My Distress, aplikasi isyarat jenayah di telefon pintar yang dilancarkan Polis Selangor baru-baru ini. Mula-mula tu, aku pun tak tahu. Tapi masa baca dekat Bernama petang tadi.
Rasa macam nak participate gak dengan aplikasi percuma ini. Kebetulan pulak, aku pun tinggal kat Selangor. (Setakat ini, aplikasi My Distress hanya diuji dinegeri selangor sahaja)
Dah la sekarang ni, kadar jenayah semakin meningkat. Jadi dengan adanya aplikasi macam ni. Sekurang²nya boleh la sedikit sebanyak membantu dikala memerlukannya.
Semenjak aplikasi ini dilancarkan, sekurang-kurangnya lebih dari 30,000 pengguna telah mendaftar. Kini, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau dan menguji keberkesanannya. Sekiranya penggunaan aplikasi ini berjaya. Pihak PDRM akan memperluaskan penggunaanya ke negeri² lain pula.
Apa itu My Distress?
Sistem My Distress adalah aplikasi menerusi telefon pintar, yang membolehkan orang ramai menghantar isyarat kecemasan dengan menekan butang ikon pada telefon pintar terbabit. Isyarat tersebut akan terus dihantar ke Bilik Gerakan di Ibu Pejabat Polis Selangor.

My Distress yang dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS), akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan.
Tetapi dengan adanya aplikasi ini, semua tu sudah tidak perlu. Apa yang anda perlukan. Hanya perlu menekan butang "HELP" bagi telefom iPhone/Android atau "ON SOS" (BlackBerry/Java User) dan pihak polis akan menjejaki anda. Terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini.
Pada pandapat aku la. Sistem ini memang bagus memandangkan kadar jenayah yang semakin meningkat. Cuba anda bayangkan sekiranya berlaku keadaan yang tak diduga macam kes rompakan kedai mamak yang berlaku baru-baru ini.
Dalam keadaan terkejut macam tu, memang susah la nak menghubungi pihak polis. Kalau dapat pun, lepas tu kena bagi butiran maklumat anda, lokasi dan masa. Panik weiii .. kadang² memang tak dapat fikir apa-apa.
Lepas semua maklumat tu dah diperolehi. Baru pihak polis dapat bertindak.
Tetapi dengan adanya aplikasi ini, semua tu sudah tidak perlu. Apa yang anda perlukan. Hanya perlu menekan butang "HELP" bagi telefom iPhone/Android atau "ON SOS" (BlackBerry/Java User) dan pihak polis akan menjejaki anda. Terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini.
Anda perlu la mendaftar dan mengemaskini maklumat anda terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-