Wednesday, August 3, 2011

Selepas Mismah, Timbul Rita & Saifuddin Pula Status PR Jadi Warganegara?

Misteri Mismah tidak berhenti, belum pun JPN memberi maklum balas PAS Titiwangsa melalui unit IT mereka mendedahkan lagi 52 kes yang sama.

Kali ini Rita dan Saifuddin pula dikatakan berjaya menukar status dalam masa yang singkat. Sekali fikir macam tidak logik dek akal.

Siapa yang bertanggungjawab mendaftarkan nama-nama ini dalam sistem SPR, kerana mengikut maklumat kita dapat jika IC itu sah bukan milik warganegara. Sistem SPR secara automatik akan menolak proses pendaftaran yang hendak dilakukan.

Sistem akan 'rejek' ketika proses 'key-in'.

Kenapa semuanya individu ini tidak diletakkan dengan status Bin atau Binti?.

Adakah ini hanyalah rekaan pihak pembangkang.?

Benarkah dakwaan ini atau ini hanyalah propaganda rekaan pembangkang untuk menyerang SPR dan JPN?

Saya sehingga kini masih menunggu siasatan yang dilakukan oleh JPN. 

Sehingga ke saat ini masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh JPN melalui Pengawai Perhubungan Awam mereka. 

Aneh bagaimana PAS Titiwangsa dapat nombor2 IC ini? 

Adakah  wujud unsur penglibatan orang dalam JPN sendiri? (jika benar). 

Ataupun paparan gambar di atas adalah rekaan semata-mata?

Saudara pembaca jangan cepat melatah, kami akan dedahkan gerakan licik mereka dalam masa terdekat setelah lengkap maklumat yang sepatutnya sampai ke tangan kami. 

Jangan lupa penipuan jijik Malaysiakini di S.I.N.I



JPN Mana?



YY : Harap-harap kakitangan JPN dapat berbuka puasa hari ni....:)

8 comments:

  1. pngundi hantu tidak wujud.
    yang wujud sebenarnya ialah HANTU-HANTU pmbgkang dlm SPR dan JPN!!!!! mrk yg key in, dan mrk jugala yg bongkar...

    ReplyDelete
  2. Balon bro... Haramjadah puak bloger pakatan haram ni...

    http://maelpengerang.blogspot.com/2011/08/isu-ic-malaysiakini-punca-penipuanklik.html

    Bro, kalau sudi..Masukkan la blog MaelPengerang ke dalam blog Double-Y ye..

    Salam...

    ReplyDelete
  3. Kalau itulah pendedahannya, ternyata siapa saja boleh buat kerja kotor macam itu terutama apabila data yang didedahkan boleh dicapai menerusi internet.

    Cumanya tak mungkin PR akan mengaku terlibat kalau siasatan menunjukkan trojan horse mereka terbabit dalam perencanaan tersebut. Masalah tu.

    ReplyDelete
  4. JPN kena siasat secara menyeluruh, bukan semua kakitangan JPN Pro-Kerajaan, mereka-mereka inilah yang mencacatkan sistem DEMOKRASI yang ada. Ambil tindakan sewajarnya ke atas mereka-mereka ini yang tak amanah ini, SISTEM DATABASE JPN adalah SULIT kalau begini caranya, alamatnya NEGARA boleh tergadai.

    ReplyDelete
  5. Tahniah ... bongkar penipuan bukti mereka dgn bukti ... tunjukkan satu persatu.

    jawap dalam laman web mereka .... supaya yg taksub tu berfikir dgn waras.

    Mungkin ada juga 'fikiran/pendapat' mereka yg waras ... jangan kita tolak serta merta.

    Insya ALLAH semua selamat.

    ReplyDelete
  6. Ni mesti mainan pembangkang 100% dan dalangnya ialah nuarr..sbb beliau dh tak tentu sbb kes sondol Saiful.So skarang tgh cari kes baru utk rakyat lupa kan kes liwat.Tgk loyar burk Kapal pun dh senyap x bgi apa2 statement berkaitan dgn kes liwat. Knp?? sbb dh tau akan hancusss.. so cari helah utk mengaburi org awam...
    renung2 lah....

    ReplyDelete
  7. http://darah-satria.blogsp​ot.com/2011/08/terbongkar-​lagi-isu-pr.html

    ReplyDelete
  8. memang spin dari nwar sbb dia dakwa & sebut 200,000 pendatang dah dapat kp biru di malaysia masa dia berucap di filipina!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-