Mat Sabu menatap gambar X-Ray kepala otaknya ehh.. lututnya... |
Misteri kepala lutut Mat Sabu yang mana tempat terletaknya otak beliau sudah terjawab berikutan pendedahan tayangan video oleh PDRM kepada umum semalam untuk menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada pasukan mereka.
Orang PAS memang pakar menipu lagi-lagi bro Mat Sabu kerana beliau mempunyai pengalaman menipu untuk menyelamatkan dirinya daripada kes khalwat.
Semasa kes khalwatnya dahulu PAS Mat Sabu yang terselamat kerana campur tangan kerajaan PAS Kelantan juga dipercayai terlibat mempengaruhi salah seorang penguatkuasa agama yang menangkap beliau supaya memusing cerita.
Ketika kes khalwat bro Mat Sabu dahulu 7 orang penguatkusa menyerbu bilik hotel dimana turut disertai oleh anggota Polis.
Penguatkuasa yang tangkap bro Mat Sabu lebih dari 4 orang maknanya cukup 4 saksi tapi bro Mat Sabu dilepaskan kerana berjaya pusing cerita dan timbulkan kesilapan teknikal sehingga mahkamah melepaskan beliau. Beliau terlepas kerana kesilapan teknikal dan pusing cerita hakikatnya khalwat tetap berlaku!
Tapi itu kisah silam bro Mat Sabu yang tidak perlu kita ungkitkan.
Cuma bila bro Mat Sabu muncul kembali dengan menipu hampir 27 juta rakyat Malaysia kononnya beliau dilanggar oleh land rover PDRM sehingga hampir tercabut kepala lutut kita cuma membandingkan kes lama dengan kes baru.
Mungkin esok lusa bro Mat Sabu, Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz akan kata rakaman CCTV yang ditunjukkan polis itu besi tak boleh dijadikan saksi.
Inilah PAS wahai saudara pembaca bila mereka bercakap habis hadis,nas dan qias dipetik. Laungan takbir hampir 24 jam di bibir. Tapi kalau bab menipu memang mereka tak boleh tinggal, asal BN tersungkur menipu dikategorikan sebagai 'tipu sunat'.
Macam manalah ahli PAS boleh angkat manusia macam bro Mat Sabu kembali memimpin, nampak sangat PAS dikuasai oleh puak erdogan dan para ulamak dalam PAS sekarang ibarat kucing kurap.
Bro Mat Sabu tak malu dengan rakyat Malaysia pun malulah sikit dengan Allah S.W.T
YY : Ada sumber dari para pemimpin-pemimpin PAS yang anti bro Mat Sabu di Utara tanahair dedahkan bahawa bro Mat Sabu ada skandal baru sekarang betul ke bro? hihihihi... kasi 'panas'..
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-