Tuesday, August 2, 2011

Aspan Alias Jangan Pandai Kritik Sahaja - Bagilah Formula Sekali!


Saya sudah banyak kali memerhati tulisan Aspan Alias yang dilihat begitu lantang mengkritik kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam tulisan beliau boleh dikatakan hampir setiap hari tulisan beliau akan menghentam kerajaan pimpinan Najib Tun Razak.

Saya ingatkan hanya saya yang perasan dengan tindak tanduk dan tulisan Aspan Alias ini, rupanya ramai pihak bloggers sudah lama memerhatikan gelagat Aspan Alias setiap kali beliau menaikkan posting terbaru di lama blognya.

Semalam dengar cerita Aspan Alias berada di pentas DAP bersama dengan Anthony Loke. Kita ikuti tulisan rakan Cili Api Bloggers

Setakat mengetuk Key Board dan menulis  bahawa rakyat benci Rasuah , salah kuasa dan juga memainkan sentimen rasis dan juga menulis bahawa Najib kini membiak kan  kroni bagi membantu beliau  untuk pilihan raya kelak. Siapa yang tak boleh tulis begitu.

Siapa yang tidak tahu apa yang Aspan cuba tonjolkan dan cuba menonjolkan diri hebat dalam pentadbiran dan politik, Saya juga boleh tulis  jika setakat mahu menyalahkan orang lain. Mana bloggers yang tidak tahu menyalahkan orang lain. semua bloggers boleh menyalahkan pemimpin pemimpin khususnya jika pemimpin itu popular.


Aspan Alias  selama ini ingat apa, kerajaan tidak mahu menghalang apa yang beliau tulis , Rasuah salah kuasa dll. Kerajaan juga  berikhtiar dan cuba menghapuskan gejala yang disebutkan oleh Aspan itu.Kenapa Aspan tidak menulis formula untuk menangani isu isu yang disebutnya itu yang boleh memastikan  sifar rasuah , Sifar salah kuasa sifar permainan rasis. Hebat jika formula Aspan dapat diterima pakai oleh kerajaan dan kerajaan Malaysia akan menjadi sifar rasuah dll kerana tidak ada satu  kerajaan di dunia ini yang sifar rasuah sebelum ini. Mungkin Aspan akan berjaya melakukannya.


Aspan terlalu kuat mendesak sekarang dan banyak sangat rahsia yang cuba dikorek dan terlalu banyak isu yang dimainkan untuk menarik perhatian pemimpin tertentu bahawa Aspan Alias hebat dan Aspan Alias b oleh jatuhkan pemimpin ternama. Tak cukup di blog Aspan sanggup naik ke pentas makan malam DAPig yang menghidangkan kerbau pendek bersama  Anthony Loke  di Tampin baru baru ini. Bukan apa harikan nak raya, mana lah tahu kot kot ada yang takut dan dapat durian runtuh.


Aspan Alias  , biasanya orang kalau takut kerana salah tapi kalau orang itu betul mereka tidak akan takut. Penulis juga mahu berpesan lah kepada kawan kawan , tak payah lah buat kerja kerja macam itu, bila tak dapat apa yang dimahukan , mula lah memburukkan pemimpin berkenaan. tak kemana kesudahan nya.Cuba Najib jadikan Aspan kroni, korang rasa Aspan nak ke  tulis buruk pasal Najib.

Selain itu Blog politik negeri sembilan juga menyatakan kekesalan dengan sikap Aspan Alias yang hanya pandai mengkritik tetapi dalam masa yang sama langsung tidak memberi formula untuk menyelesaikan masalah yang kononnya membelenggu kerajaan pimpinan Najib Tun Razak. 

Dari blog Politik Negeri Sembilan :

Siapa sebenarnya Aspan Alias yang kini begitu lancang sekali menghentam Menteri Besar Negeri Sembilan dengan tulisan yang mencari kesilapan Menteri Besar dan yang tidak silap akan diubah sebagai satu kesilapan besar kerana sakit hati dan mengharapkan  Menteri Besar Negeri Sembilan akan  memberikan respons  dan mungkin selepas itu ada  tawar menawar akan berlaku untuk menutup mulut Aspan. Malangnya ini tidak akan mungkin terjadi dan jika itu yang Aspan harap teruskan lah menyalak sampai ke subuh sekali.

Read More Click H.E.R.E


YY : Brader Aspan ini ada hajat yang tidak kesampaian kan....hehehe

4 comments:

  1. Dia ni ada masalah dgn kerajaan... kerajaan tak ikut kehendak dia rasanya...

    ReplyDelete
  2. amat memalukan pabila sorg veteran Umno ni ada di pentas Pbankang(DAP)...apa sudah jadi ni.???

    ReplyDelete
  3. Ini kenyataannya :
    orang PAS banyak yang bengap tapi susah untuk dibeli serta lebih setia pada perjuangan parti. Nak beli ahli PAS cuma dgn satu cara iaitu beli kesemua sekali seperti yang DAP buat sekarang ni, dengan Presiden, Mursyidol, naib presiden, setiausaha, pesuruhjaya etc dah dibeli oleh DAP.
    Orang UMNO banyak yang bijak, tapi jika tidak ada masyuk, maka akan mudah lompat dan dibeli. Tapi ahli yang macam ni tak ramai, yang ramai adalah yang masih setia dan sayangkan bangsanya.
    Orang PKR adalah terdiri dari manusia yang gelojoh, terdesak dan frust. Rata-2 mereka bersifat prejudis dan tak boleh tengok melayu lain senang. Pendek kata mereka adalah kalangan melayu jahat dan terbuang.

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan kenyataan nonbal...

    Sangat2 tepat apa yang diperkatakan saudara.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-