Hiasan semata-mata |
Dimaklumkan pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menerima 2 butir peluru hidup beserta dengan sepucuk surat amaran. Tapi cerita ini tidak dimaklumkan awal-awal tadi kerana saya fikirkan ianya tidak akan disampaikan kepada umum.
Tapi selepas berbuka tadi, terima sms yang menyatakan bahawa pemberita sudah mendapatkan maklum balas Kementerian Dalam Negeri berhubung isu ini dan pihak KDN telah mengesahkan kejadian ini. Surat amaran itu menyatakan bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri telah mengacau periuk nasi pihak mereka.
Buat masa ini tiada sebarang konklusi yang sahih dapat dinyatakan dari pihak mana surat itu dikirimkan. Namun cakap-cakap mulut kakitangan di dalam Kementerian tersebut menyatakan bahawa surat itu dikirimkan secara terus dan bukan melalui pos biasa.
Selebihnya terserah kepada bijaksana pasukan PDRM untuk menyiasat pihak mana yang bertindak melakukan ugutan tersebut.
YY : Bukan taksub atau kurang ajar, bukan bela atau jilat, siapa dulu kaitkan nama gua dlm setiap artikel. Siapa dulu maki-hamun gua dalam komen dalam blognya? Nak menghukum biar adil...
Pendapat peribadi saya : Saya anak tulin Malaysia perlu keamanan yang amat sangat. Justeru itu, kerajaan wajib tegas ke atas sesiapa pun yg cuba dan bermotif kearah perpecahan dan perkauman dan cita-cita serta taktik kotor utk kekayaan dan kesenangan puaknya. Saya sarankan semoga kerajaan pasang lebih ramai SB dan org awam yg dipercayai utk memantau kegiatan seumpama ini. Tolong jangan bagi muka. Sabit kesalah KDN jawabnya ISA. No talk no deal. Rakyat Malaysia esp Melayu asalnya overall baik-baik belaka sejak dulu lagi.Campur jenis-jenis lain dah jadi rojak. Ketatkan keselamatan menteri yg mereka anti. Kami mahu keamanan. Prevention is better than cure. Nak hidup perlu jahat kah ? Mantau kegiatan mereka terutama kegiatan bisnes biasa di tempat yg terpencil. Tak boleh percaya. Sumbangan komando juga boleh digunakan. Dato, tolong amankan negara kita. Kami benci manusia jenis mahu tumpah darah dan tak sedar diri. Sekian.
ReplyDelete