Saturday, July 9, 2011
Trak PDRM Membanjiri Ibu Kota!
Saya masih berada di sekitar ibukota untuk mengikuti perjalanan sistem keselamatan yang dibuat oleh pihak PDRM. Sekitar Jalan Raja Laut ada 1 sekatan jalanraya dibuat oleh polis trafik dengan kerjasama pihak DBKL.
Manakala di Bangsar pula kelihatan berpuluh trak polis yang diletakkan di persekitaran Universiti Malaya. Saya difahamkan pasukan polis ini telah pun diletakkan dalam keadaan bersiap-sedia lebih kurang 3 hari yang lalu.
Secara peribadi saya berpendapat, tindakan BerSHIT 2.0 pada kali ini kemungkinan besar tidak dapat menarik jumlah peserta yang ramai sebagaimana tahun 2007. Ini kerana dari maklumat yang saya dapat jumlah sekatan jalanraya diadakan di segenap ceruk jalan yang dihubungkan dengan ibukota.
Rakan dari Kelantan memaklumkan sebentar tadi, sebanyak 16 sekatan jalanraya diadakan dari Kelantan ke Kuala Lumpur oleh pasukan PDRM dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain. Mengikut apa yang dimaklumkan kepada saya, tujuan sekatan ini diadakan adalah untuk melengahkan masa perjalanan sesebuah kenderaan jika disyaki membawa individu yang mencurigakan.
Dengan cara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah 'crowd' yang akan menyertai perhimpunan haram esok. Ada juga berita mengatakan terdapat sejumlah pengikut BerSHIT telah pun 'kantoi' sebentar tadi di sekitar KL.
Selain itu pihak tentera juga dilaporkan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini yang mana khidmat pasukan ini akan digunakan jika keadaan diluar kawalan.
Nasihat saya sebelum melelapkan mata kepada seluruh rakyat Malaysia, elakkan diri menyertai perhimpunan haram BerSHIT esok. Usahlah menyusahkan badan menyokong sebuah pertubuhan yang terang dan jelas mempunyai agenda tersembunyi.
Duduk rumah tonton astro first bersama keluarga lebih bagus..
YY : Akan bersiaran langsung dari lapangan untuk memberikan laporan kepada pembaca yang budiman.. Semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T
tak tido malam la deme yer...
ReplyDeleteBro Hafiz,
ReplyDeletePerjuangan bro... ini je yg dapat kami buat utk anak cucu esok2.. :)
teruskan perjuangan saudara..demi keamanan negara dan agama kita...
ReplyDeletemat upay@awi,
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan saudara bro..
Terima kasih atas info. teruskan dengan perkembangan terkini. kami yang berada jauh KL sentiasa mengikuti perkembangan.
ReplyDeletethanks double y!good job!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteaku kat kuwait ni pun x leh nk tido 1 minggu dah- apa la nk jadi dgn negara aku ni... mai la ddk kat negara orang baru la korang tau nikmatnye jd rakyat malaysia- no one can beat malaysian-even USA or UK,
admin-keep update- i follow
Kita pakat doa agar BERSIH ni gagal dibuat dan tak dapat sambutan masyarakat..
ReplyDeletePolis dah usaha, yang penting Malaysia ni kekal aman daripada anasir subversif.. AMIN
Brahim Nyior,
ReplyDeleteMudah-mudahan Malaysia terus aman.. InsyaAllah.. tanggungjawab kita untuk kekalkan keamanan ni.. :)