Lari dari cerita politik sekejap... kita bergossip sekali sekala.
Filem komedi seram arahan brader Ahmad Idham yang ditayangkan tempoh hari khabarnya mencatat kutipan RM 8.35 Juta. Bagi pengiat filem tempatan ianya adalah kutipan yang cukup membanggakan. Lagi pun dikhabarkan bajet untuk menghasilkan filem ini hanyalah berjumlah RM 1 juta.
Jadi wajarlah kita ucapkan tahniah kepada pengarahnya iaitu brader Ahmad Idham kerana berjaya menambat hati penonton melalui karya tersebut.
Namun yang tidak enak, dikatakan ada babak yang menghina Rasulullah S.A.W di mana ada babak pelakon utamanya iaitu Zizan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” bermaksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Isu ini juga menarik perhatian pihak Pemuda PAS yang mana ketuanya mengeluarkan kenyataan dalam 'Yahudikini'
Ekoran ada babak yang dilihat tidak sensitif tersebut adalah beberapa pihak cuba menegur pengarahnya, namun pengarah filem tersebut memberi jawapan boleh dikatakan agak sombong dan angkuh. 'Besar kepala' la kira...
Bro... Ahmad Idham, ilmu agama saya pun tidaklah seberapa tetapi apa yang saya belajar dan faham dalam agama kita Islam kita digalakkan supaya menegur antara satu sama lain sebagaimana hadis Nabi yang menyeru kita memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.
Ini yang saya faham mengenai konsep tegur-menegur dalam Islam.
Wahai... bro Ahmad Idham, sebagai seorang pengarah berkaliber sepatutnya bro boleh bagi jawapan yang lebih cerdik daripada itu. Kerana mungkin yang menegur itu merupakan penonton setia setiap filem arahan-arahan kamu, dalam erti kata lain dia adalah merupakan 'pelanggan' kamu.
Jadi kamu sebagai 'syarikat' yang menjual sesuatu produk hendaklah peka dan sensitif dengan aduan/teguran daripada 'pelanggan' kamu. Maklumlah kamu bergantung kepada ramainya jumlah 'pelanggan' yang membeli produk kamu hasilkan. Tanpa 'pelanggan' ini nescaya perniagaan kamu tidak ke mana.
Adakah RM 8.35 Juta itu hasilnya datang daripada rakan-rakan dan kenalan rapat kamu sahaja?
Sudah tentu jawapannya tidak. Hasil dan kejayaan kutipan tersebut datangnya daripada sokongan penonton termasuklah individu yang menegur kamu itu. Sukarkah untuk memohon maaf dan mengatakan "saya memohon maaf, lain kali saya akan lebih peka terhadap isu-isu sebegini, terima kasih kerana menegur dan menonton filem tersebut"?
Tidak perlulah bersikap 'besar kepala' atau berlagak dengan merendah-rendahkan tahap pengetahuan orang lain. Takkan benda 'simple' macam ini pengarah berkaliber seperti kamu tidak mampu fikirkan?
Pihak LPF mungkin terlepas pandang babak tersebut memandangkan dalam peraturan penapisan filem di bawah perkara 2.2 iaitu Keagamaan ada menyebut penerbit/pengarah perlulah mematuhi dan peka dengan perkara-perkara seperti :
i. mempersoal, mempersenda dan memperkecil kesucian Islam;
ii. bercanggah dengan akidah, hukum dan ajaran Islam;
Manakala perkara 2.2.3 pula menyebut :
Buat Ahmad Idham, kalau ada penonton tegur cubalah jawab lebih berhemah. Takkan baru kutip RM 8.35 Juta pun sudah rasa 'besar kepala'?
Kalau beginilah sikap pengarah filem tempatan, tidak mustahil untuk tempoh yang akan datang penonton mungkin 'frust' dan tidak menonton hasil karya kamu.
Fikir-fikirkan yer bro Idham...
Baca juga apa brader MPP kata di blognya KLIK SINI...
Filem yang mengandungi adegan dan dialog yang berunsur syirik dan menyentuh akidah hendaklah diteliti secara mendalam supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan dalam kalangan masyarakat. Paparannya dibenarkan sekiranya mempunyai tujuan memperbetulkan akidah dan mengelakkan terjerumus kepada syirik.Jadi kesimpulannya pihak LPF dan Ahmad Idham sebenarnya tidak peka dan sensitif dengan dialog-dialog sebegini. Mungkin juga pengarahnya tidak menjangka bahawa ianya telah menyentuh sensitiviti agamanya sendiri.
