngan org2 patani tubuh negara hudud ala kebajikan, senang sikit orang melayu kat negeri lain nak bersatu saya rasa lepas kelantan dah tak ada dalam malaysia, hehehehe, boring lah ngan org kelantan, rata2 syok sendiri, perasan pandai, sampai sekarang minum air pili berkarat masih tak sedar diri...penyakit orang kelantan ni namanya "Ethnocentrism"...kalau bro YY tak tahu apa benda tu, ni dia: Ethnocentrism is the tendency to believe that one's ethnic or cultural group is centrally important, and that all other groups are measured in relation to one's own, kalau bro YY kurang fasih bahasa ingeeris, kasi tau, saya terjemahkan, penyakit ni ramai gak dihadapi oleh org amerika, dia rasa US ni is the centre of the universe, tapi org us ni saya faham kalau dia rasa mcm tu, ada banyak achievement, org kelantan beperangai mcm ni, sungguh muskyil dari mana dtg nya......

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    hanya sedikit sebagai tambahan, ambo rasa diantara masalah di kelate jugak adalah sikap pengundi luar yang berbelit belit. Apabila duduk di luar dia hentam pas, tetapi apabila dia kelek ke kelate dia hasut orang kampung suruh undi pas.Mula la dia buat cerita itu ini..

    ini berdasarkan pemerhatian ambo jugak la. Justeru itu program mendekati pengundi luar hendahlah selalu di lakukan.

    ReplyDelete
  3. Aku tak yakin dgn strategi yg BN lakukan akan membuahkan hasil apatah lagi nak merampas Kelantan semula dari tangan Pas pada PRU 13 nanti. Pemikiran orang Kelantan sendiri senang dibaca. Melalui kekawan orang Kelantan yg senang ditemui dimerata tempat, perinsip mereka mudah je...ape yg BN bagi mereka terima. Kalau pihak akhbar pegi tanya dia, dia cakap `alhamdulillah, dah orang nak bagi kita ambil lah'. Tapi tidak bermaksud undi mereka akan berpindah pada BN...tidak sama sekali weh...biar hidup sengsara dibumi sendiri, biar susah di dunia tetapi di benak fikiran mereka, akhirat jugak matlamat asal. Hanya Pas yg boleh menjanjikan keislaman yg sebenar. Orang laen selain puak-puak Pas akan dianggap kafirin, musyrikin, tak islam, tak cerdik dan akan membawa mereka ke neraka. Kata mereka lagi, takkan kerajaan Pusat nak biarkan rakyat Malaysia (di Kelantan) miskin dan menderita. Akhirnya, bantuan dan dana yang besar akan disalurkan jugak kepada kerajaan negeri pimpinan Pas. Jadi ape bezanya pangkah BN dan pangkah Pas. Hidup mereka tetap terbela jugak. Asal jgn ada yg mati kebuluran sudahlah. BN perlu kaji mentaliti rakyat Kelantan yg marhaen ni. Tok Mat dan Ku Li adalah orang2 senang dan berada. Mana dorang tahu susah senang golongan tu sume. Pada aku, selagi Nik Ajis tu hidup, jgn mimpi BN nak perintah Kelantan balik. Fikir2kan lah.

    ReplyDelete
  4. untuk memenangi hati rakyat kelantan,UMNO HARUS melantik seorang NAIB PRESIDEN PARTI dari kalangan pemimpin kelantan dan diberi jawatan sekurang2 nya MENTERI KEWANGAN DALAM KABINET.

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...
    untuk memenangi hati rakyat kelantan,UMNO HARUS melantik seorang NAIB PRESIDEN PARTI dari kalangan pemimpin kelantan dan diberi jawatan sekurang2 nya MENTERI KEWANGAN DALAM KABINET.
    September 23, 2011 9:54 AM <- SETUJU, CARA TERMUDAH, TAPI AKAN ADA LONG TERM REPERCUSSION TO THE COUNTRY, KELUARKAN JE KELANTAN NI DARI MALAYSIA ! SOLVE PROBLEM ONCE AND FOR ALL....BIAR PAS NGAM ORG KELANTAN PERINTAH NEGARA DIAORANG SENDIRI, NICKY NAJIS JADI PRESIDENT, KULI JADI PM, HUSAM JADI MENTERI KEWANGAN, SULTAN TAK PAYAH, HUDUD LAKSANAKAN, HARI2 BAGI BUDU FREE UTK BUAT LAUK, GABUNG NGAN PATTANI, SAMA2 PERGI BERJIHAD DGN KERAJAAN SIAM....MUHAHAHHAHAHA.....KELANTAN + PATANI = KELANTANI....KEHKEHKEHKEHE

    ReplyDelete
  6. BAGI SAYA FAKOR UTAMA KELANTAN MASIH DIBAWAH KUASA PAS ADALAH KERANA UNDI DARI WARGA PAS YG BERMASTAUTIN DI LUAR KELANTAN.MEREKA PULANG UNTUK MENGUNDI PAS TETAPI PULANG SEMULA KE NEGERI UMNO.MEREKA MENGUNAKAN SEGALA KEMUDAHAN YG UMNO BAGI TETAPI MEREKA MEMBIARKAN IBU BAPA MEREKA SENSARA DI KELANTAN..IMEJ PEMIMPIN JUGA MEMAINKAN PERANAN.IMEJ AHLI AGAMA JELAS MENEGELAMKAN SEGALA JASA BAKTI ORG2 UMNO..UNTUK BERJAYA DI KELANTAN AHLI2 UMNO HARUS MENDAPATKAN DAN MENONJOLKAN SOKONGAN DARI SEKOLAH2 PONDOK DI KELANTAN.WALAUPUN RAMAI TOK2 GURU PONDOK YG SUDAH MENYOKONG UMNO TETAPI IANYA TIDAK DIKETAHUI UMUM KHUSUSNYA ORG2 KELANTAN

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-