Tuesday, September 20, 2011

Kena Baca : Mansuh I.S.A Najib 'Cilok' Idea Buku Jingga Atau Buku Jingga 'Cilok' Idea Najib??


Isu Akta Keselamatan Dalam Negeri I.S.A yang dimansuhkan oleh PM masih lagi hangat diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Dari kedai kopi sampailah ke bangunan coffee house di hotel-hotel mewah rata-rata masih memperkatakan isu ini.

Ada yang kata Najib takut desakan pembangkang, ada yang kata Najib nak popular, ada yang kata Najib nak raih undi. Pendek kata macam-macam diperkatakan dari mulut rakyat Malaysia hatta mulut warga Bangladesh saudara rapat Fuziah Saleh yang berjumlah beribu-ribu orang pun perkatakan hal ini di tapak-tapak pembinaan.

Hahaha...

Pembangkang dakwa Najib curi idea mereka yang diilhamkan dalam Buku Jingga baca 'Buku Jinggay'. PAS kata Najib hendak ketepikan pejuang-pejuang mansuh I.S.A, jadi saya pun tertarik juga hendak ikut serta bagi pandangan berhubung isu mansuh I.S.A ini.

Mula-mula mari kita selidik idea untuk memansuhkan I.S.A adakah idea 'original' Najib Tun Razak atau pun Najib plagiat dari Buku Jinggay?

Jeng...jeng...jeng...

Baiklah Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. Selepas majlis angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 4.00 petang Tun Lah secara rasmi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Najib Tun Razak.

Selepas itu dalam ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik serta-merta larangan ke atas dua akhbar, membebaskan 13 tahanan I.S.A dan dia berkata akan mengkaji semula Akta I.S.A :

Beliau berkata "proses kajian semula terhadap akta ISA akan juga dimulakan..." buat mereka yang terlupa saya imbaskan kembali memori anda dengan rakaman youtube lihat dan dengar di minit 5:26 video di bawah :



Jeng...jeng...jeng...

Mari kita lihat pula bila tarikh Buku Jinggay dikeluarkan dan diedarkan kepada 'lembu-lembu' Pakatan Rakyat, jangan marah istilah lembu lebih lembut jika hendak dibandingkan dengan maki-hamun pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

Buku Jinggay diperkenalkan pada 19 Disember 2010 dalam konvesyen PR ke-2 yang berlangsung di Pulau Pinang dalam buku 'sampah' tersebut dinyatakan sekali program 100 hari PR jika mereka memerintah dan memansuhkan I.S.A

Hahaha...

Jadi dakwaan pembangkang bahawa Najib Tun Razak 'cilok' idea mereka sama sekali tidak berasas, kerana Najib Tun Razak terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula Akta I.S.A sebaiknya sahaja beliau secara rasmi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri kita ulang kembali tarikhnya adalah
3 April 2009.

Selepas setahun lebih selepas itu iaitu pada 19 Disember 2010 barulah PR muncul  dan perkenal idea gila dengan konsep Buku Jinggay. Jadi persoalannya di sini siapa tiru siapa sebenarnya?

Budak tadika pun mampu jawab jika ditanya soalan ini. Isu siapa tiru siapa sepatutnya tidak perlu 'dijual' sebagai modal oleh pembangkang. Sebab rasanya Najib Tun Razak lebih layak mengatakan Buku Jinggay meniru idea beliau seawal beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tapi biasalah, kalangan pembangkang mana ada yang cerdik main politik? Sebab itu semua isu dijadikan modal waima kucing kepunyaan Perdana Menteri sekali pun.

Berhubung pengumuman memansuhkan I.S.A ini saya menyambut baik hasrat Perdana Menteri, lagi pun kajian dan penyelidikan yang rapi saya yakin sudah dilakukan oleh beliau sebelum membuat keputusan ini. Saya juga percaya akta baru yang akan diperkenalkan nanti lebih bagus daripada I.S.A.

Untuk mengkritik lebih-lebih rasanya terlalu awal untuk kita rumuskan, namun hasrat Perdana Menteri ini perlu dijayakan oleh semua pihak terutama bloggers yang menyokong kerajaan demi menjayakan agenda tranformasi yang dilaungkan oleh beliau.

Najib telah tunaikan janji hari pertama beliau menjawat jawatan PM.

Kenyataan Najib pada 3 April 2009 , Buku Jingga dikeluarkan pada 19 Disember 2010.

Akta yang bakal menggantikan I.S.A lebih relevan dengan arus politik semasa.

Mansuh I.S.A bukti Najib berani dan pembangkang tidak boleh lagi mengatakan I.S.A adalah senjata BN untuk menahan pemimpin mereka.


YY : Kikiki... tak malu kata Najib tiru dorang... Bro Najib teruskan je niat murnimu... anak muda tetap bersamamu...

2 comments:

  1. Haha korek video Tok Najib bro? Buku Jinggay tu janji kosong je. Mana boleh laksanakan janji2 dlm tu. Ingat rakyat bodoh ke ape dorang?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-