Saya tertarik membaca laporan Utusan Malaysia semalam, dalam laporan mengenai sambutan PATI terhadap program 6P ada bahagian yang begitu menarik perhatian yang mana kenyataan tersebut bagi saya membuktikan bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang seringkali dilabel sebagai 'menteri amaran' tidak berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka terlibat dalam hal-hal yang boleh mengancam keselamatan negara.
Memetik laporan Utusan Malaysia :
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin mengesahkan penahanan tiga lelaki militan Sikh di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .
Katanya, susulan daripada penahanan yang dibuat pada 4 Ogos lalu, ahli kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) itu telah diusir dan diserahkan kepada pihak berkuasa India kelmarin.
"Ketiga-tiga suspek berkenaan didapati memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan berkenaan selain membekalkan pasport palsu dan bahan letupan," ujarnya.
Beliau berkata, berikutan penahanan militan-militan terbabit, pengganas lain yang masih berada di negara tidak boleh berasa selamat kerana tindakan terhadap mereka juga akan dibuat.
Ramai pihak mendesak supaya Ambiga iaitu penganjur demontrasi haram Bersih 2.0 ditahan di bawah ISA, begitu juga ada pihak meminta supaya Shamsul Iskandar Mohd Akin turut ditahan di bawah ISA kerana kononnya mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan.Katanya, pihak berkuasa tidak pernah teragak-agak untuk mengambil tindakan, sebaliknya akan terus berperang dengan mereka.
Pada pandangan saya, jika Ambiga dan kuncu-kuncu mereka ditahan di bawah ISA, adalah tidak adil jika KDN tidak mengheret sekali pemuda-pemuda Patriot yang turut berdemo yang mana nama-nama mereka disenaraikan dalam 91 orang yang dilarang berada dalam Kuala Lumpur pada 9 Julai yang lalu.
Diantara 91 nama tersebut, turut tersenarai adalah pihak pemuda Patriot dan beberapa pemimpin NGO yang lain, yang mana mereka juga turut melakukan kesalahan sebagaimana dilakukan oleh Ambiga dan kuncu-kuncunya. Jadi jika ISA hendak dikenakan ke atas Ambiga, maka ISA jugalah yang patut dikenakan kepada pemuda-pemuda Patriot yang terlibat tempoh hari. Ini demi membuktikan KDN dan kerajaan tidak memilih bulu dalam mengenakan ISA ke atas mana-mana individu.
Jika hanya Ambiga yang dikenakan ISA tetapi tidak pemuda Patriot - KDN akan dilihat sebagai berat sebelah dan ini akan memberikan peluang yang lebih kepada pembangkang untuk membelasah kerajaan.
Berhubung dengan kenyataan Iskandar Mohd Akin pula, saya difahamkan ada pihak meminta Dato Seri Hishamuddin mengenakan ISA ke atasnya. Namun mereka tidak dapat memberikan rakaman penuh kenyataan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ceramah yang dimuat-naik di laman youtube.
Jadi bagaimana proses siasatan hendak dijalankan tanpa rakaman penuh?
Desakan kita hanyalah bersandarkan kepada rakaman youtube yang mana kita juga gagal mengesan individu yang merakam dan memuat-naik rakaman tersebut?
Kita yang mendesak gagal membantu menyediakan butiran yang diperlukan, dalam masa yang sama kita juga yang menghentam pemimpin kerajaan kerana didakwa gagal menjalankan tugas mereka. Ini merupakan satu tindakan yang sangat-sangat tidak kena pada tempatnya.
Jadi eloknya sekiranya kita fokus menghentam pembangkang daripada menghentam tindakan-tindakan yang dibuat oleh kerajaan.
Matlamat kita sama ialah memenangkan BN dalam PRU13 yang sudah semakin hampir.
**artikel ini berdasarkan pendapat peribadi saya dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
YY : Fokus PRU13...
KDN masih lembik, banyak hal yang sepatutnya diambil tindakan tegas oleh KDN tapi gagal dilaksanakan.
ReplyDeleteapa cerita budak AMK yang rempuh PM dan TPM di KL CENTRAL???
lepas macam tu je tampa sebarang tindakan? fuh......