Thursday, July 21, 2011

Inkues TBH : Mari Baca Kebebalan Lim Kit Siang Dalam Kes Teoh Beng Hock


Saya sudah menjangkakan bahawa keputusan yang diumumkan Suruhanjaya di Raja yang menyiasat mengenai kematian Teoh Beng Hock tidak akan diterima oleh kepimpinan DAP. Dari awal kita sudah tahu mereka segera menimbulkan satu presepsi yang baru untuk kerajaan.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh The Malaysian Insider Lim Kit Siang menyatakan tindakan Teoh Beng Hock membunuh diri dalam keadaan tertekan disiasat oleh SPRM sama dengan tindakan membunuh dan mahu SPRM bertanggungjawab dibawah ini adalah kenyataan diktator tua lahanat Lim Kit Siang :


Lim Kit Siang mendakwa tindakan membunuh diri Teoh Beng Hock dalam suasana tekanan akibat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersamaan dengan tindakan membunuh dan mahu mereka bertanggungjawab berhadapan dengan “kesan sewajarnya”.

Ahli Parlimen veteran dari DAP ini berkata, sesiapa sahaja orang biasa akan bersetuju tindakan mengenakan tekanan sehingga menyebabkan membunuh diri di kalangan pegawai SPRM tidak sama dengan perbuatan membunuh diri tetapi “bersamaan dengan tindakan membunuh.”

“Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dalam erti kata lain, Lim Kit Siang sebenarnya menuduh SPRM telah menyebabkan kematian Teoh Beng Hock sekaligus SPRM adalah pembunuh kepada Teoh Beng Hock.

Dalam negara kita ada kes di mana beberapa remaja cina dan india dilaporkan membunuh diri akibat tekanan keluarga yang ingin mereka cemerlang dalam pelajaran atau keputusan sesuatu peperiksaan. Malah ada kanak-kanak seawal usia 12 tahun juga bertindak mengambil keputusan membunuh diri.


Mungkin diantara kita tertanya apakah yang menyebabkan kanak-kanak seawal usia begini pun mampu  mengambil keputusan menamatkan riwayat mereka begitu sahaja tanpa berfikir panjang? 

Seseorang yang tertekan perasaan akibat desakan memenuhi impian ibu bapa akan menjadi murung dan dihantui rasa bersalah yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif kepada pemikiran dan tingkah laku mereka, sekali gus membawa kepada apa yang dipanggil sebagai `depressive disorder’. (sakit suami Cikgu Mala).

Pemikiran yang masih belum matang ini, dicampur dengan rasa putus asa, tekanan perasan dan rasa bersalah yang tidak dapat dibendung boleh membawa tindakan diluar jangkaan seperti bertindak membunuh diri. Inilah yang berlaku dalam kes kanak-kanak atau remaja yang membunuh diri akibat tertekan dalam pelajaran dan inginkan keputusan yang cemerlang.


Adakah dalam kes remaja membunuh diri akibat tertekan dengan desakan ibubapa kita boleh jatuhkan hukuman ke atas ibubapa mahupun penjaga mereka sebagai pembunuh?

Jawapannya sudah tentulah ibubapa tidak boleh disabitkan atas kesalahan membunuh anak mereka, kerana kebanyakkan kes bunuh diri dikategorikan sebagai 'mati mengejut'.

Ini konsep yang sama, iaitu membunuh diri akibat tertekan. Teoh Beng Hock tertekan disiasat oleh SPRM manakala remaja-remaja yang membunuh diri sebagaimana saya ceritakan membunuh diri akibat tekanan keluarga. 

Jadi soalan mudah untuk Lim Kit Siang, wajarkah ibubapa yang mana anak mereka telah bertindak membunuh diri (majoriti cina dan india) dihadapkan ke mahkamah dibawah seksyen 302 kanun keseksaan iaitu membunuh dengan niat?

Kesimpulannya saudara pembaca, apa sahaja keputusan yang tidak memihak kepada mereka. Puak lahanat ini tidak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kesalahan akan dicari atau sengaja direkayasa untuk menunjukkan bahawa kerajaan itu salah.


YY : Lim.. lu telejun itu tingkap lagi bagus.. lu manyak cilaka!!

2 comments:

  1. lks memang benar.pihak yang menyiasat hendaklah melayan orang yang disiasat dengan berbudi bahasa dan lemah lembut.mereka hendaklah dijamu dengan buffet sepanjang tempoh soal siasat dan disediakan katil dan tilam yang empuk untuk tidur dan berehat.mereka hendaklah dibenarkan menonton tv atau mendengar lagu2 kesukaan mereka tanpa halangan.lebih elok lagi jika mereka diberikan kebebasan untuk bekerjasama atau pun tidak dengan pihak berkuasa.macam ini barulah banyak kes2 jenayah dapat diselesaikan!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-