Sejak kebelakangan ini banyak cerita yang tidak enak mengenai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan, cerita-cerita tidak enak ini diluahkan sendiri oleh kakitangan kerajaan terutama mereka yang berpangkat tinggi dan yang menetap di sekitar Putrajaya.
Semalam Out Syed The Box atau nama betulnya Syed Akbar Ali meletakkan satu artikel mengenai KSN ini, beliau memaklumkan bahawa beliau menerima sms daripada seseorang yang mendakwa dirinya daripada Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Berikut sms yang dihantar kepada Out Syed The Box :
"Tolong support usaha ni bro, tolong cari angle yang ada lagi, thank you. Pemuda UMNO Putrajaya sebulat suara minta Perdana Menteri jangan sambung kontrak KSN.
1. Tidak prihatin terhadap rakyat dalam isu parkir berbayar Putrajaya dan isu saman ekor
2. Tidak perform sepanjang RMK9, perlaksanaan slow sehingga rakyat tidak rasa benefitnya dan jejas pertumbuhan ekonomi
3. Ramai penjawat awam pun marah kepada Kerajaan sebab masih sambung kontrak dia
4. Salah satu punca kakitangan Kerajaan marah dalam tahun 2008, sikap dan kenyataan dia pasal bonus"
Banyak pihak merungut, tindakan KSN akan membuatkan kakitangan kerajaan membenci BN dan menjauhi untuk mengundi BN dalam pilihanraya yang akan datang. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang merungut bahawa mereka dinafikan peluang untuk berkhidmat di peringkat yang lebih tinggi.
Buat masa ini saya masih berkira-kira sama ada ingin menulis perihal Tan Sri Sidek Hassan atau tidak, jadi buat masa ini lebih baik sekiranya saudara pembaca mengikuti apa yang ditulis oleh dua orang blogger otai iaitu Another Brick In The Wall dan Out Syed The Box untuk mengetahui apa sebenarnya masalah yang membelenggu pengawai-pengawai kerajaan sepanjang berada di bawah Tan Sri Sidek Hassan.
Klik Sini untuk artikel dari Out Syed The Box
Di bawah ini pula adalah petikan dari Another Brick In The Wall :
"For the past many years, particularly during the tenure of Tun Abdullah Badawi, it has become a practise to extend top civil servant's retirement.
What started as only for special cases during Tun Dr Mahathir's premiership, it has become almost a norm and abused by the pandai bodek ones to remain in the aspired position of power.
In Government service, where seniority matters more than merit, capable Government officers are denied opportunity to serve at the highest level. This practise of giving extension contracts has a demoralising effect on other Government servants on standby awaiting promotion.
It may have contributed to the lower quality pool of officers serving the Government due to pre-retirement resignations.
When our new Prime Minister, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak extended the contract of Tan Sri Sidek Hassan last year as Chief Secretary to the Government for a year to June 23rd, 2010, it created quite hue and cry.
But it didn't attract much attention. However, the recent extension again announcement has caused restlessness in Putrajaya.
Last year, there was accusation cooked up by opposition that Sidek was extended because he hailed from Kg Cherok Paloh, Pekan. No one bought the crony story.
It did not attract serious support since it is the PM's prerogative to choose his team member. It is believed that Najib needed time to choose his team, be at Cabinet and Government level.
However to-date, after more than a year, Najib seemed apprehensive about undertaking a major cabinet reshuffling to discard the non performers and those of questionable integrity.
It is more discouraging and demoralising to many quarters in Putrajaya now that Najib had announced another extension for Sidek by another year till June 23rd, 2011 in May 2010."
Read More Click Here...Malam ini ada seorang pengawai kerajaan ingin bertemu saya, katanya hendak memberi sedikit maklumat mengenai KSN dari perihal keegoaannya sepanjang menjadi KSN, cerita pengawai kerajaan yang tidak mahu menguruskan status PR menantu KSN yang dikatakan telah ditukar ke bahagian lain oleh Tan Sri Sidek Hassan dan banyak lagi.
Sama ada betul atau tidak saya kena periksa dan selidik terlebih dahulu.
Selepas saya buat sedikit penyelidikan yang ingin didedahkan oleh pengawai kerajaan ini, barulah saya tulis apa cerita sebenar mengenai Tan Sri Sidek Hassan. Rasanya tidak salah kita menyatakan kebenaran lagi-lagi jika seseorang itu boleh dianggap liabiliti kerajaan.
YY : Tan Sri... dengar-dengar cerita anak dapat 5A pun dapat biasiswa penuh... tapi anak pengawai kerajaan yang lain dapat 10A belum tentu dapat biasiswa... betul ke?
Benar Tan Sri Sidek Hassan merupakan salah satu sbb kenapa pengawai kerajaan jauh hati dgn BN.!!!
ReplyDeleteAset peninggalan Pak Lah, aneh PM lanjutkan kontrak dia. Ramai pengawai tinggi kerajaan 'bengkak' dgn Sidek ni jgn sampai org kerajaan jauh hati mcm you tulis sudah la.
ReplyDeleteSepatutnya tak dilanjutkan kontrak si KSN ni.
ReplyDeleteSebagai rakyat atau masyarakat umum, tidak nampak pembangunan yang ketara dalam pentadbiran KSN ini, hanya mementingkan ANUgerah dan pengIKTIRAFAN sahaja. Tetapi hasil atau outcome kepada rakyat langsung tidak dirasa. Terdapat juga rakan-rakan dalam kerajaan yang merunggut dengan KSN ini yang tidak memperjuangkan hak kakitangan kerajaan, hanya memilih bulu (PTD sahaja). Janji dapat sambung kontrak.
ReplyDeleteDiharap supaya DS Najib melihat perkara ini secara kolektif. Cuba cari KSN yang bukan daripada dari golongan PTD. Bukan hanya PTD sahaj yang mahir dari segi pengurusan mahupun pentadbiran. Banyak lagi skim yang lebih baik pencapaiannya.
cukup cukuplah ksn,,,berhenti jelah,,yang ana tk best nyer ramai kawan kawan kerajaan yg dulu dikatakan sbg pengundi tegar kerajaan dah mula nk tukar undi pulak gara gara karenah ksn ni...satu family tk setuju dah brapa undi lari....agaknya ramai ke yg tk setuju dgn ksn terutamanya di putrajaya ni...alamak dah lah PM kata nk kena pertahankan putrajaya...masak2...
ReplyDeleteSy Sokong Tukar KSN Lain.... !!!
ReplyDelete"Sendiri Didahulukan Kakitangan Awam Dipinggirkan"