Sinchew teruskan serangan terhadap MCA @drchuaSL @weekasiongmp
Serangan demi serangan dibuat oleh  akhbar Sinchew terhadap MCA. Kali ini bukan sahaja serangan dibuat  terhadap MCA, ada juga penipuan dengan mengatakan DAP telah mengotakan  janji mereka. SPRM memang perlu menyiasat Timbalan Editor akhbar ini  untuk melihat punca sebenar kenapa maklumat yang berimbang tidak  diberikan dalam isu DAP dan MCA ini. Hari ini, apabila Perdana Menteri  mahu mengkaji semula undang-undang penapisan berita, eloklah pemimpin  MCA lebih rajin mempertahankan diri dan menyerang pembangkang.
Sinchew Daily News
m/s 38
12 Ogos 2011
Tekanan Bagi MCA
Lim Swee Guan
Timbalan Editor
Dalam keadaan sekarang ini,  sama ada dari segi politik mahupun dari segi ekonomi yang semakin tidak  menentu ini, pada PRU akan datang yang terima tekanan yang sangat berat  bukan UMNO sebaliknya MCA.
UMNO sekurang-kurangnya  mempunyai kekuatan dan modal politik yang tertentu yang paling asas,  sekurang-kurangnya tiket undi di kawasan kampung-kampung masih kukuh dan  mantap bagi UMNO, tetapi selepas pembersihan Bersih pada 9 Julai,  termasuk inflasi dan kejatuhan saham di seluruh dunia, ia telah  menggugat pengudi golongan pertengahan, ia telah merosakkan usaha yang  dibuat oleh MCA selama setahun lebih itu iaitu selepas (perebutan kuasa)  dalaman MCA.
Ia bukan kerana presiden MCA  Chua Sui Lek tidak mampu memikul tanggungjawab, ataupun tidak mempu  memimpin, beliau memang diketahui umum bahawa beliau adalah seorang yang  mempunyai pengalaman yang ampuh dan mantap, dan mampu mengstruktur  semula organisasi di peringkat bawahan, yang mempunyai kemahiran dan  kekuatan untuk memimpin di peringkat bawahan; malangnya semasa beliau  ambil alih kuasa dari tangan Ong Tee Keat, banyak beban-beban yang berat  yang ditinggalkan oleh Ong Tee Keat terpaksa beliau pikul, beliau  hadapi tentangan pola kuasa yang menebal. Dalam keadaan seperti itu,  beliau secara individu tidak mungkin mampu membuat banyak perubahan.
Bekas pemimpin MCA Ling Liong Sik dan Chong Kong Choi didakwa, Chua mengkritik rakan-rakan dalam parti, termasuk Chen Ya Ying dari Gelang Patah yang tidak hadir dalam aktiviti-aktiviti parti di peringkat kawasan dan bahagian, mengkritik Chang Xie Seah  yang dikatakan tidak layak mengkritik isu “balik Pulau Pinang untuk  membantu suami”, Chua menghentam Heng Seai Kie kerana menyokong calon  bertanding ketua kampung dari wanita PKR, mengkritik dalaman MCA Pulau  Pinang kerana bertelagah sesama sendiri, ini telah menampar muka MCA  sendiri.
Dilema dan masalah yang MCA hadapi seperti di bawah:
1. Polisi telah terbentuk  kekal. Selepas PRU Mac 2008, kerajaan BN lancarkan projek-projek  perubahan ekonomi dan politik, tetapi dari segi keseluruhannya polisi  itu tidak nampak berubah, MCA laungkan mahu ambil bahagian dalam membuat  keputusan dalam polisi kerajaan, sehingga sekarang tidak nampak  kesan-kesannya, termasuk isu pengiktirafan sijil-sijil gabungan sekolah  menengah swasta Cina.
Sebelum ini Chua telah  mengaku, ada sesetengah pagawai di Kementerian Pelajaran tidak menjurus  untuk membantu perpindahan dan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina,  dan mereka juga mambantah tanah sekolah rendah kebangsaan untuk diubah  kepada tanah sekolah rendah Cina.
Kerajaan BN semasa PRU Mac  2008 telah berjanji mahu bina 6 buah sekolah rendah Cina dan uruskan  perpindahan tempat kepada 13 buah sekolah Cina tidak nampak dikotakan  semuanya, termasuk isu tanah sekolah rendah Cina di negeri Selangor. Dan  MCA hadapi halangan Napoleon, dari segi itu pengundi tetap tidak  memahaminya, menyebabkan pada PRU DAP dapat ambil kesempatan isu  meyerang MCA.
Selain dari itu, MCA lari  dan mengelak daripada beberapa isu-isu besar, contohnya dalam aktiviti  Bersih 9 Julai dan masalah nisbah penduduk kaum Cina menurun kepada 24.6  peratus.
2. Tekanan daripada  Kemelesetan ekonomi disebabkan kejatuhan pasaran saham di Benua Eropah  dan Amerika, ramai kaum Cina yang menjalankan aktiviti perniagaan,  mereka amat peka tentang kestabilan ekonomi dan pemulihan ekonomi.
Jika ekonomi dunia  kedua-duanya meleset, MCA bukan sahaja akan kehilangan tiket-tiket undi,  mungkin MCA akan juga kehilangan wang pertaruhan dalam politik. 
3. Masalah kehidupan rakyat  di kawasan-kawasan undi. Yang paling malang ialah, dalam kawasan MCA ada  banyak isu yang perlu segera diselesaikan, contohnya di kawasan  parlimen Kuantan isu industri rare earth (tanah nadir), kawasan  parlimen Raub yang hadapi masalah isu perlombongan emas, dan dalam masa 2  tahun kawasan Kluang berlaku 3 kali catuan air.
Ada sesetengah masalah itu  yang ditinggalkan oleh wakil-wakil rakyat yang lepas-lepas, termasuk isu  pembayaran pampasan ternakan babi di Negeri Sembilan, janji-janji yang  tidak dikotakan.
4. DAP telah mula kotakan  janji-janji mereka yang telah mereka janjikan pada PRU lepas, mungkin  MCA boleh kritik isu pemilihan ketua kampung itu membazirkan duit  kerajaan, tetapi di Kampung Baru Cina mereka sekurang-kurangnya diberi  peluang untuk peroleh tiket undi ke-3 untuk mengundi.
DAP telah laksanakan  pemberian air percuma di negeri Selangor serta kupon membeli-belah,  kerajaan Pulau Pinang memberi 100 ringgit kepada orang-orang golongan  tua dan anak-anak yang baru lahir, ini juga alat penyebaran propaganda  yang kuat untuk DAP.
Dalam beberapa tahun ini,  MCA laksanakan banyak kerja-kerja mereka, termasuk lancarkan perubatan  dan kesihatan 1 Malaysia membantu golongan miskin untuk semua kaum,  tetapi dari segi keseluruhannya ia tidak memberi keuntungan kepada parti  yang berasaskan kaum Cina itu, ini bukan kesilapan-kesilapan yang  sepatutnya berlaku. 
Sumber : Tun Faisal 
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-