Wednesday, July 6, 2011

KFC Haram Jadah Siapa Yang Berniat Jahat!


Baru-baru ini kecoh dalam dunia internet mengenai video yang memaparkan aksi 'haram jadah' pekerja KFC mencalit ayam yang siap diadun dengan ramuan ke tapak kasut.

Berikutan dengan kontroversi berkenaan, pihak KFC Holdings yang mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa individu yang memuat-naik video berkenaan ke laman youtube mempunyai niat jahat. Apa yang boleh saya katakan kenyataan media KFC itu merupakan satu kenyataan yang melepaskan batuk di tangga.

Berikut kenyataan media pihak KFC untuk menjawab isu 'KFC Calit Tapak Kasut' :


Kenyataan Rasmi dari KFC
by Kfc Malaysia on Monday
July 4, 2011 at 7:00pm

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

Benarkah dapur setiap restoran KFC dipasang dengan kamera litar tertutup?

Siapa yang memantau setiap kamera-kamera litar tertutup ini?

Jika benar setiap restoran KFC dipasang dengan kamera litar tertutup mengapa masih ada pekerja KFC yang jenis BANGSAT masih berani dengan sengaja mengotorkan makanan para pelanggan? Bagaimana dengan video terbaru yang memaparkan budak Melayu BANGSAT memerah air kotoran ke dalam aduan ayam KFC yang ini.

Klink link di bawah :

KFC di Adun Dengan Air Kain Buruk 

Saya tidak berniat jahat dengan sebuah syarikat tapi bila meniliti komen daripada pautan yang saya sertakan di atas, ianya menjadi satu isu perkauman. Hei bangsat pengurusan KFC, tiada satu sebab pun blogger mahu pun individu menyebarkan video sebelum ini berniat jahat lagi-lagi dengan syarikat yang dinaungi oleh orang Melayu!

Adakah perlu seseorang terjah ke setiap restoran KFC untuk melihat sendiri jumlah kamera litar yang dipasang di dapur restoran KFC?

Komen anda..?

4 comments:

  1. En YY bukan sgt suka makan KFC ke?so ape cer?



    >.<!!
    Tecer Nda...

    ReplyDelete
  2. budak2 ni memang setan nirrojim lah.bangsat nye perangai.

    ReplyDelete
  3. rasa aku pekerja tu lap minyak yg disekeliling dapur dan masukan dalam periuk..yang memang nak dibasuh..setelah habis bisnes...lepas itu minyak tsb. dibuang..dalam video tak ada aktiviti goreng semula...macam jiga dirumah kita..kalu basuh pingan ada lebihan kita kumpul dalam periuk utk dibuang...Rasnya tak ada salah...

    ReplyDelete
  4. Jo,

    Kau tgk video tu bukak speaker ke tidak..?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-