Wednesday, August 17, 2011

Eksklusif : Pembangkang akan Gunakan Pemuda Mualaf Ini Untuk Serang JPN, KDN & Kerajaan

Keratan Harian Metro 1 Mac 2010
Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh seorang pemuda mualaf yang minta bantuan saya memaparkan masalah yang dialami oleh beliau yang mana melibatkan agensi kerajaan iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pada awalnya saya keberatan untuk membawa isu pemuda mualaf ini dalam alam internet iaitu blog, namun selepas mendengar kisah hidup pemuda mualaf ini yang melalui pelbagai kesulitan dan beliau memaklumkan bahawa pihak pembangkang akan mempergunakan dia untuk memburuk-burukkan JPN dan kerajaan. Saya rasa saya perlu membantu saudara baru kita ini. Saya tidak mahu pemuda mualaf ini diheret dan dipergunakan serta dijaja atas pentas ceramah pembangkang demi kepentingan politik sempit mereka.

Saudara baru ini menceritakan kepada saya bahawa pembangkang menawarkan wang ringgit untuk beliau mengadakan satu sidang media pada 25 Ogos ini di mana dalam sidang media berkenaan pemuda ini dikehendaki menukar kenyataan dengan memburuk-burukkan JPN.

Apa masalah yang dihadapi oleh saudara baru kita ini?

Secara ringkasnya pemuda ini dilahirkan pada 31 Januari 1987, beliau merupakan anak buangan dari kecil dimana beliau dijumpai dalam tong sampah oleh seorang yang berbangsa cina yang mana insan mulia ini menamakan anak kecil itu dengan nama Leong Swee Hsin.

Namun nasib pemuda mualaf ini memang cukup menyentap emosi, selepas kematian penjaga yang menemui beliau ketika masih bayi di tong sampah, beliau diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Mentakab Pahang selepas itu pihak JKM mendaftarkan anak kecil ini di JPN pada 13 Mac 1991 ketika umurnya lebih kurang 4 tahun selepas didaftarkan oleh penjaga dari JKM, pihak JPN mengeluarkan sijil kelahiran yang tidak sah taraf memandangkan gagal mengesan ibu bapa kandung beliau.




Selepas itu dari apa yang diceritakan kepada saya beliau diambil oleh satu keluarga angkat juga berbangsa cina, yang mana keluarga ini berdaftar untuk anak angkat dengan pihak JPN dan dikeluarkan dengan sijil kelahiran yang baru yang mana nama beliau ditukar kepada Marven Tan Kwong Hsing. 

Tetapi tarafnya masih tetap sama memandangkan taraf kewarganegaraan seseorang bergantung kepada taraf kewarganegaraan yang dimiliki oleh ibu atau bapa semasa kelahiran.




Pada umur 12 tahun yang mana undang-undang JPN menetapkan  Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Lalu beliau diberikan kad pengenalan HIJAU iaitu dikategorikan sebagai Penduduk Sementara yang mana kad ini ada tarikh luput iaitu sekitar tahun 2005.

Manakala pada tahun 1997 pihak penjaga iaitu JKM telah membuat permohonan taraf kewarganegaraan untuk saudara kita ini yang mana dimaklumkan melalui rekod-rekod yang dikemukakan kepada saya ianya diluluskan sendiri oleh Kementerian Dalam Negeri pada  14 Oktober 2010.

Dek kerana kes saudara mualaf kita ini mendapat liputan media, pihak JPN segera mengeluarkan kenyataan melalui Jainisah Mohd Nor dengan menyatakan bahawa status pemuda ini sudah diluluskan namun ia tidak dapat dihubungi.

Keratan Metro pada Mac 2010.
Setelah mendapat liputan media, atas keprihatinan pihak JPN saudara kita ini diberikan kad pengenalan mykad berwarna BIRU pada tahun 2006 yang mana pada waktu itu taraf warganegara beliau belum diluluskan KDN dan mykad tersebut dikeluarkan atas nama Islam kerana saudara baru ini turut menerima hidayah dari Allah SWT pada tahun yang sama.

