Semakin hari semakin jelas dapat kita lihat bahawa PAS kini tidak ubah seperti 'keldai tunggangan' DAP untuk meraih sokongan masyarakat Islam di negara ini. Mungkin dalam bahasa kasarnya kita boleh gambarkan bahawa PAS boleh digelar 'barua politik'.
Mungkin perkataan ini agak kasar, namun inilah hakikat yang PAS perlu terima sejak mereka menjalin kerjasama dengan DAP yang dikatakan bertindak sebagai 'abang besar' dalam Pakatan Rakyat.
Walaupun TG Nik Aziz berkali-kali menafikan bahawa mereka 'ditunggang' oleh DAP situasi serta keadaan semasa dalam Pakatan mereka jelas memperlihatkan sebaliknya. Isu penutupan kelab hiburan di Kedah yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah Ostat Azizan sekali lagi ditempelak oleh 'abang besar' mereka.
Gambar penyeri majlis semata-mata |
Saya juga yakin bahawa majoriti masyarakat Islam baik dari UMNO sekalipun sokong tindakan penutupan ini demi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang memperjuangkan agenda Islam.
Namun bagaikan sudah dijangka setiap tindakan yang tidak menguntungkan kaum bukan Islam sudah tentu mendapat tentangan dari 'abang besar' mereka iaitu DAP. Malah Karpal Singh tanpa banyak soal terus menggunakan media untuk memberi kata dua kepada 'keldai' mereka berhubung isu tersebut.
"kami yang menurut perintah Tuan Karpal" |
Kita ambil dua contoh untuk menjelaskan bahawa PAS takut dan 'sujud' kepada 'abang besar' DAP demi meraih undi untuk memenangi hati pengundi bukan Islam dalam PRU akan datang.
- Prinsip negara Islam yang diperjuangkan PAS lebih 30 tahun digadai demi menjalinkan kerjasama dengan DAP. Malah TG Nik Aziz dikatakan menyemak semula Surah Al-Baqarah dan selepas itu mereka dapati Hukum Hudud dan Negara Islam boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara Berkebajikan. - Gadai prinsip perjuangkan selama 30 tahun demi bukan Islam dan DAP!
- Pada bulan Januari lalu, Hasan Ali mencetuskan kontoversi mengenai rampasan arak dan larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak di Selangor. Bagaimanapun Ronnie Liu menggunakan kuasa beliau untuk mengarahkan PBT menarik balik arahan itu. Walaupun membantah Ronnie Liu pada awalnya, namun setelah digertak akhirnya PAS akur dengan arahan 'abang besar' mereka.
YY : Cakap dengan kawe Nabi-Nabi dahulu ada tak yang gadaikan prinsip perjuangan demi meningkatkan jumlah pengikut?
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-