Wednesday, September 21, 2011

Hantu Bonceng : Ahmad Idham Patut Malu Dengan Sikap Zizan Raja Lawak...


Ok kita sambung sikit lagi dari artikel semalam yang ditulis di sini...

Semalam saya tertanya-tanya adakah teguran seorang hamba Allah kepada brader Ahmad Idham kasar sehingga Idham bertindak menjawab dengan nada yang sombong. Sudahlah jawapan sombong diberikan dipertikaikan pula ilmu hamba Allah yang menegur dialog dalam filem tersebut.

Akhirnya dapat jugalah saya lihat ayat-ayat teguran yang digunakan oleh seorang penonton filem tersebut, jom kita jenguk-jenguk adakah ayat yang digunakan semasa beliau menegur Ahmad Idham ada unsur-unsur kasar atau mengejek?


Woww... hamba Allah  ini 3 kali memohon maaf semasa membuat teguran kepada Ahmad Idham. Tapi apakah jawapan yang diberikan oleh Ahmad Idham pengarah tersohor negara?


Hehehe... nampaknya Ahmad Idham patut malu kerana gagal mengawal emosi dalam menerima kritikan, namun saya hendak beri sedikit pujian kepada Zizan selaku pelakon utama yang dilaporkan memohon maaf melalui laman twitternya.


Bila membaca tulisan Zizan, saya rasakan Zizan lebih matang dalam menerima kritikan peminat-peminat filem tempatan. Malah beliau juga cerdik dalam menyelesaikan isu ini dengan membuat permohonan maaf. Saya yakin Zizan tidak berniat untuk menghina Rasul sendiri.

Sukarkah hendak melafazkan dua patah perkataan "MAAFKAN SAYA" wahai Ahmad Idham pengarah tersohor?

LPF pun boleh tahan keluarkan kenyataan, katanya bagi pihak LPF filem tersebut tiada sebarang isu tapi tiada masalah untuk diteliti semula. Apa punya turrr... filem sudah habis ditayangkan pun, Ahmad Idham  sudah senyum sehingga ke telinga dengan kutipan sebanyak RM8.35 juta.

Dok berbelit-belit buat apa, penyelesaiannya mudah saja. Ahmad Idham patut contohi cara Zizan menyelesaikan kontroversi tersebut. Penonton dengar pun sejuk hati mereka, usahlah bermain 'tarik-tali' kerana tidak terjejas sikit pun hasil kutipan RM 8.35 juta dengan hanya melafazkan perkataan maaf.

Bila Ahmad Idham ikut apa yang dilakukan oleh Zizan iaitu memohon maaf, LPF pun tak payah pening kepala menjawab kepada media berhubung isu ini. Apa yang didesak oleh Ostat Tantawi itu anggap sajalah beliau cuba menumpang populariti filem Hantu Bonceng.

Susah sangat ke nak buat macam ni...?

Sebab kalau lu kerek penonton lagi kerek...

Penonton kerek silap hari bulan lu punya filem yang akan datang lu arah, lu berlakun, lu sendiri tonton...

Bersikap rendah diri lagi membuatkan orang respek mung la Idham weii... alahai..!



YY :Ada sahabat minta komen saya pasal telefilem Cerekarama 'Oh Haramm' tapi saya tidak sempat menontonnya, namun bila teliti trailer di youtube. Agak lain macam pula jalan cerita itu...



4 comments:

  1. Saya rasa bende ni bukan satu isu pun.. Dah nyata babak tu bukan nak hina Rasullullah. Sepatutnya yang mtk maaf pihak yang besarkan isu ni.. Bukan ahmad idham ataupun zizan..

    ReplyDelete
  2. Perkara yang telah berlaku perlu dijadikan iktibar. Sebagai serorang Islam saya juga terkilan dengan beberapa babak yang pandangan saya dan keluarga saya sebagai mempersendakan syadah. Mungkian pengarah tidak berniat sedemikian tapi pastikan perkara seperti ini tidak diulang. Malu saya dengan anak-anak yang memberi komen negatif tentang babak seperti itu

    ReplyDelete
  3. Ulamak bukan maksum...ulamak pun boleh buat silap....!x slah jika penonton mengkritik jika terdapat unsur2 yg tidak betol...apatah lagi melibatkan Islam....!jika diikutkan dah byk citer mempersendakan Islam....apatah lagi filem hantu ni...!Tapi satu nak bgtau....golongan artis ni mmg xkan suka minta maaf sbb golongan ni mmg jenis degil...mcm ahli politik walapun tau dia silap....dlm kes Ahmad Idham dah byk org komen pasal dia....sbb dia ni mmg jenis x suka minta maaf apatah lagi nak mendengar nasihat org lain......

    apabila kita mengkritik bukan niat nak menghina atau mengutuk.....sbb kita sygkan agama kita.....betol x tuan blog??....

    ReplyDelete
  4. Betul hitch. Jgn bila kita komen kata kita kondem filem tmptn la ape la. Ramai yg tk puas hati. So cara terbaik just sebut "maafkan saya".

    Simple...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-