Perakuan memeluk Islam 24 Mac 2006
Mykad dikeluarkan selepas kes ini mendapat liputan media
Namun pada 14 Oktober 2010 pihak KDN telah meluluskan taraf kewarganegaraan saudara baru ini dan diberikan Sijil Kewarganegaraan pada 2 Mac 2010, tetapi nama yang tertera adalah nama asal beliau ketika sebelum memeluk Islam. Di sinilah bermulanya segala masalah-masalah kronik yang hampir membuatkan saudara baru ini putus asa.

Disebabkan nama Sijil Kewarganegaraan tidak sama dengan nama Islam dalam mykad yang dikeluarkan JPN, pihak JPN bertindak ingin menarik semula taraf kewarganegaraan serta mykad BIRU yang dimiliki beliau. Persoalannya kenapa diberikan mykad selepas kes beliau mendapat liputan media tetapi bertindak ingin menarik semula setelah KDN meluluskan taraf warganegara atas alasan permohonan kewarganegaraan dibuat sebelum beliau memeluk Islam?




Ditambah dengan kenyataan tidak mesra kakitangan JPN ketika saudara baru ini berurusan di kaunter sehinggakan ada yang mengeluarkan ayat "Kenapa masuk Islam jika tidak mahu sebarang kesulitan". Hal ini dituturkan oleh kakitangan JPN di kaunter ketika saudara ini menuntut Sijil Kewarganegaraa.

JPN tolonglah jaga imej jabatan kamu bersesuai dengan motto Amanah, Cekap dan Mesra.

MasyaAllah kenapa sampai begini sekali? sehinggakan tahap pegangan agama saudara baru ini dipertikaikan walhal semua kesulitan ini boleh diperbaiki.

Kerana bimbang hidupnya terumbang-ambing pemuda ini terpaksa mengatakan dirinya BUKAN ISLAM hanya kerana bimbang mykad yang dimilikinya ditarik-balik dan diberikan semula kad pengenalan HIJAU!

JPN apa kamu sudah buat ini?


Wahai JPN mujurlah saudara baru ini hatinya cekal, kerana dirinya biasa hidup dalam pelbagai kepayahan dan keperitan beliau masih kukuh imannya dengan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang memintanya menukar kenyataan kononnya beliau mendapat taraf kewarganegaraan dengan membayar jumlah tertentu sebelum diluluskan.

Tahukah kamu bahawa sidang media pada 25 Ogos ini dirancang oleh pembangkang untuk djadikan senjata baru yang mana rakyat Malaysia mungkin akan hilang kepercayaan kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyimpan data-data setiap rakyat Malaysia!

Saudara baru ini cekal kerana beliau masih menghargai keamananan dan sifat cintakan tanahair sebab itulah beliau tidak menerima pelawaan pembangkang walaupun dijanjikan dengan wang ringgit difahamkan berjumlah RM400.

Jika beginilah mutu perkhidmatan agensi-agensi kerajaan tidak mustahillah jabatan kerajaan selalu ditohmah dengan pelbagai tuduhan yang mana membuatkan rakyat membenci kerajaan. Bukan niat saya untuk menyerang JPN yang saya telah pertahankan dalam beberapa hari lepas dari isu Mismah, Mohd Rashid, Sulong Bin Jalil.

Niat saya hanyalah untuk membantu saudara baru kita ini, supaya beliau tidak kembali menukar agamanya dek kerana kecuaian, kelalaian kita sendiri yang tidak mahu membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu dirinya.

Sebelum pembangkang jadikan pemuda ini 'lembu' dan diheret ke hulu ke hilir atas pentas dan memaksa beliau membuat pengakuan palsu saya menyeru kepada pihak terbabit agar tolong bantu dan carilah jalan penyelesaian terbaik untuk saudara baru kita ini.


JPN dan KDN.... tolong bantu saudara baru ini....

Tunggu pendedahan berikutnya individu mana dalam pembangkang yang cuba mempengaruhi saudara baru ini untuk menukar kenyataan memburuk-burukkan JPN dan KDN.


