Suara dan idea Nik Aziz tidak lagi 'laku' bagi ahli PAS. Rehatlah Tok Guru sebelum lagi ramai benci... |
Kini fikiran penyokong PAS sudah berubah, mereka tidak lagi 'mengiktiraf' kenyataan yang dibuat Tok Guru mereka. Kata-kata 'ustazah' Ambiga lebih berharga bagi penyokong PAS yang tengah memperjuangkan Bersih 2.0
Tidak sampai 24 jam kenyataan Nik Aziz yang pada mulanya bersetuju dengan sistem penggunaan biometrik dalam pilihanraya ditolak oleh Jawatankuasa PAS Pusat.
Pada awalnya Nik Aziz bersetuju untuk mendengar perjelasan SPR namun tiba-tiba ditolak berlandaskan dua alasan.
Jika dahulu setiap cadangan Nik Aziz mesti disambut baik oleh pengikut PAS malah tiada yang berani membantah kenyataan Nik Aziz.
Namun sejak puak erdogan menguasai PAS selepas pemilihan tempoh hari, suara-suara golongan ulamak kini tidak lagi 'laku' dalam perjuangan PAS malah ada juga yang ditendang macam 'kucing - kurap'. Begitulah nasib lebai malang PAS.
Lihat sajalah golongan yang hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS sebelum membatalkan hasrat Nik Aziz semuanya adalah pihak-pihak erdogan. Mereka ialah Mat Sabu 'wheel chair', Mahfuz Omar Bean, Salehuddin Puduraya dan Mustafa Ali.
Suara Nik Aziz kini tidak lagi berharga seperti dulu, kenyataannya dianggap kenyataan orang 'nyanyuk' bagi sesetengah pemimpin PAS. Nik Aziz dikekalkan sebagai Menteri Besar Kelantan kerana mereka sedar jika Nik Aziz undur dari menjawat jawatan tersebut, nescaya BN mampu memberi saingan sengit di Kelantan.
Ini kerana kebanyakkan undi orang Kelantan sekarang kepada PAS hanyalah berdasarkan faktor 'sayang kepada Nik Aziz'.Orang muda kini yang kebanyakkan dari mereka dilihat sudah keluar dari kepompong 'undi PAS masuk Syurga'.
Suara 'hajah Ambiga lebih 'mulia' dan diperakui 'tinggi darjatnya' berbanding Nik Aziz bagi sesetengah pengikut PAS hasilnya dapat dilihat dari ketaksuban mereka terhadap 'kemuliaan' yang dimiliki oleh 'hajah Ambiga ketika dalam forum wacana anjuran Sinar Harian semalam.
Apa sahaja yang diluahkan 'hajah Ambiga' ibarat 'fatwa' semuanya betul, tiada yang bohong melainkan yang betul belaka.
YY : Jangan ado yang curi selipar 'hajah' Ambiga konon nak dapat 'berkat' sudah....rebah ambo dengar nanti.... kihkihkihkih....
jange amik pador gapo hok tubik dari mulut nikky ajis penjaga rumah berhala ni,esok lusa dio putar kelain pulok,lepah tu salahkan tv3 nge utuse malaysia pulok.pok nik ni serupo burong gemalo kuba kecek pandai tp berok merata2.365 hari setahun siye male berpolitik.habih segalo hadis 3 suku masok tubik dari mulut dia,dengar buleh cayu jange.
ReplyDeletehok aloh,,nik aziz oyak gane,,ce tgok molek,,ye kate klau buat sistem gitu klau konfem adil ye stuju jah,,tp mslahnye adil ke klau wat gitu,,lagi sene nak nipu ado la,,,pdahal dakwat kekal punyo la sene tp KERAjae xsir buat,,sbb apo,,ce tera tanyo tok najib,,
ReplyDeletesudah-sudah le mu na ngutok ulama'.. kalau hang anggap die salah, ikut yg btol.. bkn ngutok.. ibadt hang da tnggi sngt bole jamin masok syurga??
ReplyDelete