PATRIOT - " Malaysia Tanahairku" ataupun 'kumpulan baju merah' merupakan satu kumpulan yang perlu dilepasi oleh kumpulan BerSHIT 2.0 yang akan mengenakan baju, logo serta sticker berwarna kuning.
Malah mungkin Mat Sabu 121 Hotel Perdana bakal menempah khas kopiah berwarna kuning.
Mungkin sesetengah dari saudara pembaca terlintas akan peristiwa baju merah di Thailand pada awal Januari lalu. Di mana kumpulan pro Thaksin ini dikatakan berkampung dan membina kubu di tengah-tengah kota Bangkok serta bertindak menyimbah darah di hadapan kediaman Abhisit.
Gambar hiasan tiada kaitan dengan PATRIOT. |
Bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abhisit supaya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Thai.
Ekoran tindakan provokasi melampau kumpulan baju merah ini pihak tentera Thai terpaksa menggunakan kekerasan bertujuan untuk menyuraikan mereka. Namun kumpulan ini bertindak menyerang balas dan akhirnya ramai nyawa yang terkorban dalam insiden itu, ekonomi kota Bangkok hampir lumpuh.
Kawasan yang sepatutnya selamat untuk orang ramai kunjungi bertukar menjadi lokasi yang digeruni oleh rakyat-rakyat Thai yang berkecuali. Para peniaga terpaksa menanggung kerugian ekoran kerosakan serta kemusnahan yang dicetuskan oleh kumpulan baju merah ke atas premis mereka.
Disebabkan tidak tahan dengan sikap serta provokasi melampau yang ditimbulkan oleh kumpulan baju merah, maka lahirlah kumpulan baju kuning yang pro kerajaan serta disokong oleh golongan-golongan elit Thai.
Kumpulan baju kuning ini juga bertindak mendesak kerajaan yang diterajui Abhisit supaya bertindak tegas terhadap kumpulan baju merah yang dilihat mencetuskan huru-hara dan menjejaskan imej negara gajah putih itu di mata dunia.
Itu ringkasan peristiwa yang berlaku di Thai awal Januari 2011 dan berlarutan sehingga berminggu-minggu atau tidak silap saya ianya berlarutan sehingga berbulan lamanya.
Gambar Hiasan |
Walaupun ada kajian yang dijalankan oleh sebuah akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa hampir 1 juta rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kumpulan BerSHIT 2.0 ianya tidak boleh dilihat mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 27 juta orang.
Masih ramai lagi 'suara senyap' di luar sana yang tidak mempunyai kaitan dengan politik kepartian menolak perhimpunan ini kerana ianya dilihat akan menyusahkan dan menimbulkan kesulitan dan kerugian kepada mereka.
Ini berdasarkan pengalaman BerSHIT 1.0 di mana ramai para peniaga kecil serta tauke yang memiliki gedung-gedung yang besar sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India mengalami kerugian dalam jumlah yang besar gara-gara tindakan kumpulan ini. Ada juga yang mengalami kerosakan harta benda perniagaan mereka.
Gambar Hiasan Semata-mata |
Saya juga yakin kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai PATRIOT - "Malaysia Tanahairku" juga tidak mempunyai halangan jika perkara yang dituntut oleh BerSHIT 2.0 dilakukan melalui saluran yang betul.
Apa yang dimaksudkan melalui saluran yang betul ialah melalui perbincangan ataupun diadakan sessi dialog bersama pihak yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah saya dimaklumkan bahawa pihak SPR sudi bertemu dan berdialog bersama BerSHIT 2.0.
Bila jadi begini siapa yang perlu disalahkan? |
Persoalan mudah yang perlu dijawab oleh Ambiga dan puak BerSHIT 2.0 kenapa jalanraya juga menjadi pilihan?
Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka hendak mengheret 'rakyat' untuk menjayakan agenda politik kepartian mereka.
Dalam bahasa ringkasnya "aku serang SPR, 'rakyat' akan salahkan kerajaan dan kerajaan sudah tentulah BN". "Aku lawan arahan Polis sikit, Polis tangkap sudah tentulah 'rakyat' melihat ianya salah kerajaan, dan kerajaan Malaysia sudah tentulah BN".
Sekali tembak dua kena...
Jadi 9 Julai 2011 jika anda menghargai keamanan dijemput untuk menyertai kumpulan perjalanan aman PATRIOT - "Malaysia Tanahairku". Jangan kita biarkan satu kumpulan menganggu-gugat ketenteraman yang kita kecapi semata-mata demi kepentingan mereka.
lama tak update blog bro..
ReplyDeleteatau aku yg lama tak baca blog bro. hehe...