Buat Ahmad Idham, kalau ada penonton tegur cubalah jawab lebih berhemah. Takkan baru kutip RM 8.35 Juta pun sudah rasa 'besar kepala'?
Kalau beginilah sikap pengarah filem tempatan, tidak mustahil untuk tempoh yang akan datang penonton mungkin 'frust' dan tidak menonton hasil karya kamu.
Fikir-fikirkan yer bro Idham...
Baca juga apa brader MPP kata di blognya KLIK SINI...
YY : Kalau tanpa sokongan penonton melayu Islam kita ni... agak-agak kamu mampu kutip berjuta-juta ke Idham...?
Kasi haram jela citer2 cmni, mmg buang masa..
ReplyDeleteSial punya kerek jawapan Ahmad Idham
ReplyDeleteaku dah lama tak berkenan ngan A.I ni....nak kata sombong.....dia tak ngaku....nak kata bongkak...lagi la dia tak ngaku...cuma apa yg aku nak ingatkan pada A.I ialah....kau tu mmg bongok....jgn la lagi ditambah ngan bodoh sombong....tak boleh ditegur....
ReplyDeleteSebenarnya saya sendiri tak tengok lg filem ni. Bagus sangat ke?
ReplyDeletesalam bro YY, sori citer lain ,semalam masa lalu kat lanson place, tempat keramat si peliwat dgn china doll, sompoton spa dah bertukar nama jadi charawon spa, jadi pusat kecantikan plak, hehehhehe, si aljuburi sensitive dgn nama lama tu, kesian... :)
ReplyDeleteBro.... LPF bukan terlepas pandang... pakar agama dalam Lembaga tu mmg TAK BUAT KERJA pun... Tido!!!!
ReplyDeleteA Idham patut kita balun dengan Pakar2 Agama dalam LPF sekali...
Salam bro,
ReplyDeletenampaknya Ahmad Idham jenis yg tak boleh ditegur TETAPI dia lupa bahawa ada perkara yg pasti akan terlepas dari pandangan..
Kasihan dengan orang seni yang selalu lupa diri..zaman sekarang!!
Nanti jap bro....
ReplyDelete1. Dengar betul2 ucapan zizan. Sebelum dia nak ucap 'Syaiton', dia pause sekejap sebelum perkataan 'da'...lepas tu baru dia jerit 'Syaiton' 'Syaiton'...(yelah kadang2 kalimah rasulullah tu kita sebut dalam hati).
2. Dlm babak tu, zizan dalam keadaan disampuk dan meracau-racau dan menyebut yg bukan2. Mana ada orang dlm keadaan tidak waras tahu apa yg dia cakap.
Ramai lagi orang yg akidah mereka hancur lebur kerana menghina kalimah Allah dalam keadaan sedar dan mereka lebih hebat 'berlakon'.
Anon September 20, 2011 10:09 AM :
ReplyDeleteSaya dah baca twitter Zizan, dia tidak mungkin menghina Rasul sendiri. Tapi pada hemah saya pihak LPF patut potong dialog tersebut sebab boleh timbulkan kontroversi.
Mungkin mereka terlepas pandang, manusia biasalah kadang2 ada yang silap. Cuma bila ditegur usahlah berlagak macam jawapan Ahmad Idham.
Itu point saya... TQ bro sudi komen blog ambo... :)
MINTAK SAUDARA YY TGK DAN KOMEN CERITA OHH HARAMM SLOT CEREKARAMA TV3 TEMPOHARI...LAGI MEMPERSENDAKAN AGAMA(HARAP ADA RESPON DARI SAUDARA YY)...TAPI DALAM FILEM HANTU BONCENG NIE JELAS ADA KELEKAAN DALAM TAPISAN TETAPI JIKA TIDAK DISENGAJAKAN MASIH BOLEH DIMAAFKAN(BERDASARKAN KENYATAAN ZIZAN)...ZAMAN SEKARANG NIE DIALOG FILEM DAN DRAMA TV SEMAKIN BERANI BERMAIN2 DGN AGAMA ISLAM DAN PERKARA INI HARUSLAH DILARANG SAMA SEKALI...
ReplyDelete