Friday, August 26, 2011

#Lynas : Di mana Fuziah Salleh Hendak Sorok 'Kemaluannya' Selepas Dibogelkan Oleh Dr. Che Rosli?

Dr. Che Rosli VS Fuziah Salleh
Semalam Fuziah Salleh 'dibogelkan' oleh MP PAS iaitu Dr. Che Rosli berhubung isu pembinaan kilang Lynas yang telah dieksploitasikan oleh PKR kononnya kilang tersebut merupakan satu ancaman besar terhadap penduduk di Kuantan.

Pengakuan berani Dr. Che Rosli harus diberikan pujian, saya tidak jangka bahawa dalam PAS masih ada individu yang jujur sebagaimana Dr. Che Rosli. Saya beranggapan pemimpin PAS hari ini semuanya sudah 'dicucuk' hidungnya oleh DAP dan PKR.



Ekoran dari pengakuan Dr. Che Rosli semalam yang juga merupakan seorang saintis nuklear dikhabarkan mendapat tekanan yang luar biasa dari para pimpinan tertinggi pakatan pembangkang, ada juga yang melemparkan fitnah kononnya Dr. Che Rosli telah dibayar oleh UMNO.

Pengakuan terbuka Dr. Che Rosli semalam juga merupakan satu tamparan besar buat pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan PKR yang ada hari ini. Dr. Che Rosli dalam pengakuannya semalam berkata :
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."
Mereka konon perjuangkan kebebasan bersuara, tetapi pada hakikatnya mereka sendiri bertindak mengekang ahli parti sendiri daripada bersuara menyatakan kebenaran. Lihatlah bagaimana pimpinan PAS sendiri menghalang ahli mereka berkata sesuatu yang benar.

Adakah ini yang dikatakan perjuangkan menegakkan kebenaran?

Dr. Che Rosli merupakan saintis nuklear, jadi saya melihat tidak wajar sekiranya ilmu yang beliau pelajari tidak dikongsikan kepada rakyat. Jadi pengakuan beliau semalam adalah satu tindakan terbaik selaku seorang saintis.

Tugas saintis hasilkan sesuatu yang baik kepada rakyat, bukan memanipulasikan sesuatu kebaikkan akibat kepentingan politik sempit parti yang diperjuangkan.

Berbalik kepada isu Lynas, sebelum ini saya sendiri ada lakukan sedikit 'research' yang mana selepas itu saya hasilkan 25 Fakta Lynas. Di mana sehingga ke hari ini tiada seekor pun hero blogger pembangkang menyahut atau menyangkal fakta-fakta yang saya kemukakan.

Mungkin saudara pembaca boleh panjangkan kepada hero/heroin blogger pembangkang supaya menyangkal 25 fakta saya ini.

Selain saya sahabat blogger SemutHitam80 juga selalu menyangkal Fuziah Salleh berhubung isu Lynas ini.

Akhirnya temberang si Fuziah Salleh terbongkar dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, jelas Allah SWT sentiasa bersama dengan pihak yang benar.

Read 25 Facts About Lynas CLICK H.E.R.E



YY : Wahai Fuziah Salleh, di mana kamu hendak sorokkan 'kemaluan' kamu sekarang?

1 comment:

  1. lepas ni meroyanlah puak pas..mesti ada suara sumbang PAS yang katakan Dr Rosli ni kafir sebab taknak sorokkan kebenaran.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-