Sunday, August 28, 2011
Selamat Hari Raya, Azmin Ali dan Ferrari...
Gambar di atas adalah kereta jenis Ferrari Muletto F450, model kereta ini dipasarkan pada tahun 2010. Kalau bercakap pasal kereta Ferrari, kereta ini memang terkenal dengan kuasa pecutan. Harga pasaran pada tahun 2010 untuk model kereta ini adalah sekitar $230,000-$250,000 (tukar sendiri ke Ringgit Malaysia ok)
Mungkin sahabat pembaca tanya, apa gila... YY tiba-tiba cerita pasal Ferrari tatkala umat Islam akan menyambut 1 Syawal lagi sehari. Sebenarnya saya nak sampaikan di sini, orang macam saya tidak mampu untuk memiliki kereta semewah ini.
Tapi Azmin Ali mampu, malah tahun lepas dia sekeluarga beraya dan bergambar di hadapan model kereta mewah ini. Baguslah ada orang Melayu mampu guna kereta mewah-mewah, tapi pelik juga selepas setahun lebih merampas dan memerintah Selangor ramai wakil rakyat pembangkang dikatakan hidup mewah dengan tiba-tiba.
Tapi saya tahu Azmin Ali beli kereta ini dari hasil duit yang disimpan sejak kecil, sebab orang PKR kalau hidup mewah pun bagi penyokong mereka semuanya tak salah. Hanya orang BN saja kalau ada kemewahan barulah ianya rasuah, salah guna kuasa, seleweng duit beli jet sukhoi bla bla bla...
Jom imbas memori kita dengan gambar-gambar Azmin Ali sekeluarga :
Ishh... ini bukan saya kata, cakap-cakap mulut rakyat-rakyat biasa yang sering melihat dan memerhati pemimpin-pemimpin mereka.
Tahniah pemimpin 'ketuanan rakyat'...
Tahniah pemimpin yang berjuang untuk 'ekonomi rakyat'...
Rakyat Selangor sekarang semuanya hidup 'kaya-raya' hasil pemerintahan PKR, sebab itulah ada yang murtad kerana kesempitan wang...
Wahai pemimpin BN...
Contohilah sikap 'rendah diri' wakil rakyat PKR yang bernama Azmin Ali...
Mereka sentiasa hidup dengan cara 'bersederhana'...
Akhir sekali Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Azmin Ali, Shamsidar dan anak-anak... teristimewa yang bernama Afifah...
YY : Tak mampu pakai Ferrari... hanya mampu tengok saja...
Hebat... imbas memori tahun 2010 ke bro YY.
ReplyDeleteAzmin Ali syoklah tahun lps beraya dgn ferrari, tahun ini dgn kereta apa pulak?
Hahahahahahaha!
kata kata sinis yg kejam..haha :)..selamat hari raya YY..
ReplyDeleteSLMT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BROO. CADANG2 RAYE NI WA BALIK KAMPUNG TUMPANG FERRARI ASSMIN. WA robentinSUH ANAK BINI DIA BALIK NAIK LORI JEK KEHKEHKEH
ReplyDeletemcm ni lah contoh kepimpinan yg kita mau...azmin kan org besar dlm pkr mestilah banyak duit kut...lg pun dia dan anak dia mestilah menabung sekali tu...pemipminpin umno tk pyh lah beli feraari nantikan ana rasa geng PR buat demo kat parlimen....timbalan presiden pas pun tk de nyer nak ambik duit claim dari PBA yg tk seberapa tu..dia pun ada menabung jgk tu...btw, kalau ada duit lebih boleh lah letak ekzos buluh kat kerusi roda tu...
ReplyDeleteIni baru yang hidup sederhana...
ReplyDelete