Pak Samad ketika perhimpunan bantahan PPSMI |
Pak Janggut ini diiktiraf oleh pemerintah (kerajaan BN) sebagai pejuang sastera pada tahun 1976 dan selepas itu beliau dilantik oleh Perdana Menteri (orang UMNO) pada tahun 1979 sebagai Sasterawan Negara (SN). Dalam perjuangan beliau sebagai pejuang sastera Pak Samad dilihat cukup berjaya sehingga membawanya dianugerahkan sebagai Anugerah Sastera Negara pada tahun 1985.
Namun sejak kebelakangan ini Pak Samad dilihat menyatakan sokongan terbuka kepada perhimpunan haram BerSHIT 2.0 malah beliau turut menghasilkan sebuah puisi yang dikatakan mempunyai unsur hasutan. Disebabkan 'kesesatan' Pak Samad seorang pelajar sebuah universiti telah mengirimkan satu emel kepada rakan blogger Pendita Kain Singkat untuk disiarkan.
Apa komen mahasiswa ini terhadap Pak Samad? Di sini saya paparkan emel yang dikirimkan oleh pelajar tersebut :
“Setelah membaca ucapan Pak Samad yang disiarkan dalam blog, saya rasa terpanggil untuk menulis sebagai menyatakan fikiran dan perasaan saya. Saya hanyalah anak muda biasa yang kini sedang meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama di universiti tempatan.
Saya tidak dapat menahan tekanan perasaan kecewa sebaik tamat membaca puisi dan ucapan Pak Samad. Saya tidak menyangka sama sekali bahawa seorang yang begitu berpengalaman dalam bidang penulisan, khususnya dalam genre puisi dan karya kreatif, telah gagal memberi tafsiran yang berasaskan kebenaran dan realiti.
Ucapan Pak Samad mengingatkan saya dengan novel 'shit' yang juga hasil karya seorang yang berpengalaman dan berkarya dalam zaman pemerintahan negara yang telah memberinya ruang dan penghargaan seluas-luasnya.
Pada saya kedua-dua penulis ini sangat rajin tetapi telah telah tersesat dalam dunia khayalan sehingga akhirnya perahu mereka ditarik oleh pihak tertentu dan dipengaruhi supaya terlibat sama menuju ke destinasi tertentu.
Kami anak-anak generasi muda Malaysia juga tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kami juga ingin menghantar pesanan yang sangat waras dan realistik. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan untuk menjamin masa depan kami yang masih panjang. Kami ingin anugerah Allah ini diteruskan.
Kami hairan, kenapa ada pihak yang suka merosakkan situasi? Kenapa mereka terus berminat untuk terus memperkuda kebebasan demokrasi? Perlukah segelintir manusia yang rakus kuasa ini kita biarkan bermaharajalela?
Sekian lama kita hidup bahagia dengan aliran demokrasi yang semakin ditambahnilai ini. Telah lama kita bersama-sama menikmati keindahan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni yang selama ini kita perjuangkan bersama.
Kami amat sedar bahawa inilah demokrasi yang amat berjasa yang telah membentangkan jalan yang luas dan mudah yang telah kita lalui selama ini generasi demi generasi. Maka itu, kita patut menjadi lebih berazam bersama dengan majoriti rakyat arus perdana. Kita patut menjadi lebih garang menghempit dan mengekang penghasut-penghasut yang bertindak semakin durjana.
Kita sedang berlawan dengan keangkuhan dan kedegilan pejal para penghasut yang bersembunyi disebalik tabir demokrasi. Saban hari mereka menggambarkan diri mereka sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, mereka adalah kelompok gerombolan yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat. Sangat buruk hajat dan cita-cita mereka.
Kami anak-anak generasi muda yang sedari mula bernafas dengan takdir demokrasi ini akan terus mempertahankan jalan dan jentera demokrasi agar lebih mantap, disegani, sesuai dengan generasi kami yang bukan dilahirkan di tepi-tepi jalan. Kami adalah anak-anak muda yang membesar dalam keluarga yang bermaruah di tanahair yang merdeka dan berdaulat.
Kami tidak inginkan penghasut-penghasut tegar yang semakin hari semakin berani mengotorkan demokrasi dengan fahaman yang kasar dan perlakuan yang sombong. Mereka berkelakuan luar biasa dan bukan budaya negara dan generasi kami.
Kami bersyukur kepada Allah yang menjadikan kami anak-anak di bumi Malaysia dan kami berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin yang sentiasa berusaha menjadikan negara dan rakyat negara kami menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
Kami tidak rela membiarkan negara dan keharmonian yang di nikmati selama ini dinodai oleh tangan-tangan penghasut yang sedang mencipta penderitaan dengan gerak hati yang kasar dan angkuh. Kami akan terus mengagumi kerja-kerja manusiawi hasil dari tangan yang insani dan pemikiran yang waras selama ini. Kami dibimbing dengan ikhlas seperti menatang minyak yang penuh sehingga kami mengerti siapakah pembela dan siapakah penghasut.
Kami generasi muda tidak memerlukan dan tidak mengizinkan sama sekali suara-suara angkuh dalam era yang demokrasi yang amat mesra ini. Kami akan terus bersama dengan tangan-tangan kuasa yang begitu berhemah, seringkali memimpin dan berjaya mendamaikan hidup kami yang berbilang bangsa dan agama. Kami akan tetap mempertahankan iklim demokrasi yang harum yang selama ini kami hidu bersama.
Realitinya kita sememangnya hidup dalam dunia yang indah.
Tetapi para penghasut mengkhayalkan kuasa di dunia dan sanggup mentafsir keindahan yang kita kecapai selama inhi sebagai api-api neraka yang sedang membakar kita. Mereka mentafsir dalam khayalan.
Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”
Kita telah lama menyalakan unggun api itu semenjak menikmati kemerdekaan lagi.
Kami anak-anak generasi muda akan meniupkan bara api kejayaan.
Di tangan kanan kami adalah cita-cita besar sebagai anak bangsa di bumi bertuah
dan di tangan kiri kami adalah api perjuangan dengan jiwa besar meneruskan apa yang sudah diwariskan kepada kami.
Double Y : Makin tua makin bangang!
puisi samad bershit setaraf novel shit yg popular satu ketika dahulu....
ReplyDeleteanwar ckp kat pak said klu dia jadi PM ,pak said akan dia lantik jadi menteri..menteri puisi
ReplyDeleteBERSIH KAN LANCAU HADI DAN NIK NAJIS BARU AJAK RAMAI-RAMAI KELUAR PERHIMPUNAN BERSIH. OK
ReplyDeleteShit & Bershit.... kedua duanya ada kaitan dgn jubor. Ingat aljubury ingat pandikutty....
ReplyDeletebetul dah tu puisi dia, apa yg silap............
ReplyDeletetak kan la kau setahun jagong dah boleh nilai org sebegitu....siapa yg silap tafsir.......
xkira sapa slah sape betol..korang yg dok komen ni pon ak rsa ptot muhasabah dri,,,sedapnya kate org,,,dlu bukan main puji sanjung ,,sasterawan la ap la,,,skrg bila dia nak tunjuk pendirian dia bukn main kutuk,,ftnah,,,semua xkena,,semua salah,,mcm la kita ni betol semua,,klau betol pon dia slah tunjuk la cra baik cikit,,memalukan betol,,,(pesan utk dri sniri gak)
ReplyDeleteApakah salah seorang kanak-kanak berkata bahawa tahi itu najis kepada seorang tua yang bermain dengan tahi?.
ReplyDelete