Terima kasih Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di atas keprihatinan demo membuktikan bahawa kerajaan PAS Kelantan sebuah kerajaan berkebajikan.
Sebelum ini seorang blogger pernah menulis mengenai caj parking di sekitar Kota Bharu didapati lebih mahal daripada yang dikenakan oleh PBT-PBT yang lain. Hal ini diakui sendiri oleh Datuk Takiyuddin Hasan kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri pada 23 Januari yang lalu.
Itu cerita mengenai tariff parking di sekitar kawasan Kota Bharu, namun baru-baru ini kerajaan PAS Kelantan dikatakan membuat keputusan untuk mengenakan bayaran parking di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Hak mengutip caj parking ini diberikan kepada Metro Parking dan kini urusan pembinaan sedang giat dijalankan.
Saya fikirkan isu ini sudah reda namun hari ini rakan dari Kelantan memaparkan beberapa keping gambar untuk menyokong dakwaannya bahawa kerja-kerja pembinaan masih dijalankan walaupun Dato Takiyuddin dikatakan membuat u-turn dengan mendakwa keputusan mengenakan caj parking di Stadium Sultan Muhammad ke-IV masih dalam kajian.
Gambar-gambar di atas menunjukkan pondok parking berbayar mula dibina di setiap penjuru masuk ke stadium |
Untuk makluman parking stadium Sultan Muhammad ke-IV sebelum ini adalah percuma sejak dari zaman pembinaannya oleh kerajaan Barisan Nasional.
Malah sejak 21 tahun yang lalu sumbangan PAS dalam kemajuan sukan atau pun menaik-taraf kemudahan sukan di Kelantan terlalu sedikit.
Sebelum pasukan Red Warriors melonjak naik di persada bola sepak Malaysia boleh dikatakan PAS Kelantan tidak langsung memberi peruntukkan kecuali PAS memberikan pengecualian cukai kutipan jualan tiket di stadium berkenaan.
PAS Kelantan cukup bijak kerana mengenakan caj parking di waktu ini memandangkan pasukan Red Warriors cukup diminati ketika ini, malah setiap kali perlawanan melibatkan Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad ke-IV boleh dikatakan kedatangan penyokong hampir memenuhi stadium.
Baca juga apa komen saing ambo di SINI
YY : Stadium zaman BN yang bina.. Red Warriors melonjak pun hasil tangan orang UMNO... Orang PAS biasalah 'menakuk di kepala takuk'
Terdapat dua cara yang dirasakan mungkin sesuai untuk tidak balas
ReplyDelete1. Pakat ramai-ramai naik bas sewa khas atau pengangkutan awam yang lain dan jgn gunakan kenderaan persendirian. Mampukah Metro Parking meneruskan operasi yang kebanyakan pendapatannya masuk apabila stadium digunakan?
2. Boikot sebarang aktiviti di stadium yang boleh menjejaskan jualan tiket stadium serentak dengan tiket parking.
Amacam?
Bernas cadangan saudara di atas..
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeletejom ke blog buaya dan jadi follower sekali k