Nota : **Artikel ini ditulis berdasarkan apa yang diceritakan oleh pengadu, segala kekhilafan adalah tidak dirancang, cerita asal sebenar diringkaskan untuk bacaan pembaca.  Sebagai penulis yang bertanggungjawab dalam setiap artikel yang dihasilkan saya bersedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak (kecuali pembangkang) jika diperlukan kelak.**


YY : JPN kini dan lebih cekap staffnya juga mesra ini kes berlaku sekitar tahun 2009/2010.

9 comments:

  1. Ya Allah...apa nak jd dgn jabatan kerajaan ni?....kalau benar sepertimana yg dinyatakan pihak Double-Y, mmg malang teramatlah malang nasib mualaf tu.

    hanya kerana masalah berkenaan je semudah itu nak tarik balik kerakyatan yg telah diberi?...kerana masuk Islam?..Astagfirullah...apa nak jd ni?

    JPN sanggup saudara baru ni mengaku bukan Islam SECARA TERPAKSA kalau nak dpt MyKad?...apa kejadahnya Birokrasi melampau ni...dia bukan buat pembedahan plastik atau tukar jantina...cuma masuk Islam.

    kalau nak ikut prosedurpun agak2 la...x kan x boleh consider langsung nak selesaikan masalah.

    apa nak jd ni........

    ReplyDelete
  2. Itulah yg membelenggu masalah saudara kita ni kalau saudara Otak Geliga nak tau.

    Hidup dia mmg sedih, sy sendiri pada awalnya taknak tolong, tp memikirkan melibatkan isu akidah. sy terpaksa bantu menyatakan kebenaran yg JPN tak profesional.

    ReplyDelete
  3. Ini yang dikatakan NILA SETITIK

    Harap YY bongkar segera siapa pembangkang yang ingin ambil kesempatan tersebut bagi memudahkan kita mengenal penipu dimalaysia ni ...

    ReplyDelete
  4. WhiteOrange ada dlm tangan saya individu berkenaan yang berjawatan dlm PAS di Bhg. Putrajaya. :)

    ReplyDelete
  5. kt mana2 jab. kerajaan memang berlaku pegawai2 berlagak bos. dgn pelanggan seolah2 pelanggan dtg mintak sedekah. hatta jika kita dtg nk melunaskan bayaranpun, seolah2 kita dtg nk mintak duit! seminit masa dorang amat berharga. contohnya tepat 4.30 mereka dh tak terima pelanggan utk berurusan sedangkan pelanggan punyalah jauh utk dtg. anda boleh test di jab. pendaftaran, imegresen, pej. tanah, pej. daerah dahulu. samseng taik kucing. tp bukan semua. ada jugak yg berhemah. tp yg 'kuang ajaq' tulah yg memalitkan 'taik' kpd agensi2 kerajaan. merujuk kes saudara baru di atas, jika benar & dpt 'trace' pegawai yg kuang ajaq tu, dicadangkan jawatannya 'disita' berserta dgn gajinya sekali. mcm sial je...

    ReplyDelete
  6. Setuju kata saudara usin, saya sendiri pernah kena macam tu. Tapi sekarang ini alhamdullilah kaunter JPN semuanya mesra... dulu birokrasi lebih...

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya cari pagawai JPN yg kurang akal tu. Satu punca kenapa rakyat benci Kerajaan ialah kerana pegawai2 yg bengong ni lah. Yg kita tahu ramai kakitangan kerajaan yg tidak menyokong kerajaan dan mereka inilah yg banyak menimbulkan masalah dan kebencian rakyat kepada kerajaa.

    ReplyDelete
  8. Kah3.. Post ini menunjukkan ko bukan lah islam...
    jahil juga rupanya..

    ReplyDelete
  9. - pegawai mana yang cakap macam tu memang perlu diambik tindakkan. kalau dah tak mahu buat kerja jangan dok minta kerja tu la... itu kan ker pegawai pendaftaran.. apa punya manusia asyik nak buat kerja yang senang ja
    - razak

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-